Rakyat dikejutkan dengan berita yang menggemparkan pada 3 Januari 2020. Baru hendak merasakan betapa seronok dapat menjejaki tahun baru, saya rasa terpinga-pinga dan tertanya-tanya mengapa YB Dr Mazlee berhenti dari jawatannya sebagai Menteri Pendidikan tanpa berita-berita angin sebelum itu pun.
Mengapa ia berhenti?
Saya rasa bukan beliau sukarela berhenti tetapi beliau seperti diarahkan untuk berhenti. Ini kita boleh baca dari apa yang tersirat. Saya berfahaman bahawa beliau mengatakan bahawa beliau dinasihatkan untuk mengundurkan diri. Beliau menghormati nasihat itu. Beliau kemudian berkata beliau memulangkan semula jawatan Menteri Pendidikan kepada Kepimpinan Parti, YAB Tun Mahathir. Kemudian beliau juga kata beliau rasa redha tetapi berat di hatinya. Ini pada saya bermaksud ada beberapa hal yang tersirat.
Orang Malaysia ramai yang pintar dan bijak pandai. Pastinya mereka boleh membuat analisa sebenar. Tetapi isu "yang benar" bukan mudah untuk ditafsirkan. Maka saya dan ramai di luar sana yang akan "tunggu dan lihat" apa perkembangan yang seterusnya.
Dalam kenyataan pada pemberita beliau juga menyenaraikan kejayaan yang telah dicapai oleh Kementerian Pendidikan dalam masa 20 bulan beliau bertugas. Tidak ada yang bangkit dalam kumpulan besar yang mengatakan mereka tidak setuju dengan pencapaian itu melainkan yang berkaitan dengan dasar tulisan jawi. Ada juga disebut mengenai bekalan sistem internet ke sekolah.(yang ini saya kurang jelas). Dan juga program sarapan pagi bagi murid-murid. (Mengapa beliau menekankan tiga perkara ini. Pasti ada yang tersirat). Ini merupakan firasat saya sahaja. Hanya kepimpinnan Kerajaan PH yang tahu semuanya. Saya hanya memerhati dalam umur senja ini.
Entah mengapa saya merasakan keputasan yang mengatakan beliau berhenti dari jawatan tidak memuaskan pemikiran dan hati saya. Saya yakin Dr Mazlee amat berkebolihan dalam banyak segi dan seharusnya dikekalkan dalam jawatan Menteri Pendidikan buat masa ini.
Maka apa sebenarnya yang berlaku yang membuatkan beliau "berhenti".
Saya membuat analisa sendiri dan yakin bahawa oleh kerana beliau ini orang yang baik dan amat berkebolihan, maka pastinya ada hikmah besar buatnya dimasa akan datang. Setiap insan yang berilmu, beriman dan bertaqwa Allah beri ujian yang besar dalam hidup ini. Saya rasa buat YB Dr Mazlee Allah hendak menempatkan beliau dipersada yang lebih baik dan lebih mulia di sisiNYA. Saya dioakan semoga begitu. Aamiin ya Rabb.....
Kita ikuti seterusnya dengan iringan doa YB Dr Mazlee akan bersabar dan Allah kurnia kebijaksanaan dan Rahmatnya yang tidak terhingga untuk kejayaan membangunkan dan membela ummah sebagai amalan soleh mendapat Redha Allah.
Aamiin ya Rabb.....
...................................................
No comments:
Post a Comment