"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, January 10, 2020

Evil fighting Evil....@ juga berlaku di Malaysia?


A001
Saya ingin bicara sikit. Sikit sahaja......
Apa erti Evil? 
Fahaman saya ia suatu yang Buruk, Jahat dan Kejam.

Sekarang ini tengah hangat percaturan politik antara Amerika Syarikat dengan Iran. Mereka sentiasa bercakaran dan ketika ini amat hangat kerana Amerika Syarikat  telah membunuh General Quasem Soleimani, antara ketua tentera yang terkuat. Banyak yang telah diperkatakan di luar sana mengenai krisis ini yang boleh dikatakan akan menyebabkan perang dunia yang tidak diingini.

Saya tidak mampu dan tidak berminat untuk menganalisa masaalah ini kerana saya bukan ahlinya.

Saya hanya mahu menyelitkan satu pendapat sendirian bahawa krisis ini pada saya buakn anatara kumpulan jahat dengan kumpulan baik. Jika kita dengari cerita yang sering diperkatakan oleh berbagai pihak, kedua-duanya adalah terdiri dari puak yang mahu berkuasa sepenuhnya didunia ini. President Trump (dan President US dahulunya) sama sahaja dari segi dasar luar negaranya, terutama sekali mengenai Islam.Mereka mahu Yahudi Zionist (dan Zionist yang lainnya) berkuasa di Bumi ini. Mereka mendabik dada merekalah manusia yang terpilih.

Saya merasai bahawa kedua-duanya adalah buruk, jahat dan kejam. Iran yang mengaku Islam ( Syiah) sebenarnya mahu menghapuskan Sunni Islam. Cuma mereka pura-pura baik dan tidak mengaku demikian.Mereka mendakwa Syiah lah yang Allah redha dan bukan yang lainnya.

Maka itulah yang saya kata "Evil fighting Evil".

Yahudi dan Syiah tidak sempurna Imannya. Amat jauh menyimpang. Tetapi mereka masing-masin mengaku merekalah di pihak yang benar. Sebab itu kata setengah pendapat, pertelingkahan mereka itu seperti "sandiwara" sahaja. Sebenarnya mereka "sehati sejiwa".....katanya begitu. (Ini merupakan persepsi saya sahaja.) Di akhir zaman ini banyak hal yang berlaku yang boleh mengelirukan.

AlQuran telah menyatakan:

A073
Dan sesungguhnya nyaris-nyaris mereka dapat memesongkanmu (wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) baharulah mereka menjadikan engkau sahabat karibnya.
(Al-Israa' 17:73


Maka kita di Malaysia harus berwaspada dalam menangani percaturan politik seperti yang saya sebut di atas tadi.......Siapa lawan siapa?..... Saya tidak mengatakan senarionya sama. Saya cuma katakan ada persamaan. (They are not the SAME but they are almost SIMILAR).

Percanggahan pendapat di Malaysia mengenai hal politik, agama, ekonomi dan lainnya  bukan hanya antara  orang Islam dan bukan Islam per se, tetapi saya suka mengatakan ada percanggahan antara mereka yang tergolong dalam Islam dan mereka yang bukan Islam. Cuma ada antara mereka yang mengaku Islam belum cukup Ilmunya dan Imannya. (Bahaya kata saya begini kerana saya pun masih banyak kekurangan dan kelemahan).


Cuma saya tidak cari pergaduhan terbuka dan menambah pada masaalah yang sedia ada dan menampakan atau menjadikan seperti orang Islam di Malaysia ini tidak bersatu. Saya lihat seperti tidak ada yang mahu berkompromi demi kemaslahatan masyarakat dan Negara. 

Bukankah orang Islam mesti berada dalam Jemaah dan jika Jemaah kita kuat dan benar-benar bersatu dalam Syahadah maka perpaduan akan lebih terserlah dan rakyat akan rasa selamat. Ini penting.
Konsep Khalifah mesti ada dibawahnya Jemaah.

Mana ada kompromi dalam Islam? Setengah pendapat kata begitu. Betul juga bila saya fikir dua kali. Tetapi bila saya fikir berkali-kali pula saya ingin katakan bahawa kita boleh berbeza fahaman tetapi tidak bermusuhan. Seperti Emapt Imam besar yang terkenal di Dunia Islam dahulu dan kini. Mereka berbeza tetapi hormat menghormati dan tidak memaki seranah antara satu sama lain. Sekarang ini kita amat berbeza dan tidak mahu melihat dari segi kekuatan dan persamaan. Kita lebih melihat pada perbezaan dan kelemahan. 

Ayuh kita bersifat seperti muslim mukmin dibawah naungan Khalifah yang Allah sebut dalam ayat AlQuran di bawah ini:




A026
Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
(Saad 38:26

Itu  sedikit fikir-fikir saya buat kali ini. Fikir-fikir yang membentuk satu persepsi yang saya harap semoga betul . Ia belum cukup tuntas. Tetapi saya ingin juga kongsikan di sini.
Saya amat khuatir tersilap fikir dan tersilap tindakan. Saya bukan ahli politik. Tetapi dalam keluarga besar saya ramai yang berfikiran kritis dan bermacam-macam pendapat yang diutarakan. Saya pilih untuk tidak bicara banyak dan saya cuba menulis disini.

Saya bertekad untuk mencapai apa yang ustaz saya katakan....menjadi Ibbadurrahman.Umur saya sudah amat singkat. Saya sudah duduk di zon kritikal.....

Dalam alQuran Ibadurrahman didefinasikan seperti berikut:

A063
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
(Al-Furqaan 25:63


A064
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,
(Al-Furqaan 25:64



A067
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
(Al-Furqaan 25:67

Semoga Allah sentiasa memelihara dan menunjuki jalan yang benar.
Aamiin......

No comments:

Related Posts with Thumbnails