It doesn't take Blood to be family....
It takes Love.
Baru-baru ini anak angkat saya dari Naratiwat
Thailand datang ziarah bila suami saya tidak berapa sihat
kerana jatuh dan patah kepala lutut.
Foto di atas saya rakam Zahron dan isterinya
ziarah kami selama 3 malam.
(Zahron berdiri kiri sekali).
Walaupun kali ini mereka sibuk atas beberapa hal
sampingan, kami masih dapat merasai kemesraan.
Kami ada juga 3 orang lagi anak angkat di Acheh.
Semasa mereka menutut di Malaysia, mereka tinggal
di rumah kami semasa musim cuti penggal.
Kini saya ada 14 orang cucu dari anak-anak angkat ini.
Alhamdulillah.
Pepatah Melayu mengatakan
"Tidak akan putus air dicincang".
Yang bermaksud jika hubungan keluarga itu berasaskan
hubungan darah, walau bersengketa macam mana pun mereka akan tetap menjaga hubungan keluarga.
Kini pepatah Melayu ini seolah-olah tidak relevan
kerana ramai adik beradik, saudara mara yang berselisih faham akan berpecah hubungan.
Di mana silapnya kita semua sudah dapat menjangka.
Sebab utamanya ialah kerana kita tidak memelihara akhlak
seperti yang dituntut dalam Islam.
Islam amat mementingkan jalinan kasih sayang.
Hubungan kekeluargaan akan terjamin jika kita memegang
kuat prinsip kasih sayang dan prinsip silaturrahim.
Kasih sayang harus dipupuk dari awal lagi.
Dari peringkat bayi amat baik sekali
Biar rezki terhad, jika ada jalinan kasih sayang hidup ini
pasti bahagia, tenang dan yakin pada kurniaan dari Allah
itu pasti mencukupi.
Walaupun tidak mewah tetapi rasa mencukupi
dan akan sentiasa dapat mensyukuri
segala yang Allah beri.
Maka kita ingat semula:
It doesn't take blood to be family...
It takes Love and believe totally in the Al Mighty..
..............................
No comments:
Post a Comment