Satu hari di bulan Oktober yang lalu saya pulang ke kampung di Pontian Johor. Mungkin inilah kali terakhir kami akan dapat melihat tapak rumah pusaka yang "tersergam" buat sekian lamanya.Anak kakak saya akan membina rumah nya di tapak tersebut. Saya seperti merayu di dalam hati apalah kiranya rumah baru tidak dibina sekarang kerana ia amat "sentimental" buat saya dan kakak-kakak. Di situlah saya tinggal bersama Emak selepas tingkatan Enam. Sebelum itu rumah kami berbentuk tradisional dibuat daripada kayu papan.(Tidak ada gambar kenangan. Maklumlah ketika itu kami tidak mampu ada kamera). Itulah rumah pertama yang saya ingat di mana saya tinggal selama saya sekolah rendah dan menengah. Bapak saya meninggal semasa saya berumur 16 tahun dan tidak dapat melihat rumah yang Emak bina dengan kumpulann wang simpanan hasil menoreh getah dan sumbangan kakak-kakak yang sudah bekerja.
Rumah ini dibina pada tahun 1968 oleh Allahyarham abang ipar saya yang berkerja sebagai tukang kayu. Berbulan-bulan lamanya barulah siap.Ia menggantikan rumah tradisional yang telah usang.Rumah ini beratap zing dan dindingnya separuh batu, separuh kayu. Saya rasa amat seronok emak bina rumah itu kerana dibina juga tandas yang sempurna Saya tinggal bersama kakak yang tua (seorang ibu tunggal) dan dia buat perniagaan kecil jual nasi lemak dan jual tempe'. (Saya sekarang tahu tempe yang baik dan berkualiti dengan melihatnya sahaja, Jasa baik kakak mengajar saya. Semuanya cara tradisional.) Kakak saya yang tua sekali kini telah meninggal dunia.
Di sebelah rumah, Emak bina sebuah rumah kecil untuk disewa.(Ini di bina dalam tahun tujuh-puluhan). Dari situlah hasil pendapatan emak saya selain sumbangan kakak-kakak. Dahulunya kawasan itu ialah kawasan pokok getah. Saya masih ingat saya tolong kakak saya menoreh sebelum saya pergi sekolah. Awal-awal pagi lagi sudah bangun dan saya tolong pegang obor supaya nampak pokok yang hendak ditoreh Kemudian bila sudah subuh saya balik untuk ke sekolah. Waktu itu mandi di kolam sahaja. Cuaca selalunya sejuk dan kadang-kadang saya tidak mandi, cuma basahkan kepala sahaja. Emak saya ingat saya sudah mandi. Bila ingat-ingat sekarang rasa sayu dan rindu suasana kasih sayang emak dan kaka-kakak. Itulah saya rasa sayu anak buah saya nak runtuhkan rumah untuk buat rumah baru. Tetapi apakan daya..... tidak ada yang boleh kekal selamanya.
Pemandangan rumah dari jauh.
Sudut pandang jauh dengan rumah sewa bersebelahan
sudut padang dari hadapan
dari hadapan rumah melihat ke jalan raya (dahulunya jalan kampung).
pandangan dari jalan raya ke arah rumah
bunga-bunga di hadapan rumah berhampiran jalan
pokok-pokok warisan berpuluh tahun
Telaga buta, dahulunya sumber air untuk keperluan rumah.
Disekelilingnya pokok pisang yang hidup berterusan
kakak saya menunjukan jalan masuk warisan Wak Leman
Ini Lorong Sulaiman kini. Jalan diwakafkan untuk munafaat Emak dan Bapak
Setelah Emak saya pulang ke Rahmatullah, rumah ini kakak sewakan pada seorang Ustaz di kampung. Kg. Parit Semerah adalah nama kampung saya. Rumah itu dijadikan tempat mengajar alQuran dan fardhu ain. Rumah itu Ustaz beri nama "Rumah Mulia". Semoga Emak dan Bapak saya dapat munafaatnya. Itulah sebabnya juga saya rasa agak sedih bila mengingatkan mungkin itulah kali terahir saya melihat rumah pusaka orang tua saya. Terlalu banyak kenangan untuk diceritakan. Walaupun hidup serba kekurangan dari segi kemudahan fisikal dan makan minum tetapi kami seronok. Saya tidak pernah rasa kekurangan kasih sayang dan perhatian. Di sisnilah tempat kami berkumpul setiap Hari Raya. Cucu-cucu emak saya akan datang beramai-ramai dan tiggal bermalam mengikut kemampuan. Amat berbeza rumah ada orang tua dengan rumah yang tidak ada orang tua. Bila saya pulang ke kampung hari ini saya tidur di rumah kakak saya yang berada disebelah belakang sejauh 50 meter sahaja. Kakak saya pada siang hari mengurus runag sendiri tetapi sebelah malam akan tidur di rumah Emak. Begitulah cara generasi kami mengjaga orang tua. Sekarang lain sedikit. Anak-anak terlalu sibuk dan tinggal jauh. Mungkin diperingkat saya nanti pun saya belum tahu bagaimana caranya. Kawan-kawan saya mengatakan nanti samapi giliran kita agaknya kita dihantar ke rumah orang tua-tua. Saya lawak kat kawan saya. Saya mengatakan: Tidak.....Kita tidak dihantar. Kita kena pergi sendiri. Kami pakat-pakat gelak dan dalam hati-hati kami berdoa semoga fenomena ini tidak terjadi. Semoga anak-anak sekarang masih rasa sentimental mengenai orang tua-tua. WaAllahu'alam.

Rumah warisan kini disewakan dan Ustaz yang menyewa menamakan
"Rumah Mulia"
Korridor "Rumah Mulia"
Ini dua sudut pemandangan rumah kakak saya dari mana ia berulang- alik menjaga Emak saya.
pokok-pokok bunga yang menyerikan kawasan rumah.
Kenangan manis seindah bunga-bunga yang mendamaikan hati dan pandangan.
Ini rumah kakak seorang lagi yang berhampiran, 100 meter dari rumah pusaka.
Jalan pitas dari rumah kakak saya ke rumah pusaka. Banyak pokok ubi dan pokok turi
dan pokok pisang.

antara pemandangan Bandar Pontian kini. Hanya untuk kenangan bila sudah tiada
kemampuan untuk berziarah ke kampung halaman.
kemampuan untuk berziarah ke kampung halaman.
Itulah sedikit coretan nostalgia Temapt Jatuh Lagi Di Kenang. Saya masih menaruh harapan saya masih dapat merasi nikmat kurniaan Allah. Emak dan Bapak saya tidak ada simpanan di Bank. Tetapi mereka bolih membeli kebun untuk diwariskan pada anak-anak, bolih pergi Haji dan lain-lain lagi. Bermula "From Skretch" datang dari tanah Jawa, dan berkat kegigihan dan doa yang berterusan, Allah kurnia yang terbaik . Alhamdulilah. Semoga Allah melimpah kasih sayangnya yang tidak terhingga bagi kami semua, di alam ini, di alam barzah dan nanti di alam akhirat. Ameen.
No comments:
Post a Comment