Alhamdulillah tahun ini di bulan Mei nanti insya Allah suami dan saya
akan tepat berumur 73 tahun. Kebelakangan sebulan dua ini Allah izin saya
dapat membantu suami saya mengurus keadaan kakinya
yang patah di lutut kerana jatuh.
Maka ini membuat saya terpanggil untuk bercerita sedikit di sini
mengenai fikiran yang melintasi hati dalam mengurus
umur yang kini sudah agak lanjut.
Saya lihat dalam pembacaan saya di media massa mengenai
umur orang di Malaysia dan
saya turunkan di bawah ini untuk maklumat sekilas lalu.
Umur saya sudah hampir dengan umur yang disebut dalam kajian
seperti di bawah ini, iaitu 75 tahun.
MALAYSIA : LIFE EXPECTANCY
|
According to the latest WHO data published in 2018 life expectancy in Malaysia is: Male 73.2, female 77.6 and total life expectancy is 75.3 which gives Malaysia a World Life Expectancy ranking of 71. You can see the leading causes of death data and rankings for Malaysia by clicking on the links below or select the full country health profile at the bottom of the page.
(data ehsan carian google)Maka ini membuat saya terhenti sejenak dan berfikir dengan agak jelas
bahawa masa buat saya dan suami sememangnya sudah
menghampiri kepenghujung hidup di dunia ini.
Bilakah itu ? Hanya Allah yang maha tahu.
Allah berfirman:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
(At-Tiin 95:4)
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,
(At-Tiin 95:5)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
(At-Tiin 95:6)
Kini saya sendiri sudah tua dan merasakan penyesalan kerana tidak menjaga emak saya seperti kedua kakak saya di kampung waktu itu. Saya imbas kembali "karenah" orang tua dan kini memahami mereka dalam konteks yang amat lain sekali. Barulah saya sedar hanya orang tua yang memahami isi hati orang tua.
(At-Tiin 95:6)
Allah telah mencipta manusia paling terunggul dan manusia sudah berjanji dari sebelum lahir lagi bahawa manusia akan taat dan patuh pada kehendak Allah yang maha Pencipta.
Saya terpaut dengan hakikat ini dan cuba menjadi hambaNya yang terbaik mungkin walaupun ada kalanya saya menyimpang jauh. Semoga Allah mengampuni.
Buat saya dan suami, alhamdulillah kesihatan kami agak baik berbanding sesetengah orang dalam tahap umur yang sama. Alahamdulillah kami dapat kurnian Allah supaya sentiasa beringat diri dan berusaha untuk mengerjakan amalan yang baik-baik. Namun kami merasai kami masih amat jauh dari apa yang diharapkan. Semoga Allah mengampuni segala kelemahan dan kekurangan dan segala salah silap dan segala perbuatan di luar sempadan. Kami sentiasa merasai penyesalan.
Saya terpaut dengan hakikat ini dan cuba menjadi hambaNya yang terbaik mungkin walaupun ada kalanya saya menyimpang jauh. Semoga Allah mengampuni.
Buat saya dan suami, alhamdulillah kesihatan kami agak baik berbanding sesetengah orang dalam tahap umur yang sama. Alahamdulillah kami dapat kurnian Allah supaya sentiasa beringat diri dan berusaha untuk mengerjakan amalan yang baik-baik. Namun kami merasai kami masih amat jauh dari apa yang diharapkan. Semoga Allah mengampuni segala kelemahan dan kekurangan dan segala salah silap dan segala perbuatan di luar sempadan. Kami sentiasa merasai penyesalan.
Saya secara peribadi pastinya berlainan liku-liku hidup dari suami saya. Di sini saya hanya boleh bercerita mengenai diri saya sendiri.
Bercerita mengenai umur tua, saya mengingat semula semasa saya menjaga dan mengurus emak saya di umur tuanya. Emak saya meninggal dunia dalam tahun 2004 dalam umurnya yang melebihi 90 tahun.Waktu itu saya berumur 57 tahun. Saya bongsu dalam adik beradik 8 orang. Bapak saya meninggal semasa saya berumur 16 tahun dan saya tidak banyak kenanagan dengannya berbanding saya dengan emak saya. Ketika ini hanya kami bertiga sahaja yang masih di panjangankan umur. Semoga bermunafaat. Ia itu saya dan dua kakak saya yang berumur 80 dan 84 tahun.ALHAMDULILLAH.....
Saya menjaga emak saya sepenuhnya hanya hampir dua tahun sahaja. Saya bercuti setengah gaji hampir setahun menjaganya dan kemudian terus menjaganya dalam masa awal persaraan dari perkhidmatan kerajaan. Sebelum itu kakak saya di kampung yang menjaganya dan saya menjaganya sebentar-sebentar sahaja apabila saya mengambil cuti agak panjang.
Kini saya sendiri sudah tua dan merasakan penyesalan kerana tidak menjaga emak saya seperti kedua kakak saya di kampung waktu itu. Saya imbas kembali "karenah" orang tua dan kini memahami mereka dalam konteks yang amat lain sekali. Barulah saya sedar hanya orang tua yang memahami isi hati orang tua.
Saya rasa saya sudah menjaga emak sebaik mungkin.Tetapi kini bila saya tua saya merasai bahawa apa yang saya fikir baik waktu itu sebenarnya belum cukup baik. "My best was not good enough". Sekarang saya dapat benar-benar rasakan bahawa saya tidak samapi tahap seperti yang seharusnya saya lakukan. Hanya Allah yang maha tahu dan hanya Allah yang menilai. Semoga Allah mengampuni dan semoga Allah menerima doa-doa saya terhadap kedua emak bapak saya. Semoga Allah menempatkan emak bapak saya di tempat yang teristimewa di sisiNYA. Aamiin........
Umur kita hanya Allah yang tahu. Saya selalu pesan pada anak-anak supaya sensitif pada kehendak orang tua. Bukan emak dan bapak atau ibu dan bapa sendiri sahaja, tetapi kepada semua orang tua-tua. Taraf ibu bapa mertua sama sahaja seperti ibu bapa sendiri. Dan kasih sayang kita terhadap orang-orang tua dalam keluarga besar kita pun sama sahaja. Mereka harus disantuni. Santuni dengan senyuman dan bertanya khabar pun sudah amat memadai.
Walau apa pun, dalam kita bercerita orang tua-tua. kita harus ingat bahawa Allah yang menentukan segalanya. Kita hayati ayat berikut sebagai peringatan sepanjang masa supaya tidak lalai dengan kehidupan yang sementara ini
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila sampai tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".
(Yunus 10:49) | Wahai orang yang masih muda saya turunkan ayat itu kerana saya tidak mahu ada penyesalan. Semasa saya muda tidak banyak program majlis ilmu dan dakwah.
Semoga apa yang saya tulis ini Allah terima sebagai perkongsian bersama
yang membawa munafaat hingga akhir hayat.
Saya amat fakir serba serbi. Semoga Allah mengampuni.
Aamiin ya Rabb......
No comments:
Post a Comment