"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, January 19, 2020

Mula tahun 2020.....@satu ujian.


A001




Alhamdulillah kami melangkah masuk tahun 2020 penuh kesyukuran dengan penuh harapan kami dikurnia kesejahteraan untuk pengabdian yang berterusan. Pengabdian yang unggul pasti melalui ujian. Suatu pagi suami saya jatuh dengan tidak disangka-sangka. Kaki sebelah kiri cedera. Kami menjangka tidak serious dan cuma memanggil tukang urut membetulkan mana yang tidak kena. Selama 4 hari suami tidak merasai lega. Adik lelaki suami meminta supaya kehospital dan buat x-ray untuk mengetahui sepenuhnya.


Benar rupanya lutut patah dan perlu di bedah


Kami menanti giliran dan hanya pada 16 Januari suami 
dimasukan ke wad untuk prosidur seterusnya.
 Pembedahan dibuat pada 17 Januari dan
 saya menanti 3 jam sebelum ia kembali ke wad semula.



Pada pagi 19 Januari doktor memeriksa suami di wad dan mendapti luka itu
 sempurna keadaannya dan membenarkan kami pulang pada petangnya.
 Saya amat lega.
Alhamdulillah, dalam kesusahan ada kesenangan.

A005
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

A006
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.



Saya membuat urusan untuk keluar wad. Sementara itu suami saya
 berehat lega dan sibuk mengemaskini maklumat pada sahabat dan keluarga.



Malam itu ada kaum keluarga yang datang menziarahinya dan
 kami "kenduri" kesyukuran seadanya. 
Yang perlu diingati ialah ujian dari Allah itu pasti ada hikmahnya. Hamba yang 
beriman bertaqwa harus yakin Allah itu maha kasih sayang dan kita menjalani
 ketentuannya dengan penuh redha semoga Allah terima itu sebagai
amalan soleh di sisiNya. Aamiin....



Kami mohon doa semoga cedera ini mendapat ksembuhan dalam masa
yang tidak lama. Kami akan berjumpa doktor pakar sekali lagi 2 minggu dari
 tarikh pembedahan untuk membuka jahitan dan insyaAllah
kami diberi program terepi fisio pula.
Semoga Allah memelihara dan mengurnia kemudahan bagi kami sekeluarga.
Aamiin ya Rabb....


No comments:

Related Posts with Thumbnails