"Perintah Berkurung" di lanjutkan hingga 28 April.
Terduduk seketika memikirkan apa lagi yang akan berlaku akibat
Wabak Coronovirus yang melanda sekarang.
Semoga Allah memberi perlinungan buat kita semua, Aamiin.
Sesekali saya keluar pintu hadapan dan melihat kejiranan Tamara Residence
yang nampak tenang dihari cuaca baik. Di kejiranan tersebut
ramai pendatang professional dari luar negara tinggal di situ.
Dengan adanya perintah berkurung tidak mungkin dapat solat Tarawih
bersama mereka Ramadhan ini, Terasa sedih juga.
Semoga Wabak dapat di bendung dan semoga boleh solat Tahajud
bersama Imam yang hafidz AlQuran di sepuluh Malam Terakhir
Ramadhan ini di surau terdekat.
Ramadhan kali ini insha Allah saya akan bersama
cucu-cucu anak lelaki saya Azrul.
Sebenarnya mereka bersama saya semasa cuti penggal sekolah selama
seminggu tetapi terperangkap dalam perintah
berkurung kerana wabak Corona itu.
Maka saya cuba jadi "Guru Besar" sekolah dan buat aktiviti yang sesuai
semoga mereka dapat memunafaatkan waktu dan tidak bosan selama
tinggal bersama saya tanpa aktiviti luar.
Saya cuba membuat penerangan semudah mungkin apa itu CoronaVirus.
Nampak seperti mereka faham yang mencukupi.
Saya katakan ada kuman berterbangan maka sebab itu tidak boleh
keluar rumah sesuka hati.
Bersama saya sekarang ada 9 orang cucu.Yang tua 12 tahun dan
yang terkecil hampir 3 tahun.
Seperti ustaz cadangkan, kami buat solat berjemaah bersama.
Tetapi ada masaalah sedikit dalam hal ini kerana seorang
cucu saya itu seperti ada perilaku yang boleh dikategorikan istimewa.
Ia agak overaktif sedikit dan sering "mencabar" kefahaman cucu-cucu yang
lainnya yang belum memahami perilaku yang istimewa kurniaan Allah.
Cucu yang ini agak sukar duduk diam dan solat hingga tamat.
Semogo Allah kurnia pertolongan dan sentiasa bersamanya.
Ini aktiviti tarbiah maka saya dan suami harus banyak bersabar.
Selain solat jemaah kami ajarkan juga alQuran dan menggalakan mereka
menghafaz mengikut kemampuan masing-masing.
Anak saya Amirul yang membimbing mereka.
Saya cuba membimbing mereka dalam hal-hal memahami sedikit-sedikit
cerita-cerita sejarah Islam yang mudah-mudah seperti sejarah perjuangan
Rasulullah saw. Semoga mereka membesar
mereka mencintai Rasulullah saw.
Saya selitkan juga ruang bercerita semoga mereka memahami tata susila
orang Islam yang mengaku beriman.
Bukan mudah buat saya tetapi saya cuba sedikit-sedikit.
Kalau boleh saya mahu cucu-cucu saya menjadi dewasa yang cemerlang
dan soleh, taat pada Allah dan RasululNya.
Dalam musim Wabak ini bercerita dengan anak-anak kecil pun
membuat hati berdetar kerana mengingat kata Ustaz yang
menasihati manusia
supaya bersedia menghadapi Akhir Zaman.
Kebetulan saya baru sahaja medengari berbagai pendapat yang berkaitan
dengan pendidikan. Dalam utube ada rangkaian bahawa
Yb Menteri Pendidikan Tinggi mempromosi budaya Tik Tok.
Kebetulan saya baru juga membaca di Wordpress Saifulislam. Com bertajuk
"Kisah Tik Tok dan Atuk".
Maka agak rasa bingung juga mengapa
Yb Menteri pendidikan Tingggi Malaysia berbuat demikian.
Saya berpendapat siapa jua Menteri yang
mahu melaksana apa jua dasar dan program harus
merujuk pada Menteri
di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggong jawab mengenai Islam.
JIka berbuat demikian kemungkinan dituduh oleh sesetengah pihak
ia mempermosi sesuatu yang memalukan bolih di elakan.
Tiada siapa yang sempurna. Termasuklah saya.
Ini hanya pendapat 2 sen saya sahaja.
Saya sebut sepintas lalu sahaja supaya dapat ambil iktibar kerana saya
ada 15 orang cucu yang sedang membesar dan semoga Allah kurnia Ilmu dan kebijaksanaan untuk sentiasa taat pada perintahNya
dan menjauhi laranganNya.
Maaf saya terlajak memberi pendapat.
Ini kesan terkurung agak lama maka celaru perspektif yang sewajarnya.
Nanti dilain kali jika kesempatan saya cerita lagi karenah cucu-cucu
beraktiviti dalam berkurung kerana virus Covid19.
No comments:
Post a Comment