"Menjadi pelancong" di Putrajaya di akhir 2019.
Putrajaya sudah wujud lebih 20 tahun. Saya sekarang berpindah ke Putrajaya sejak tahun 2018.
Suami dan saya berpindah atas nasihat keluarga besar semoga mudah dipantau kerana kami sudah
melepasi umur 7 series. Ramai keluarga kami
tinggal di Putrajaya dan Cyberjaya.
Suami dan saya berpindah atas nasihat keluarga besar semoga mudah dipantau kerana kami sudah
melepasi umur 7 series. Ramai keluarga kami
tinggal di Putrajaya dan Cyberjaya.
Maka satu hari tergerak di hati untuk berputar-putar
"melihatnya" dari dekat.
Dua minggu lalu anak angkat saya dari Tanah Merah, Kelantan datang ziarah dan dia bawa saya dan suami
melihat apa yang ada di persekitaran
Masjid Putra.
Dua minggu lalu anak angkat saya dari Tanah Merah, Kelantan datang ziarah dan dia bawa saya dan suami
melihat apa yang ada di persekitaran
Masjid Putra.
Suami dan saya pernah Solat di Masjid Putra
tetapi tiada kesempatan untuk
melihat-lihat apa yang ada di sekeliling. Nyata ia tidak seindah seperti yang saya bayangkan.
Tetapi saya lihat ramai pelancung luar negara
berlegar-legar merakam keberadaan mereka
di tempat itu.
Seronok juga melihat "karenah" pelancung luar.
Begitulah ragam hidup yang sementara ini di dunia yang
boleh mengelirukan fikiran kita.
Islam sememangnya menggalakan umatnya musafir menyaksikan kebesaran Allah yang maha Pencipta.
Semoga dengan melihat kehebatan ciptaanNya kita akan lebih beriman dan bertaqwa.
........................................
No comments:
Post a Comment