"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, November 11, 2010

I DID IT MY WAY

Tema sebuah lagu yang pernah saya sukai suatu masa dahulu. Saya suka seni katanya. Saya teringat lagu itu bila menonton program "MEJA BULAT" di ASTRO AWANI baru-baru ini di mana anak saya Azrul Hassani menjadi salah seorang ahli panel. Semoga satu hari nanti apa jua bidang yang dipilihnya ia akan berjaya dengan limpah kurnia Rahmat dari Allah jua.


Saya hendak cerita sedikit  peristiwa saya mendidiknya. Semasa di peringakat sekolah menengah saya "menggalakannya" atau lebih tepat saya menyuruhnya mengambil jurusan Sains tulin. Saya agak sedar ketika itu bahawa dia tidak begitu minat bidang tersebut, tetapi saya rasa saya "pandai" dan mengatakan padanya bidang sains banyak faedahnya dan munafaatnya. Untuk memendekan cerita, ia ikut nasihat (arahan) saya. Saya cuba "justify" pilihan saya dengan mengatakan bahawa orang Islam amat ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi maka semestinya ada dorongan untuk anak-anak kita menerajuinya. Sebenarnya dalam pemikiran otak saya ketika itu, yang saya katakan pada suami saya ialah : Kalau orang Islam tidak maju dalam sains dan teknologi siapa yang akan merekabentuk satellite,  senjata-senjata canggih, jet-jet pengebom dan lain-lain lagi di mana negara Islam bergantung pada negara  Barat yang dengan sebab itu mereka menguasi minda dan ekonomi orang Islam. Kita jadi sasaran musuh tetapi tiada upaya berbuat sesuatu yang efektif atau berkesan.

Suami saya setuju dengan saya cuma dia takut nanti Azrul tidak berjaya atau nanti dia senyap-senyap akan "memberontak". Kita tawakal sahajala, saya katakan pada suami. Kita hanya dapat menolong dengan doa kerana dia di Sekolah Asrama Penuh dan tidak selalu dapat berhubung. Ketika itu Cell phone belum ada seperti hari ini.

Pengetua sekolahnya menghubungi kami ibu bapa apabila Azrul menghadapi  masaalah dalam mata pelajaran sains dan ini sedikit sebanyak  telah menyebabkan mata pelajaran yang lain pun terjejas. Dalam peperiksaan Cubaan, dia gagal. Kami menjadi amat bimbang . Tetapi dia "Steady". Seolah-olah itu perkara kecil. Dia bukan pelajar  straight A's, tetapi  "entah macam mana" ia masih dapat gred satu.Alhamddulilah. Kami lega.

Dalam dunia persaingan hari ini dia mengatakan: "orang yang tidak ada ijazah pun boleh berjaya. Contohnya Bill Gates. Emak jangan susah hati."   Sekarang ini bidang yang dipilih adalah dalam industri IT dan Komunikasi. Projeck Animasinya ada diterbitkan di RTM. Saya kurang arif. Tetapi saya mengikutinya dari masa ke semasa. "His success story is commendable up to this point," kata setengah pihak. Saya kurang arif dan kali ini kami  ikut sahaja. HE DID IT HIS WAY. Saya bersyukur dan semoga kejayaannya dapat di munafaatkan pada diri, keluarga, masyarakat dan Islam sejagat. Saya katakan padanya, "Tidak boleh dikira kejayaan jika kejayaan itu tida boleh dikongsikan".

Saya katakan lagi padanya, walau apa pun wawasan kita semestinya seperti Abd. Rahman Aouf, seorang ahli "koperat" sahabat Rasulullah yang sudah dijajikan syurga. Tiga perkara yang diutamakan oleh beliau dalam "professionnya" ia itu 1) memastikan quality kerjanya berkualiti tinggi, 2) Sentiasa menepati masa yang di tetapkan dan 3) Mengurus dana kewangan dengan cekap.Kesemuanya di laksana dalam wadah paradigma TAUHID. Keredhaan Allah yang amat utama. Kejayaan diluar paradigma ini hanyalah ibarat bayang-bayang. Ia akan luput dengan luputnya cahaya. Dan cahaya itu ialah NUR iman pada Allah.

Semoga Azrul, anak kami, mengikut jejak Abdul Rahman bin Aouf. Sumbangan dan perjuangannya dalam Islam amat luar biasa. Semoga Allah memudahkan laluan Azrul, memeliharanya supaya sentiasa di jalan yang lurus, tidak mengabaikan tanggongjawabnya  dan mematuhi segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Dalam pada itu saya dan suami masih berdoa semoga ada anak-anak Islam yang komited untuk menerajui bidang penyelidikan dan pembuatan dalam jurusan sains dan teknologi dan juga lain-lain bidang yang diperlukan dalam kehidupan di dunia ini yang akan dapat  mengembalikan maruah orang-orang Islam. Semoga Allah memberi pertolongan dan melimpahkan rahmatNya yang tidak terhingga.
Ameen.

3 comments:

Kerabu Jantung said...

Alhamdulillah, tiada apa yang lebih mengembirakan melainkan jika anak-anak kita berjaya.Sesungguhnya tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak tidak akan selesai sehinggalah kita menutup mata.

ps. Saya suka mawar merah yang di sebelah kanan tu, dan rumah putih tu and I love that window with the white lace!

Unknown said...

Salam Mak,

Terima kasih tidak terhingga diatas dorongan dan kata kata perangsang yang menjadi pegangan hidup abg dewasa ini.

Antara kata-kata Mak yang tersemat di jiwa antaranya "Abg, it pays to lose battles in order to win the war!" pada ketika abg begitu resah & gelisah ketika banyak percubaan berniaga tidak menjadi.

Dan Mak juga bail-out kereta yang kena tarik, yang mana sedaya upaya abg sorokkan kerana tak mahu menyusahkan Mak & Ayah.

Sampai satu ketika Ayah ada mencadangkan untuk buat berniaga lain. Tapi Abg yakin dan percaya, Allah tidak akan membiarkan hambanya yang berusaha bersungguh-sungguh gagal selamanya. Memang ada ketika abg hampir putus harap, ketika surat mahkamah sampai untuk abg diisytiharkan muflis, namun akhirnya Allah membuka jalan, ruang & laluan untuk keluar dari semua masalah tersebut. Ya lah, pada ketika itu abg berusia baru 24 tahun, sedangkan orang lain mungkin merasa gaji pertama tetapi abg dihidangkan dengan surat dari mahkamah untuk muflis.

Abg, yakin kuasa Allah melampaui segalanya, breakthrough yang pertama apabila mendapat projek RTM - iaitu Toopye, payment yang pertama abg langsaikan masalah yang hampir menyebabkan abg disenarai hitam selain dari bantuan Kumpulan Sakata.

Masih segar juga diingatan pengorbanan Mak menghantar abg ke sekolah di asarama SMAKL. ketika itu keluarga kita menghadapi masalah kewangan. Mak, seorang pegawai kerajaan yang berpangkat besar, sanggup mencemar duli, naik teksi bersama abg ke sea-park, kemudian sama-sama bersesak naik bas mini hingga ke perhentian bas kelang (yang berhampiran pudu), dan akhirnya naik bas len seng sehinggalah sampai di wangsa maju. Terasa sebak didada mengenang kenangan itu.

Terima kasih tak terhingga Mak diatas didikan, pengorbanan & kasih sayang yang dicurahkan. Memang adakalanya abg rasa Mak terlalu bengkeng & strict, tetapi Alhamdulillah, anak-anak mak berjaya menjadi orang. Semoga kami menjadi orang yang dapat add value to Islam, bangsa & negara sedapat mampu.

Hanya Allah jualah yang dapat membalas segala jasa, pengorbanan & kasih sayang yang Mak & Ayah curahkan.

Salam peluk cium & kasih sayang,
Abang
anakanda Azrul Hassani Baharom

ngasobahseliman said...

Salam Dear Kerabu Jantung. Thankyou for making me feel good. Tetapi yang baik itu datangnya dari Allah. Yang kekurangan itu ialah kelemahan sendiri.
About the roses, its from Garut, a small town about 3 hours from Bandung. The temperature is like Cameron Highlands. We were there as a team setting up a Pasentren for a philanthropist. We named it Situwangi Boarding School combining both Ilmu Fardhu Ain and Ilmu Fardghu khifiyah. i.e an intergrated modern secondary school.(Ilmunya mendalam, Inteleknya tinggi, rohaninya bersih, mindanya kuat) Sama-sama kita doa akan ada kumpulan yang akan membela dan mengembalikan semula marwah orang-orang Islam sejagat.

Related Posts with Thumbnails