"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, November 5, 2010

MICRO-MANAGING MY CHILDREN'S FAMILY







"You must be  something else!" says a friend when I told her that  when it comes to my children's family, I am not a mother-in-law. "Why so ?" she asked.  When I am not  a mother-in-law I feel more at ease to  talk, criticize and advise. The "stigma" on a mother-in-law as being "fussy" and "bossy" and sometimes being misunderstood as having "jealousy" could be avoided most of the times if we "change our label".

Itulah yang saya perbualkan pada  seorang teman  pada suatu hari mengenai pengalaman saya hidup bersama-anak-anak yang sudah berumah tangga dan mempunyi anak-anaknya sendiri. Anak sulung saya (perempuan) berumur 35 tahun dan mempunyai  3 orang anak. Anak yang kedua lelaki berumur 34 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Yang bongsu lelaki berumur 29 tahun baru 4 bulan berumah tangga dan seorang anak dalam kandungan.

"I am a trainer and counsellor, not a mother-in-law," saya perjelaskan pada menantu perempuan saya. "InsyaAllah you will be less sensitive."

"Seorang teman lain memperingatkan saya supaya jangan banyak cakap sekiranya hendak berbaik dengan menantu. Kalau banyak cakap dia orang tidak suka. "Read their body language," kata kawan ini. Pada ketika itu saya senyum walaupun saya tidak setuju sepenuhnya. Dalam hati saya, "Kita ikhlas nak menegor mana yang tidak kena." Walaubagaimana pun saya akur dengan nasihat kawan saya ini. Dalam pada itu saya fikir-fikir cara terbaik bagaimana saya boleh "mewariskan" petua-petua rumah tangga yang saya pegang teguh.

sessi "mewariskan Petua-petua"

antara ahli "extended family" yang sesekali  termasuk juga dalam agenda "micro-managing".

"If I could give some good "prescription" to manage an office, surely I could do the same with some similar techniques for the home." Saya berfikir dan berbincang dengan suami. " Rumah tidak serupa dengan pejabat", kata suami saya. Saya setuju juga dengan kata-katanya, tetapi agak masih berdegil untuk mencuba juga dengan anak-anak yang berbagai karenah. Mereka pernah mengatakan secara diplomasi bahawa saya "tidak sporting". Itu bererti saya ini semacam "old -fashioned" . Saya tidak mengikut perkembangan zaman. Saya kata pada mereka, "Kalau mengenai cara hidup seorang muslim dan mukmin, tidak ada cerita old-fashion atau 'tak-sporting'. "Emak mengaku bahawa emak tidak 'up- to-date'  mengenai  hal-hal sains,  teknologi dan komunikasi, mengenail theory-theory ekonomi dan kemaknusiaan atau sepertinya. Tetapi kalau mengenai  hukum-hakam Islam, dia serupa sahaja  dari zaman Rasulullah saw hingga sekarang. Yang berbeza sedikit sangat. Itu pun bukan atas perkara-perkara pokok, dan ulama' yang membuat fatwa baru sememangnya ia ulama' yang di iktiraf keimanannya dan ketaqwaannya dan kewibawaannya.






Saya "lecture" anak saya ketika makan bersama dihujung minggu atau sesakali makan di luar meraikan sesuatu. Selain itu tiada kesempatan. Kadang-kadang terus bercakap di dalam kereta kerana waktu itulah dia orang tidak ada alasan hendak ke bilik air atau nak dukung anak atau apa jua. Dalam  "face-book" anak-anak, saya pernah menjumpai kata-kata bahawa prinsip yang mereka ikut adalah prinsip emak kerana " sudah kena lecture dengan Emak." Senyum bila membacanya. Semoga lambat laun mereka ikut juga nasihat-nasihat yang saya dan suami berikan.

Ramai kawan saya yang tidak bersetuju dengan cara saya kerana dikhuatiri saya seperti tidak memberi kebebasan berumah tangga. Tetapi bukan itu tujuan saya. Saya sekadar mahu mengatakan bahawa  petua-petua kebahagian rumah tangga  ada pada emak dan ayah kerana emak dan ayah sudah banyak melalui berbagai cabaran dan dengan itu telah menjumpai "formula" untuk mendapatkan penyelesaian pada masaalah yang ada. Emak dan ayah rasanya lebih bijaksana (wiser) kerana kami dulu makan garam, dan pastinya kami lebih banyak makan garam. Generasi anak kita lebik pandai dan bijak tetapi kurang bikjaksana. (They maybe smarter but not necessarily wiser. Wisdom comes with age.)

Akhir kata: saya banyak berpegang pada konsep barakah dalam rumah tangga. Hidup akan jadi aman damai sekiranya kita berlapang dada untuk mendengar nasihat. Tidak semestinya Emak dan Ayah padai dan betul dalam semua aspek. Cuma saya suka menasihati untuk sentiasa membuka ruang untuk berkomunikasi supaya dapat faham memahami dan tidak memendam rasa. Walau apa pun cara mengeratkan hubungan kasih sayang, emak dan ayah banyak berdoa semoga Allah melindungi dan sentiasa menunjuk jalan yang lurus. Semoga RahmatNya sentiasa bersama.

4 comments:

Makbonda61 said...

Salam,
Teruskan menitipkan resepi.Saya pasti masih banyak lagi. Saya menunggu.

+rudygoeslow+ said...

waa..mak long, ni usrah family ye?? tika x sempat join lagi..mst best!

ngasobahseliman said...

Dear Makbonda, resipi saya "secukup rasa sahaja". Tidak ada dalam buku resipi yang tersohor.Ikut "trial and error". Saya selalu ingatkan diri sendiri: Kalau anak-anak atau siapa jua tidak hendak mendengar dan menerima kata-kata kita atau nasihat kita, itu bermakna masih ada yang tak kena dengan diri sendiri. Maka senyap-senyap saya cuba perbaiki diri sendiri dulu. Dalam hal ini antara mentor saya ialah Bilal. Suaranya tidak merdu. Tetapi apabila dia azan, orang pasti mendengarnya dan akan serta merta berhenti dari pekerjaannya dan akan berduyun-duyun pergi ke Masjid. Tandanya suara nya ada barakah. Allah kurnia kerana maqam iman dan taqwanya tersangat tinggi.

ngasobahseliman said...

Dear Tika, Mak Long seronok bila tahu Tika ada kunjung blog Mak Long. Tq. Perjumpaan keluarga akan datang kat rumah Nyak pada 4 Disember. InsyaAllah kita jumpa kat sana. Boleh sembang cerita Tika belajar sekarang.Nanti Mak Long suruh Abang Mirul masuk e mail atau face book tentang perbincangan malam tadi. Ayah Tam cakap best dan kita semua boleh ikut dan contohi. Salam and take care.

Related Posts with Thumbnails