"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, November 4, 2010

ANTARA HAK DAN LAYAK





Awal pagi semalam saya diberi tahu seorang teman sebaya, sejemaah, seperjuangan dan sealiran telah pulan ke Rahmatullah. Innalilahiwainnailaihirajiuun. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan. Hidup dan mati adalah lumrah hakikat kejadian manusia dan semua ciptaan Allah yang bernyawa. Hidup ibarat sebuah perjalanan. Ada yang lurus dan mudah, ada yang lengkok-lengkok penuh duri dan onak. Alhamdulilah, saya dapat menerima peringatan tentang hidup dan kehidupan berkat doa emak bapak dan pertolongan Allah yang maha pengasih maha penyayang. Semoga Allah terus memberi petunjuk dan hidayahnya pada saya dan teman-teman semua. Amin.

Dalam saya duduk menanti untuk solat jenazah, berbagai fikiran meresap dikepala saya. Saya terkenang betapa gigih teman saya ini. Beliau menghidap penyakit barah payudara dan bila mengetahuinya ia sudah hampir ke fasa 4. Namun ia tabah dan terus menjalankan kerja-kerja kebajikan yang mana ia menerajui satu jawatankuasa di masjid qariah yang saya sama-sama jadi ahli. Cuma yang saya sedih dan kasihan melihatnya ialah dalam kesusahan merawat penyakitnya, ia ditinggalkan suami untuk berkahwin dengan seorang warga dari negeri jiran yang masih muda belia. Maka teringat saya prinsip Hak dan Layak dalam hukum hakam yang yang ditentukan dalam hidup kita.

Berlinangan air matanya semasa bercerita dengan saya setahun yang lalu. "Kita sabarlah Sobah, nak buat macam mana. Orang lelaki kata itu haknya. Perempuan ini pun amat sayang padanya." Dia berkata pada saya dalam usaha meyakinkan dirinya. Saya terdiam dan tidak dapat berkata apa-apa dan hanya mampu menyuap makanan yang terhidang di hadapan kami disebuah restaurant di mana kami sesekali berjumpa. Pada hari itu memang kami berjumpa untuk melepas rasa hati yang sedih dan pilu. " I tak percaya perempuan itu benar-benar sayang padanya. Suami I bukan muda. You pun kenal padanya." Saya menganggukannya kerana saya kenal benar suaminya itu kerana dia pernah menjadi boss saya pada suatu ketika. "I rasa perempuan itu ingat suami I ni kaya, sebab dia jumpa di kelab suami I main golf." " Oh..." itu saja yang mampu saya katakan.

Kini teman saya telah berpindah alam. Saya tetap bersedih mengenangkan perihal hidupnya. Kalau itu berlaku pada diri saya, entahlah apa tindakan yang saya akan ambil. Saya bayangkan diri saya pastinya kecewa yang amat sangat. Setelah hampir 40 tahun bersama, mendidik anak-anak dan berbagai lagi tanggongjawab yang dipikul, tetapi bila samapi masa kritikal untuk bersama, suami "menghilangkan diri" atas prinsip berkahwin seorang lagi itu adalah hak.

Sehubungan dengan ini saya rasa ramai lelaki yang silap tafsir antara soal hak dan soal layak. Apakah tafsir layak. Saya pulangkan ini pada sesiapa yang membaca entri saya ini. Saya sudah kehabisan akal untuk menganalisa perkara ini. Saya masih bersedih hati kerana fenomena ini boleh berlaku pada diri saya.

Semoga Allah mencucuri rahamat pada ruh teman karib saya ini dan menempatkannya dengan ruh orang-orang yang soleh. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menerima amalannya. Semoga kita berjumpa di syurga pilihan yang Allah kurnia, dengan Rahmatnya semata-mata. Amin.

2 comments:

Kerabu Jantung said...

Kalau peristiwa begini tak berlaku di kalangan kita atau sahabat-sahabat, kita tak akan percaya . Kita kata macam drama tv, tapi rupa-rupanya drama tv dan drama di luar tv tak banyak bezanya!

Saya doakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas arwah sahabat puan, semoga mendapat ganjaran dari Allah di atas segala penderitaan dan kesabaran beliau dan mudah-mudahan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solihin . Aamin!

ngasobahseliman said...

Dear Kerabu Jantung, Terima kasih kerana memahami. Semoga doa-doa kita Allah makbulkan.Salam.

Related Posts with Thumbnails