Kecantikan yang tersembunyi
Di semak samun dia menghuni sendiri
Tidak perlu dilihat tidak perlu diambil peduli
Tetapi dia tenang menguntum dan mengembang walaupun sepi
Yang ia yakin lebah-lebah datang mengunjungi
semerbak wangi polennya dicecah untuk lzatnya dinikmati
Bermunafaat pada manusia dan siapa jua yang pandai menghargai.
Kecantikan yang tersembunyi punya rahsia yang dicemburui
Bagaimana agaaknya mahu mendekati dan mahu merasai
Kecantikan yang ada hanya pada dirinya yang nilainya tinggi
Kita tanya diri dan pasrah pada Illahi.
.........................................
No comments:
Post a Comment