Sunyi dalam dunia yang luas terbentang. Hebuh dalam sambutan tetapi sunyi dalam kenangan. Ini yang saya rasakan..............
Sunyi bila teringat akan suatu Impian mengorak langkah mahu menjadikan tahun 2020 sebagai pencapaian pembangunan Negara yang meyakinkan rakyat bahawa Malaysia akan menjadi negara maju, aman damai dan di segani negara lain termasuk negara-negara yang mengaku dirinya terkuat di dunia ini. Tetapi sungguh malang ia tinggal impian sahaja......ia seperti Fatamorgana. "Mirage" dalam bahasa Inggeris. Ibaratnya seperti di padang pasir kelihatan dari jauh ada tasik air yang banyak tetapi apabila medekat di hadapan kita ia sebenarnya kering kontang.
Semasa saya berkerja dahulu, Dasar Wawasan 2020 dirasai seperti suatu yang mampu tercapai. Saya antara pegawai kerajaan yang suka dengan Idea Tun Mahathir ketika itu yang juga seorang Perdana Menteri. Dan saya yakin pegawai kerajaan yang seangkatan dengan saya ketika itu berkerja kuat semoga Impian ini menjadi Keyataan.
Kini Malaysia sudah melakangkah ke Tahun 2020 .......
Tetapi di ambang 2020 saya merasakan kesunyian tidak seperti yang saya dan orang lain seperti saya rasakan. Malaysia jauh meleset dari apa yang di harapkan......dan rasanya dari apa yang Tun Mahathir harapkan juga.
Saya tidak berniat untuk menganalisa sabab-musabab Malaysia menjadi seperti sekarang ini. Biarlah masing-masing berfikir sendiri. Orang Malaysia sudah ramai yang bijak pandai dan ramai yang boleh berhujah berbagai cara untuk mempengaruhi pendapat umum.
Mengapa saya berkata demikian.
Baru-baru ini saya mengikuti perbincangan mengenai "The Anatomy of Lies". Maka saya menjadi tidak yakin dengan hanya mendengari pihak yang mengatakan ia benar dan pihak yang mengatakan ia palsu.(fake news). Siapa pun boleh berkata sesuatu dan kemudian kata-kata itu boleh di pusing ligat hingga ia tidak lagi berbunyi seperti kenyataan pada awalnya. Ada berbagai cara manusia memusingkan berita. Untuk mengetahui benar atau tidaknya sesuatu berita itu kita benar-benar mesti melihat bukti yang nyata dan sahaih. Ini tidak mudah. Ada pihak yang bolih menyembunyikan fakta dan ada yang bolih melahirkan fakta walaupun ia tahu itu satu pembohongan. Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi. Maka siapa yang tidak yakin dengan fakta ini merekalah yang akan bertanggong jawab memberi penjelasan di hadapan Mahkamah Allah swt di akhirat nanti di mana tidak ada peguam pembela waktu itu.
Berfikir-fikir sendirian saya merasakan khuatir Malaysia tidak dapat melonjak kembali kepada masa dahulu semasa saya bekerja. Pembangunan tidak sehebat yang diharap tetapi saya rasa lebih sejahtera. Saya bersara pada tahun 2003. Ketika itu saya tidak menyangka pun umur saya akan sampai ke ambang 2020. Alhamdulillah, ia satu kurniaan Allah yang semoga bermunafaat buat saya dan keluarga kecil dan keluarga besar saya dan semoga bermunafaat juga untuk masyarakat umumnya.
Manusia tidak hidup berseorangan...........
Tahun 2020 dalam konteks Akhir Zaman dan wujudnya fitnah-fitnah Dajjal sekarang ini pula, maka saya amat khuatir kerana orang Islam di Malaysia tidak bersatu disebabkan perbezaan fahaman politik, fahaman agama dan pebezaan pencapaian tahap ekonomi keluarga, antara lain. Saya hanya mampu memerhati dan dan tidak mampu jadi aktivis. Saya hanya menasihati anak cucu sahaja tentang apa langkah yang terbaik pada pendapat fahaman saya yang fakir seba serbi ini. Semoga Allah kurnia semua buat kami yang terbaik di sisiNYA. Manusia mahu yang terbaik tetapi sebenarnya ada kalanya manusia tidak tahu apa yang terbaik bagi dirinya. Jadi kita minta apa jua yang terbaik di sisi Allah . Itu yang paling selamat dunia akhirat. Aamiin ya Rabb.....
Malaysia gagal mencapai Wawasan 2020 dan kini ada Wawasan lain pula. Saya belum jelas memahami apa dia sebenarnya. Apa jua pun semoga ia menimbulkan keinsafan pada semua peringkat bahawa kejayaan itu bukan terletak pada kepintaran manusia berfikir semata-mata. Jika atas fikiran manusia sahaja maka kejayaan itu tidak boleh dicapai dan jika dicapai ia tidak lengkap dari segi Syar'ie dan tidak akan berkekalan seperti yang dirancang.
Maka kebergantungan kita sepenuhnya hanya pada yang maha Pencipta dan yang maha Agong dan maha Berkuasa. Kita berusaha dan Allah menentukan. Setiap kita harus mempunyai akhlak mulia seperti yang ditakrifkan dalam alQuran dan Sunnah. Maka barulah sesebuah kejayaan itu akan benar-benar memberi munafaat pada semua golongan manusia di mana jua mereka berada dan bukan pada sebahagian sahaja.
Itu sahaja coretan saya di ambang 2020 ini.
Walauapapun yang kita lalui sepanjang tahun-tahun yang lalu kita tetap bersyukur terhadap segala kirniaan Allah. Semua manusia melalui ujian ....ujian senang atau ujian susah. Allah maha adil dan bijaksana. Allah maha kasih sayang pada hamba-hambanya. Allah maha tahu apa yang terbaik buat kita. Kita mohon keampunan atas segala kelemahan dan kekurangan dan atas segala dosa-dosa. Semoga Allah meredhai kita semua dan kita menjadi insan-insan yang terpilih di sisiNYA. Aamiin.....
Semoga esuk , lusa dan seterusnya Allah kurnia perolongan dan RahmatNya yang tidak terhingga dan kita semua sejahtera di dunia dan di Akhirat dan semoga nanti kita dihimpunka di Syrga FirdausNya tanpa hisab dengan semua yang kita sayangi.
Aamiin ya Rabb......
No comments:
Post a Comment