"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, January 5, 2020

Ada yang kata: 'patah tumbuh hilang berganti" .... @ Dr Mazlee


A001
Dalam sistem Demokrasi tidak hairanlah YB Dr Mazlee di berhentikan atau beliau mahu berhenti sukarela. Maka janganlah rakyat menjadikannya suatu sensasi. Itu semua hak Perdana Menteri kerana dia yang bertanggongjawab atas kesemuanya. Maka biarlah Dr Mazlee mencatat kerjayanya yang baru....apa pun. Allah maha Mengetahui dan maha Adil dan tidak menzalimi hamba-hambaNya.

Maka saya tumpu pada perihal pendidikan yang termampu buat saya.Pada tahun baru kali ini saya teruja dengan kebolihan cucu saya memasuki kelas pra sekolah di Precint 8 Putrajaya. Tiada yang luar biasa cuma cucu saya ini lambat bertutur (speech delay) dan tahun ini sudah namapak perubahan pada keadaan lebih baik dalam pertuturannya. 
Alhamdulillah......



Amru Fathullah namanya dan semoga dapat melalui 
sistem pendidikan yang lebih sempurna.


Foto kenangan hari pertama dengan kakaknya
Ammani Farissa di Sekolah yang sama.



Ini pula Kelas Tadika SmarTop Subur fitrah di Tangkak Johor
yang saya kendali bersama partner saya Datin Noraini.
Mereka memilih sekolah kami kerana Pra Sekolah di Sekolah  Kebangsaan
 tidak mencukupi. Tetapi ada juga yang menilih sekolah kami kerana seronk dengan kurikulum Little Abd yang kami laksanakan.

Apa jua, semoga anak-anak ini mendapat bimbingan kasih sayang 
dari yang Maha Pencipta. 

..............

No comments:

Related Posts with Thumbnails