Hari ini saya menyelami rasa di hati sendiri yang kadangkala mahu mengelirukan perasaan yang seharusnya ada pada diri semasa menghadapi ujian Allah yang belum pernah dirasai selama ini. Dibawah ini ialah foto rumah-rumah kejiranan saya. Jika cuaca tidak hujan maka nampak tenang sahaja. Dan bila agak penat duduk di dalam rumah saya melihat-lihat keluar. Kawasan rumah saya tidak banyak lalu lintas kenderan. Tetapi kami mesti berkurung juga walaupun rasa semacam ingin jalan-jalan ambil udara luar.
Begitulah manusia.....
Sering tidak sabar, dan merasi seolah-olah pilihan dalam hidup sudah amat terhad. Keinginin berjalan-jalan santai pun tidak dibolehkan. Saya katakan juga pada diri sendiri: Dahulu semasa aman, tidak pun sibuk mahu bersiaran diluar rumah. Mengapa sekarang rasa kehilangan peluangan.
Begitulah manusia.......
Jarang pandai menghargai peluang yang ada. Bila sudah tiada baru rasa banyak hal yang tidak kena.......
Melihat ketenagan suasana kejiranan dan senyap-senyap berdoa semoga
bencana wabak ini akan tamat segera.
Perintah berkurung di lanjutkan hingga 28 April.
Semoga dapat bertahan kesabaran dan Allah kurnia kekuatan
fisikal dan minda untuk sama-sama berusaha menghapuskan
wabak virus corona ini.
Setiap kali saya mengikuti laporan Ketua Pengarah Kesihatan saya rasa
insaf dan saya menasihati anak cucu supaya mematuhi perintah berkurung.
Bukan senang dan bukannya satu tugas yang ringan yang dipikul
oleh YBhg Dato Noor Hisham ini yang menjalankan tugas harian untuk
memastikan keselamatan semua rakyat. Syabas.
Dan janganlah sesiapa yang memperkecil usahanya dan
usaha semua mereka yang bertugas bersamanya.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Semoga kita semua tidak berputus asa.
Setiap kejadian yang Allah izin berlaku pasti ada hikmahnya.
Kita tidak tahu serta merta apa hikmah itu, tetapi yakinlah.
Jika kita beriman dan bertaqwa pada Allah yang maha Pencipta dan
maha Bijaksana kita akan dianugerahi kasih sayangnya.
Jika bukan sekarang Allah pasti tunda di hari kemudian dan
pada saat yang kita tidak sangka-sangka keajaban kasih sayangnya.
Kita jangan lihat dari kesusahan yang kita lalui,
Kita lihat juga pada kemudahan dan kesenangan yang Allah kurniakan
tanpa kita meminta-minta. Allah kurnia pada Malaysia Rezeki yang melimpah ruah dan Kerajaan telah dapat memberi bantuan yang sewajarnya.
Jangan fikirkan jumlahnya, tetapi kita hayati keberkatannya.
Allah maha kasih sayang pada hamba-hambanya. Allah sudah pun berjanji:
Jika kita lakuakan apa jua yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang dan kebergantungan kita hanya padaNYA, maka diakhir peristiwa ini
isyaAllah kita akan merasai kenikmatannya.
Dan nikmat Allah itu amat luas. Jangan lihat yang biasa-biasa sahaja. Kita memohon Allah kurnia yang luar biasa. Aamiin ya Rabb....
No comments:
Post a Comment