Di Mekkah ibadah korban dilakukan sejurus selesai menunaikan Hajj bermula hari Selasa. Kita Di Malaysia mula pada hari Rabu. Pada tahun ini entah mengapa saya terlintas untuk memikirkan sudut lain selain dari apa yang saya selalu terfikir sendirian.
Apabila saya menyaksikan buat petama kalinya penyembelihan Korban, saya terfikir: "Kalaulah aku yang jadi bintang korban itu, bagaiman cara aku berfikir dan bertindak." Nabi Ismail terus menyatakan keredhaannya apabila diberi tahu oleh bapanya tentang wahyu dari Allah swt. Hatinya damai kerana itu perintah Allah walaupun ini bererti ia akan menemui ajalnya. Ketika itu belum tahu Allah akan tukarkan jadi kambing kibasy. Kedamaian pasrahnya "tentunya" dapat dirasai oleh ayahnya, dan tekadnya tidak berbelah bagi. Biasanya seorang bapa (atau seorang ibu) yang amat sayang pada anaknya akan redha mmenjadikan dirinya sebagai ganti.
Saya setuju dengan seorang kawan di dunia cyber yang mengatakan bahawa sapi yang akan dikorbankan juga "pasrah bulat" pada Penciptanya. Saya bagaimana agaknya kalau sayalah yang jadi bahan korban, walaupun tidak sampai keperingkat mengorbankan nyawa. Ada kalanya kita kata kita "jadi mangsa". Kadang-kadang kita kata: "rakyat harus berkorban untuk negara kerana ada objektif yang mulia dan baik yang sedang diusahakan untuk dicapai bersama." Saya rasa ini boleh kita fikir-fikirkan, atau mungkin ada pembaca yang sudah memikirkannya dan mahu mengongsikannya dengan saya dan kita semua.
Saya rasa kalau kita yakin seyakin-yakinnya bahawa pihak yang akan mengorbankan kita itu benar-benar bulat pasrah nya pada Allah yang maha pencipta dan maha berkuasa, maka pastinya kita akan rasa damai dan kedamaian itu tidak akan terganggu-gugat oleh apa jua sekalipun.
WaAllahu'alam.
No comments:
Post a Comment