Alhamdulillah. Allah masih kurnia ruang dan peluang untuk berusaha merentas dan mengawal Pandamic Coronovirus ini mengikut kemampuan yang ada.
Dalam waktu berkurung ini saya dan dua orang anak dan cucu-cucu duduk sekali di rumah saya. Mereka baersama saya semasa cuti penggal sekolah dan terus bersama saya kerana terperangkap dalam arahan 'berkurung' ini.
Sudah hampir dua bulan kita menjalani hidup sebegini yang belum pernah kita lalui selama ini. Semasa wabak Sars dulu saya tidak menyedari walau pun saya sudah berada diumur lima puluhan . Juga semasa wabak H1N1. Pengalaman hari ini amat mengejutkan buat saya kerana tidak menjangka hal seperti ini. Kebetulan saya sudah bersara hampir 18 tahun lamanya. Saya kini berumur 73 tahun. Namun wabak ini menyedarkan saya berbagai hal yang saya tidak pernah menjangkanya.
Hapir setiap hari saya akan mengikuti laporan Ketua Pengarah Kesihatan dan Yb Meneri Kanan Keselamatan Negara. Saya rasa amat terkesan dengan banyak hal dan saya ingin kongsi sedikit di sini semoga dapat memberi munafaat bersama.
Selain dari laporan bilangan mereka yang terjebak dengan virus ini saya mengikuti juga mereka yang amat terdedah denagan bahaya wabak ini. Saya terkesan dengan penderitaan mereka yang miskin dan mereka yang tidak punya tempat tinggal.(mereka yang gelandangan).
Saya lihat juga berita melalui utube kumpulan manusia yang sangat prihatin membantu mereka yang amat malang ..... tiada makanan dan tiada tempat tinggal. Semoga Allah menganugerah ganjaran yang terbaik di sisi mereka, yang menolong dan yang di tolong.
Mereka yang ada rumah pun ada yang bermasaalah tidak mencukupi makanan kerana ramai yang kehilangan pekerjaan.
Hampir setiap hari juga saya bercerita-cerita dengan anak cucu saya semoga mereka juga dapat bemuhasabah diri dan yang masih kecil-kecil juga semoga mereka mengereti sedikit sebanyak apa yang berlaku sekarang supaya memahami hal kehidupan yang ada pada waktu ini.
Saya katakan pada anak-anak yang berada dengan saya waktu ini upaya membaca atau mendengari cerita-cerita hal Akhir Zaman. Kata setengah Ustaz Wabak Coronavirus ini adalah juga sebahagian dari petanda-petanda akhir zaman. Di Akhir-akhir zaman kita di maklumkan sememangnya akan ada perihal susah cari makanan. Di Malaysia belum genting masaalah ini tetapi sudah dapat dilihat. Aktiviti ekonomi dan perniagaan juga tergendala.
Maka saya katakan pada keluarga saya supaya jangan berbuat sesuati ikut kehendak hati. Kita tidak perlu makan sentiasa yang sedap-sedap sahaja. Kita maka asalkan kita tidak lapar dan simpan duit yang bolih dijimatkan itu untuk masa depan dan juga untuk membantu orang lain. Kita jangan kedekut. Jika ada yang mohon pertolongan kita beri. Lebaik baik sekali kalau kita beri tanpa menunggu dari orang meminta-minta. Allah lebih menghargai perlilaku yang seperti itu.
Saya katakan pada keluarga bahawa kita tidak perlu makanan yang memenuhi cita rasa tetapi tidak sangat perlu untuk kepentingan kesihatan. Mithalnya icekrim, kueh muih dan sebagainya. Ini bukan masa untuk bermewah-mewah. Ingat bahawa ramai yang memerlukan pertolongan kita.
Keluarga saya bukan kaya raya dan bukan dari golongan berada. Namun saya belajar mensyukuri apa yang Allah takdirkan. Dan kita harus peduli pada mereka yang lebih malang dari kita. Sedikit sama di lapah.
Sebenarnya dalam alQuran Allah telah memberi tahu manusia dalam surah Yusf supaya manusia sentiasa beringat bahawa ada kalanya dalam hidup kita tidak akan cukup makanan. Kita lihat sepintas lalu seperti di bawah ini.Semoga kita bertambah Insaf bahawa Allah mengizinkan sesuatu berlaku itu pasti ada Hikmahnya.
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
(Yusuf 12:47) |
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
(Yusuf 12:48) |
"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
(Yusuf 12:49) | Walaupun apa yang disebut adalah tujuh tahun kemarau, tetapi kita ambil peduli bahawa maksudnya adalah juga hidup kita ini ada musim yang turun naik. Kita jangan persoal fakta tetapi kita fahami bahawa kehidupan kita tidak sentiasa senang. Maka kita harus bersedia untuk waktu-waktu yang susah seperti adanya wabak seperti sekarang ini
........................
Itu sahaja sedikit pesanan bersama yang saya dengari dari Ustaz di google. Tambahlah sendiri Ilmu kerana kita akan menjadi lebih insaf dalam menjalani hidup harian. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan memelihara kesejahteraan kita semua hingga ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment