"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, April 30, 2020

Menangislah..@ Ramadhan @ Covid-19


A001


Foto hiasan ehsan carian Google.


Alhamdulillah saya dapat mengikuti sedikit cerita dakawah Ustz Ebid Lew di U tube. Cara beliau berdakwah memberi kesan pada saya. Dia selalu cerita perihal ia menangis bila berdoa. Di celah-celah kesibukan Ramadhan saya ikuti beberapa kisah-kisahnya. Semoga mendapat munafaat dari usahanya yang gigih dan memberi munafaat buat semua.

Di bawah ini saya cari ayat alQuran yang ada kaitan. Saya kongsikan di bawah ini :


A053
Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.
(Al-Nahl 16:53

Saya kongsikan terjemahan dalam bahasa Inggeris erti "meraung" di bawah ini berkaitan ayat Quran yang sama. Saya cari di google

MUFTI TAQI USMANI

Whatever blessing you have is from Allah. Then, once you are touched by distress, to Him alone you cry for help.

SAHIH INTERNATIONAL

And whatever you have of favor - it is from Allah . Then when adversity touches you, to Him you cry for help.

Semoga Allah kurnia keberkataan buat kita semua dan semoga Allah terima Taubat kita dan ampunkan segala dosa-dosa kita, terima Doa-doa kita dan terima amalan-amalan kita. Semoga Allah kurnia juga buat Ibu Bapa kita.

Aaminn ya Rabbal alamiin.......



Tuesday, April 28, 2020

Rasa kasih pada Ibadah...@ Ramadhan Kareem 1441 Hijrah @ Covid-19.


A001

Alhamdulillah.
Hari ini hari kelima puasa Ramadhan. Ada 9 cucu bersama saya tahun ini. Saya rasa amat bersyukur kerana ini pertama kali saya berpuasa bersama keluarga 2 orang anak lelaki. Anak bongsu saya sememangnya tinggal dengan saya. Anak kedua lelaki saya bersama saya kerana "terperangkap" dengan peraturan PKP kerana wabak Coronovirus yang melanda Malaysia dan seluruh dunia yang bermula dari negara China. Mereka ziarah saya semasa cuti sekolah tetapi tidak menyangka akan terperangkap denghan arahan PKP hingga hari ini.

Benar kata Ustaz-ustaz. Setiap yang Allah Izin berlaku pasti ada Hikmahnya. Setiap ujian pasti ada sesuatu yang Allah mahu kita berfikir-fikir dan memahami qadha dan qadar Allah swt. Jangan kita tumpu pada kesusahan dan kesulitan yang harus dilalui tetapi kita lihat hal-hal positif yang berlaku dan membawa munafaat pada keluarga.

Ramadhan kali ini saya berpeluang bersembang dengan cucu-cucu yang berumur 9 hingga 12 tahun mengenai kehidupan secara amnya. Bukan suatu yang mudah duduk lama dengan cucu-cucu yang terkurung. Tetapi saya usaha melalui memantau kebolihan mereka mengerjakan solat harian, bacaan alQuran dan kini solat Tarawih pula. Rutin ini agak ganjil buat mereka. Dahulu yang lelaki bolih ikut ke Surau untuk solat. Tetapi kini semua duduk di rumah.

Anak lelaki bongsu saya menjadi Imam Solat Fardhu dan Tarawih. Kami solat 8 rakaat sahaja dan Witr 3  kerana tidak mahu "membebankan" cucu-cucu yang kecil.

Alhamdulillah rasa seronok. Tetapi ada juga yang "ponteng" kerana tertidur sejurus selepas berbuka puasa. Saya releks sahaja. Latihan puasa yang panjang agak mencabar daya ketahanan mereka. Saya senyum sahaja memerhatikan "karenah" mereka mengenai pilihan makan. Saya cuba cerita-cerita sedikit mengenai kesan berkurung kerana virus yang menyebabkan susah untuk sentiasa keluar membeli makanan yang mereka gemari. Saya tambah juga saranan supaya mereka insaf bahawa ada anak-anak di luar sana yang tidak cukup makan kerana ramai ibu bapa yang terpakasa diberhentikan kerja waktu PKP ini.

Semoga termasuk dalam akal mereka dan terkesan dihati mereka. Tarbiah pada anak anak seperti cucu saya perlu kesabaran dan kasih sayang yang kreatif. Cara saya membesar dahulu tidak sama dengan masa kini. Maka tahap kesabaran dan kebijaksanaan perlu suatu yang saya sendiri harus bertekad kuat. Saya katakan pada pembantu rumah saya supaya masak yang simple-simple sahaja supaya tidak membazirkan rezeki yang Allah kurnia. Kita tidak tahu berapa lama lagi masaalah Wabak Virus ini akan berteruasan. Maka kita harus juga berjimat cermat. Semoga segera selesai dan mereka bolih bersekolah semula dan hidup kembali normal.

Itu sahaj sedikit coretan hidup dalam kurungan dalam rumah. Usaha untuk membina rasa kasih bukan suatu yang mudah dalam apa jua keadaan. Keadaan yang ada sekarang sebenarnya menimbulkan kesulitan. Saya rasa sedikit sulit kerana mereka terkurung. Orang dewasa terkurung pun bermasaalah. Inikan pula anak-anak kecil.

Hanya doa yang tidak putus-putus yang dapat dipanjatkan semoga masaalah virus ini akan berakhir dalam suasana yang tidak timbul masalah yang lebih besar. Semoga Allah memudahkan segala usaha dan urusan. 

Aamiin ya Rabb.....


Thursday, April 23, 2020

DO'A UST. Adi Hidayat Memasuki Awal Ramadhan, Bikin Sedih ��



A001
assalamualaikum in arabic Design with beautiful Thuluth style.

InsyaAllah esuk kita puasa. Sama-sama kita hayati doa diatas. 
Tukar sahaja Indonesia pada Malaysia.

Selamat menjalani Ramadhan Kareem.


Monday, April 20, 2020

Dihantarnya seekur Anjing ....fikir-fikir semasa dalam kurungan @Covid-19

A001
Alhamdulillah.
Allah bagi kesihatan setelah hampir 2 bulan duduk berkurung. Masa itu Ibadah. Maka saya cari cerita-cerita yang boleh membina kekuatan diri untuk memahami 
keindahan Islam dan mewariskan pada anak cucu.

Maka saya terjumpa cerita seorang Shaikh (Shaikh Omar Sulaiman) berceramah mengenai perihal cara kita melihat fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Sebuah contoh yang diberi berkaitan cerita seorang wanita yang dikatakan ia banyak melakukan dosa tetapi  Allah terima amalan yang sangat kecil memberi minuman pada seekur anjing yang sangat dahaga.
Allah kurnia Syurga padanya.
Ma sha Allah.

Wanita ini boleh sahaja tidak peduli pada anjing itu.
Tetapi ia tergerak hati untuk menolong dengan turun ke perigi usang dan memasukan air dalam kasutnya untuk
 menolong anjing yang amat kehausan.
Pastinya wanita itu memahami masaalah anjing itu kerana wanita itu juga merasai kehausan yang amat sangat.

Shaikh yang saya ikuti ceramahnya mengatakan bahawa anjing itu bukan datang secara kebetulan.
Allah hantar padanya kerana Allah sudah tahu isi hati wanita ini dan terbukti ia amat prihatin dan kasih pada seekor haiwan. Hatinya sudah ingin pulang pada Allah.
Maka setiap perilakunya menzahirkan
 keikhlasan yang amat sangat.

Maka Shaikh itu menasihati bahawa kita hanya perlu bertekad bersunguh-sunguh untuk pulang kepangkuan Allah. Allah itu maha kasih sayang pada hamba-hambanya. 
Allah pasti menunjuki jalan. Wanita ini menolong seekor anjing tanpa memikirkan apa-apa balasan.
Rahmat Allah itu lebih luas dari kemurkaanNya.

Itulah contoh pengajaran buat kita. Sesuatu amalan tidak semestinya suatu yang besar. Dan tidak semestinya suatu yang dapat pengiktirafan manusia lain. Keihlasan hati menjadi prasyarat untuk mendapat keredhaan Allah.

Shaikh mengingatkan lagi bahawa Allah selalu mengirimkan pada kita seorang atau sesuatu yang akan jadi
 musabab kita mendapat hidayah dan Rahmat dari Allah.
Maka jangahnlah kita meremehkan sesuatu yang beralaku atau berada di sekeliling kita hanya sahaja kerana seperti ia tidak membawa faedah pada kita. Kita hendaklah sentiasa berfikiran baik dan sentiasa melihat sesuatu dengan anggapan yang positif. Selalu sahaja rasa 
bersyukur dan redha atas apa jua
 yang berlaku pada kita.

Dan shaikh itu juga menasihatkan supaya kita jangan memilih berbuat kebajikan yang besar-besar sahaja dan tidak berminat dengan kerja-kerja kebajikan yang kecil. Ingatlah bahawa sanya kita tidak tahu bagaiman Allah membuat penilaian atas kita. Mungkin yang kecil itu yang Allah lihat terunggul dan memilihnya untuk menaikan darjat kita di sisiNya. Kita mohon Allah bina 
keikhlasan hati kita dan semoga kita mendapat anugerah
 yang tertinggi dariNya.

Mohon Taufiq dan Hidayah dari Mu ya Rabb....
Semoga fikir-fikir ini bermunafaat.



Saturday, April 18, 2020

RAMADAN 2020 WILL BE THE BEST ONE EVER




A001

Alhamdulillah hari ini Allah masih panjangkan umur dan semoga umur yang terus bermunafaat bagi diri dan keluarga jauh dan dekat dan juga untuk Ummah. Aamiin....

Kita terus berdoa semoga Allah sampaikan umur kita untuk bertemu Ramadhan Kareem dan Allah limpahkan segala Rahmatnya yang tidak terhingga di Ramadhan ini hingga ke akhir hayat dan hingga dapat bertemu denganNya.

InsyaAllah kita masih dalam perintah "berkurung" dan semoga perintah ini sebenarnya suatu Rahmat yang kita tidak nampak. Maka saya kongsikan Rahmat yang kita nanti-nanti itu seperti apa yang diutarakan dalam video yang saya kongsikan di atas ini. 

Jom kita mula membuat perancangan.

Buat saya inshaAllah ini pertama kali semua cucu-cucu saya dari dua anak lelaki saya akan terus bersama saya semasa "berkurung" ini. Semoga kami dapat bertarawih bersama buat pertama kalinya sebagai keluarga.

Semoga Doa-doa kita kesampaian.
Aamiin ya Rabb.....



Friday, April 17, 2020

Mengatur semula kehendak hati ...@Covid-19


A001
Alhamdulillah. Allah masih kurnia ruang dan peluang untuk berusaha merentas  dan mengawal Pandamic Coronovirus ini mengikut kemampuan yang ada.

Dalam waktu berkurung ini saya dan dua orang anak dan cucu-cucu duduk sekali di rumah saya. Mereka baersama saya semasa cuti penggal sekolah dan terus bersama saya kerana terperangkap dalam arahan 'berkurung' ini.

Sudah hampir dua bulan kita menjalani hidup sebegini yang belum pernah kita lalui selama ini. Semasa wabak Sars dulu saya tidak menyedari walau pun saya sudah berada diumur lima puluhan . Juga semasa wabak H1N1. Pengalaman hari ini amat mengejutkan buat saya kerana tidak menjangka hal seperti ini. Kebetulan saya sudah bersara hampir 18 tahun lamanya. Saya kini berumur 73 tahun. Namun wabak ini menyedarkan saya berbagai hal yang saya tidak pernah menjangkanya.

Hapir setiap hari saya akan mengikuti laporan Ketua Pengarah Kesihatan dan Yb Meneri Kanan Keselamatan Negara. Saya rasa amat terkesan dengan banyak hal dan saya ingin kongsi sedikit di sini semoga dapat memberi munafaat bersama.

Selain dari laporan bilangan mereka yang terjebak dengan virus ini saya mengikuti juga mereka yang amat terdedah denagan bahaya wabak ini. Saya terkesan dengan penderitaan mereka yang miskin dan mereka yang tidak punya tempat tinggal.(mereka yang gelandangan).



Di atas ini saya kongsikan foto yang saya cari di google yang menunjukan betapa malangnya masaalah mereka yang gelandangan. Fotoh ini hanya sebahagian yang dapat saya kongsikan. Rasa terhiba di hati.......




Saya lihat juga berita melalui utube kumpulan manusia yang sangat prihatin membantu mereka yang amat malang ..... tiada makanan dan tiada tempat tinggal. Semoga Allah menganugerah ganjaran yang terbaik di sisi mereka, yang menolong dan yang di tolong.

Mereka yang ada rumah pun ada yang bermasaalah tidak mencukupi makanan kerana ramai yang kehilangan pekerjaan.

Hampir setiap hari juga saya bercerita-cerita dengan anak cucu saya semoga mereka juga dapat bemuhasabah diri dan yang masih kecil-kecil juga semoga mereka mengereti sedikit sebanyak apa yang berlaku sekarang supaya memahami hal kehidupan yang ada pada waktu ini. 

Saya katakan pada anak-anak yang berada dengan saya waktu ini upaya membaca atau mendengari cerita-cerita hal Akhir Zaman. Kata setengah Ustaz Wabak Coronavirus ini adalah juga sebahagian dari petanda-petanda akhir zaman. Di Akhir-akhir zaman kita di maklumkan sememangnya akan ada perihal susah cari makanan. Di Malaysia belum genting masaalah ini tetapi sudah dapat dilihat. Aktiviti ekonomi dan perniagaan juga tergendala.

Maka saya katakan pada keluarga saya supaya jangan berbuat sesuati ikut kehendak hati. Kita tidak perlu makan sentiasa yang sedap-sedap sahaja. Kita maka asalkan kita tidak lapar dan simpan duit yang bolih dijimatkan itu untuk masa depan dan juga untuk membantu orang lain. Kita jangan kedekut. Jika ada yang mohon pertolongan kita beri. Lebaik baik sekali kalau kita beri tanpa menunggu dari orang meminta-minta. Allah lebih menghargai perlilaku yang seperti itu.

Saya katakan pada keluarga bahawa kita tidak perlu makanan yang memenuhi cita rasa tetapi tidak sangat perlu untuk kepentingan kesihatan. Mithalnya icekrim, kueh muih dan sebagainya. Ini bukan masa untuk bermewah-mewah. Ingat bahawa ramai yang memerlukan pertolongan kita.

Keluarga saya bukan kaya raya dan bukan dari golongan berada. Namun saya belajar mensyukuri apa yang Allah takdirkan. Dan kita harus peduli pada mereka yang lebih malang dari kita. Sedikit sama di lapah.

Sebenarnya dalam alQuran Allah telah memberi tahu manusia dalam surah Yusf supaya manusia sentiasa beringat bahawa ada kalanya dalam hidup kita tidak akan cukup makanan. Kita lihat sepintas lalu seperti di bawah ini.Semoga kita bertambah Insaf bahawa Allah mengizinkan sesuatu berlaku itu pasti ada Hikmahnya.


A047
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
(Yusuf 12:47) | 

A048
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
(Yusuf 12:48) |  
A049
"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
(Yusuf 12:49) |  



Walaupun apa yang disebut adalah tujuh tahun kemarau, tetapi kita ambil peduli bahawa maksudnya adalah juga  hidup kita ini ada musim yang turun naik. Kita jangan persoal fakta tetapi kita fahami bahawa kehidupan kita tidak  sentiasa senang. Maka kita harus bersedia untuk waktu-waktu yang susah seperti adanya wabak seperti sekarang ini

........................

Itu sahaja sedikit pesanan bersama yang saya dengari dari Ustaz di google. Tambahlah sendiri Ilmu kerana kita akan menjadi lebih insaf dalam menjalani hidup harian. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan memelihara kesejahteraan kita semua hingga ke akhir hayat.




Thursday, April 16, 2020

Bill Gates & The Blind Ummah

assalamualaikum in arabic Design with beautiful Thuluth style.






A001
Saudara budiman,
Pagi-pagi hening ini saya suka kongsikan video di atas.
Sambil menanati perintah 'berkurung' ini tamat kita fikirkan apa jua yang bolih memberi munafaat pada umat Islam. Tidak kira dari sudut mana. Kita dengari dahulu dan kita fikir-fikirkan.

Saya pernah juga mendengari satu komen mengenai Bill Gates dengan idea vacine nya yang bukan dengan maksud kesejahteraan umat tetapi untuk menepati pemikiran sekumpulan manusia di dunia ini yang saya rasa sudah "tidak waras" pemikirannya jika kita lihat dari sudut kemaslahatan ummah.

Carilah sendiri di video lain yang bolih memberi penerangan yang lebih membuka minda kita orang Islam.

Saya warga emas dan berkongsi ini kerana itu sahaja kemampuan saya kini. Saya berdoa Allah akan memberi Taufiq dan HidayahNya semoga kita bahagia di akhir hayat kita.

Aamiin ya Rabb.......



Monday, April 13, 2020

Rasa "hopeless"? NO! We have the Mercy of Allah....@ Covid-19




A001
Hari ini saya menyelami rasa di hati sendiri yang kadangkala mahu mengelirukan perasaan yang seharusnya ada pada diri semasa menghadapi ujian Allah yang belum pernah dirasai selama ini. Dibawah ini ialah foto rumah-rumah kejiranan saya. Jika cuaca tidak hujan maka nampak tenang sahaja. Dan bila agak penat duduk di dalam rumah saya melihat-lihat keluar. Kawasan rumah saya tidak banyak lalu lintas kenderan. Tetapi kami mesti berkurung juga walaupun rasa semacam ingin jalan-jalan ambil udara luar.

Begitulah manusia.....
Sering tidak sabar, dan merasi seolah-olah pilihan dalam hidup sudah amat terhad. Keinginin berjalan-jalan santai pun tidak dibolehkan. Saya katakan juga pada diri sendiri: Dahulu semasa aman, tidak pun sibuk mahu bersiaran diluar rumah. Mengapa sekarang rasa kehilangan peluangan.

Begitulah manusia.......
Jarang pandai menghargai peluang yang ada. Bila sudah tiada baru rasa banyak hal yang tidak kena.......



Melihat ketenagan suasana kejiranan dan senyap-senyap berdoa semoga
bencana wabak ini akan tamat segera.

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA


Perintah berkurung di lanjutkan hingga 28 April. 
Semoga dapat bertahan kesabaran dan Allah kurnia kekuatan
 fisikal dan minda untuk sama-sama berusaha menghapuskan
 wabak virus corona ini.
 Setiap kali saya mengikuti laporan Ketua Pengarah Kesihatan saya rasa 
insaf dan saya menasihati anak cucu supaya mematuhi perintah berkurung.

Bukan senang dan bukannya satu tugas yang ringan yang dipikul
 oleh YBhg Dato Noor Hisham ini yang menjalankan tugas harian untuk 
memastikan keselamatan semua rakyat. Syabas.
Dan janganlah sesiapa yang memperkecil usahanya dan 
usaha semua mereka yang bertugas bersamanya.
 Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Semoga kita semua tidak berputus asa.
 Setiap kejadian yang Allah izin berlaku pasti ada hikmahnya.
 Kita tidak tahu serta merta apa hikmah itu, tetapi yakinlah.
Jika kita beriman dan bertaqwa pada Allah yang maha Pencipta dan
 maha Bijaksana kita akan dianugerahi kasih sayangnya. 
Jika bukan sekarang Allah pasti tunda di hari kemudian dan
 pada saat yang kita tidak sangka-sangka keajaban kasih sayangnya.

Kita jangan lihat dari kesusahan yang kita lalui,
Kita lihat juga pada kemudahan dan kesenangan yang Allah kurniakan
 tanpa kita meminta-minta. Allah kurnia pada Malaysia Rezeki yang melimpah ruah dan Kerajaan telah dapat memberi bantuan yang sewajarnya.
Jangan fikirkan jumlahnya, tetapi kita hayati keberkatannya.
Allah maha kasih sayang pada hamba-hambanya. Allah sudah pun berjanji: 
Jika kita lakuakan apa jua yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang dan kebergantungan kita hanya padaNYA, maka diakhir peristiwa ini
isyaAllah kita akan merasai kenikmatannya.
Dan nikmat Allah itu amat luas. Jangan lihat yang biasa-biasa sahaja. Kita memohon Allah kurnia yang luar biasa. Aamiin ya Rabb....



Saturday, April 11, 2020

Sekolah dicutikan@Covid-19....memberi kefahaman pada cucu-cucu


A001


"Perintah Berkurung" di lanjutkan hingga 28 April.
Terduduk seketika memikirkan apa lagi yang akan berlaku akibat
 Wabak Coronovirus yang melanda sekarang.
Semoga Allah memberi perlinungan buat kita semua, Aamiin.

Sesekali saya keluar pintu hadapan dan melihat kejiranan Tamara Residence
yang nampak tenang dihari cuaca baik. Di kejiranan tersebut
 ramai pendatang professional dari luar negara tinggal di situ.
 Dengan adanya perintah berkurung tidak mungkin dapat solat Tarawih
 bersama mereka Ramadhan ini, Terasa sedih juga.
Semoga Wabak dapat di bendung dan semoga boleh solat Tahajud 
bersama Imam yang hafidz AlQuran di sepuluh Malam Terakhir
 Ramadhan ini di surau terdekat.

Ramadhan kali ini insha Allah saya akan bersama 
cucu-cucu anak lelaki saya Azrul.
Sebenarnya mereka bersama saya semasa cuti penggal sekolah selama
 seminggu tetapi terperangkap dalam perintah
 berkurung kerana wabak Corona itu.
Maka saya cuba jadi "Guru Besar" sekolah dan buat aktiviti yang sesuai 
semoga mereka dapat memunafaatkan waktu dan tidak bosan selama
 tinggal bersama saya tanpa aktiviti luar.
Saya cuba membuat penerangan semudah mungkin apa itu CoronaVirus.
Nampak seperti mereka faham yang mencukupi.
Saya katakan ada kuman berterbangan maka sebab itu tidak boleh
 keluar rumah sesuka hati.

Bersama saya sekarang ada 9 orang cucu.Yang tua 12 tahun dan
 yang terkecil  hampir 3 tahun.
Seperti ustaz cadangkan, kami buat solat berjemaah bersama.

Tetapi ada masaalah sedikit dalam hal ini kerana seorang
 cucu saya itu seperti ada perilaku yang boleh dikategorikan istimewa.
 Ia agak overaktif sedikit dan sering "mencabar" kefahaman cucu-cucu yang
 lainnya yang belum memahami perilaku yang istimewa kurniaan Allah. 
Cucu yang ini agak sukar duduk diam dan solat hingga tamat. 
Semogo Allah kurnia pertolongan dan sentiasa bersamanya.

Ini aktiviti tarbiah maka saya dan suami harus banyak bersabar.
Selain solat jemaah kami ajarkan juga alQuran dan menggalakan mereka
 menghafaz mengikut kemampuan masing-masing.
 Anak saya Amirul yang membimbing mereka.

Saya cuba membimbing mereka dalam hal-hal memahami sedikit-sedikit 
cerita-cerita sejarah Islam yang mudah-mudah seperti sejarah perjuangan 
Rasulullah saw. Semoga mereka membesar
 mereka mencintai Rasulullah saw.

Saya selitkan juga ruang bercerita semoga mereka memahami tata susila
 orang Islam yang mengaku beriman.
Bukan mudah buat saya tetapi saya cuba sedikit-sedikit.
Kalau boleh saya mahu cucu-cucu saya menjadi dewasa yang cemerlang 
dan soleh, taat pada Allah dan RasululNya.
 Dalam musim Wabak ini bercerita dengan anak-anak kecil pun
 membuat hati berdetar kerana mengingat kata Ustaz yang
 menasihati manusia 
supaya bersedia menghadapi Akhir Zaman.

Kebetulan saya baru sahaja medengari berbagai pendapat yang berkaitan
 dengan pendidikan. Dalam utube ada rangkaian bahawa 
Yb Menteri Pendidikan Tinggi mempromosi budaya Tik Tok.
 Kebetulan saya baru juga membaca di Wordpress  Saifulislam. Com bertajuk
 "Kisah Tik Tok dan Atuk".
 Maka agak rasa bingung juga mengapa 
Yb Menteri pendidikan Tingggi Malaysia berbuat demikian.
 Saya berpendapat siapa jua Menteri yang
 mahu melaksana apa jua dasar dan program harus
 merujuk pada Menteri
 di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggong jawab mengenai Islam.
JIka berbuat demikian kemungkinan dituduh oleh sesetengah pihak
ia mempermosi sesuatu yang memalukan bolih di elakan. 

Tiada siapa yang sempurna. Termasuklah saya.
Ini hanya pendapat 2 sen saya sahaja.
Saya sebut sepintas lalu sahaja supaya dapat ambil iktibar kerana saya
 ada 15 orang cucu yang sedang membesar dan semoga Allah kurnia Ilmu dan kebijaksanaan untuk sentiasa taat pada perintahNya
 dan menjauhi laranganNya.

Maaf saya terlajak memberi pendapat.
Ini kesan terkurung agak lama maka celaru perspektif yang sewajarnya.
Nanti dilain kali jika kesempatan saya cerita lagi karenah cucu-cucu
beraktiviti dalam berkurung kerana virus Covid19.




Wednesday, April 8, 2020

Do Not Fear the Virus | Daily Reminders



A001

Jom.... Sejukan hati.
Kita dengari video yang saya kongsi kali ini. 
Pendek sahaja tetapi terkesan di hati.
Semoga Allah memberkati.

Tuesday, April 7, 2020

Meyantuni teman lama sebelum Covid19.


A001

Alhamdulillah.
 Kali ini kisah biasa dalam kehidupan sebelum Covid -19.
Saya berusaha benar-benar untuk menghadiri majlis pernikahan
 anak teman akrab saya sejak tahun 1975.
Waktu itu saya kurang sihat tetapi saya cuba juga untuk hadhir.


 Teman saya waktu saya mula berkenalan bekerja sebagai
 Computer Programmer
 di Kementerian Pendidikan dan saya banyak belajar  secara tidak langsung
 mengenai IT waktu itu.
Saya tidak menyangka bahawa apabila saya sambung belajar buat 
Masters in Education di Wisconsin US ilmu yang sedikit itu 
banyak membantu saya  dalam kajian-kajian kecil yang saya wajib buat
 dalam kurukulum yang ditentukan buat kumpulan saya.
Alhamdulillah. Tersenyum sendirian
 mengingati peristiwa belajar dan kisah-kisah lucu
dalam keadaan saya tidak mahir langsung IT. Ini berlaku dalam tahun 1979.
Lama sangat dah.......
Ini keseronokan mengingat kembali hidup waktu silam.....



Majlis hari itu "short and sweet". Saya dapat bertemu juga
 kawan sekolah lama semasa di English College, Johor Bahru.
 Daud namanya dan beliau berkahwin dengan kakak teman Akrab saya ini.

Saya rakam foto-foto di atas sebagai kenangan betapa seronok
 dapat berhubungan hingga kini.
Alhamdulillah. 
Semoga masaalah Wabak Covid-19 ini segera tamat dan semoga
 Allah kurnia kesempatan untuk terus bersilaturahim 
dalam melalui  baki hidup yang tinggal sedikit kini.



Related Posts with Thumbnails