"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, March 31, 2019

Amru Fathullah...@ Allah hanya sayang pada yang penyayang.......



Ini Amru Fatullah, cucu yang tinggal bersama saya. Kini berumur 5 tahun. Alhamdulillah kebolihanya bertutur makin hari makin baik....... tetapi belum mencukupi untuk kita berbual-bual. Tadika yang dihadirinya amat membantu dan kami amat bersyukur.

Dalam saya berfikir-fikir mengenai hari akhirat, saya sering teringat anak cucu bagaimana agaknya keadaan mereka selepas saya tiada. Saya tahu fikiran seperti ini tidak membawa faedah kerana tiada siapa yang tahu esuk apa yang akan terjadi. Tetapi sering juga fikiran saya tersasar-saar. Semoga Allah sentiasa bersama.......

Sehubungan dengan hari akhirat saya mendengari sebuah hadith dalam ceramah di Utube.


Dalam satu hadith Rasulullah saw bertanya seorang sahabat: Apa persediaan kamu untuk samapai hari Qiamat. Sahabat itu menjawab: Saya puasa, saya solat berjemaah dan berbuat amalan yang biasa-biasa sahaja. Dia tidak mampu bersolat berganda dan tidak mampu khatam alQuran. Dia bersedekah pun biasa-biasa.

"Tetapi aku amat mencintai Allah dan Rasulullah", kata sahabat itu.
Maka Nabi  Muhammad saw berkata: Engkau akan dibangkitkan bersama Rasul kamu.
(Ini catatan ringkas sahaja.)

Dalam penjelasan Hadith itu mengatakan siapa yang amat sayang akan Rasulullah, dia akan bangkit di Hari Akhirat bersama-samanya. Tetapi cinta harus sangat ikhlas. Cinta bukan bolih dibuat-buat. Allah mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.

Dan secara umumnya, kita akan dibangkitkan bersama-sama dengan orang yang kita kasihi .... benar-benar kita kasihi.

Penjelasan hadith yang saya dengari itu amat panjang. Ia beceritakan juga mengenai mengasihi para sahabat. Tetapi di sini saya hanya ingin kongsikan satu fakta yang mudah:

ALLAH HANYA SAYANG PADA ORANG YANG PENYAYANG.
Sayang sesama manusia dan sayang juga pada ciptaan Allah yang lainnya, terutamanya binatang haiwan. Antara amalan yang membantu kita dapat merasai dan melahirkan kasih sayang ialah dengan sujud pada Allah sebanyak-banyaknya.

Setakat ini sahaja kemampuan saya berkongsi hari ini. Maaf, Catatan ini seperti tidak cukup lengkap. Sama-sama kita fikirkan dan sama-sama memohon semoga Allah sentiasa menunjuki jalan yang benar dan kita akhirnya Allah kurnia kasih sayangNya dan RahmatNya yang tidak terhingga..
Aamiin ya Rabb.........

..........

No comments:

Related Posts with Thumbnails