Alhamdulillah.
Kali ini kisah biasa dalam kehidupan sebelum Covid -19.
Saya berusaha benar-benar untuk menghadiri majlis pernikahan
anak teman akrab saya sejak tahun 1975.
Waktu itu saya kurang sihat tetapi saya cuba juga untuk hadhir.
Teman saya waktu saya mula berkenalan bekerja sebagai
Computer Programmer
di Kementerian Pendidikan dan saya banyak belajar secara tidak langsung
mengenai IT waktu itu.
Saya tidak menyangka bahawa apabila saya sambung belajar buat
Masters in Education di Wisconsin US ilmu yang sedikit itu
banyak membantu saya dalam kajian-kajian kecil yang saya wajib buat
dalam kurukulum yang ditentukan buat kumpulan saya.
Alhamdulillah. Tersenyum sendirian
mengingati peristiwa belajar dan kisah-kisah lucu
dalam keadaan saya tidak mahir langsung IT. Ini berlaku dalam tahun 1979.
Lama sangat dah.......
Ini keseronokan mengingat kembali hidup waktu silam.....
Majlis hari itu "short and sweet". Saya dapat bertemu juga
kawan sekolah lama semasa di English College, Johor Bahru.
Daud namanya dan beliau berkahwin dengan kakak teman Akrab saya ini.
Saya rakam foto-foto di atas sebagai kenangan betapa seronok
dapat berhubungan hingga kini.
Alhamdulillah.
Semoga masaalah Wabak Covid-19 ini segera tamat dan semoga
Allah kurnia kesempatan untuk terus bersilaturahim
dalam melalui baki hidup yang tinggal sedikit kini.
No comments:
Post a Comment