"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, July 12, 2011

RINDU RAMADHAN DI BUMI SUCI


Ramadhan kini menjelang lagi.Teringat akan Ramadhan yang lalu, ketika itu berada di Tanah Suci. Dengan Rahmatnya dapatlah merasai damainya hati sanubari mendengar alunan alQuran saban hari bersama jemaah yang terpaut hati dengan amalan-amalan ruhani yang memeteri keimanan dihati.
Saya rindu suasana Masjid yang memaku perasaan dan ingatan pada Illahi dan ingin ke sana lagi. Tetapi teringat juga bahawa ibadah itu hanya untuk diri. Kita perlu juga berbakti pada insan-insan yang memerlui bekalan hidup asasi yang mereka belum mampu untuk menyara diri hidup berdikari. Ibu selalu berpesan. Ibadah pada diri ganjarannya terhenti bila kita mati. Berbaktilah pada anak-anak yang mahu menuntut ilmu yang dengannya akan terbangun dunia ini seperti yang dituntut oleh yang maha Pencipta dan yang maha Menghendaki. Islam akan tertegak kuat dengan ilmu, semua jenis ilmu. Ilmu yang dapat menyemarakkan Iman dan Taqwa dan ilmu yang akan menterjemahkan iman dan taqwa untuk tamadun dunia ini.
 Terniang-ngiang nasihat ibu. Pergi ke Mekah tidak perlu selalu. Wang yang ada untuk insan lain menumpang sama. Tali Ikatan dengan Allah itu mesti, tetapi ikatan sesama manusia juga jangan sampai dilupai. Nasihat ini diulang-ulang, takut hati ini tersasar dari landasan.
Semoga tidak tersasar. Ini janji. Ibadah diri membina iman dan iman ini semoga mendorong untuk berbakti pada yang selain diri. Itu azam dihati dan masih menyimpan cita-cita untuk ke sana lagi. Semoga Allah memberi hidayah pilihan hati ini selari dengan tuntutan Ilahi.
Semoga dapat menunai kedua-duanya sekali. Untuk diri dan untuk yang menunggu dan menanti. Semoga ganjaran dari Allah berganda dan berterusan dan di akhirat nanti Allah meredhai. Ameen.

2 comments:

Kaktiny said...

Assalamualaikum Puan Ngasobahseliman..

"Pergi ke Mekah tidak perlu selalu".

.. saya sering mendengar ayat ini dalam ceramah2 haji.. Ustaz / Ustazah ramai yg berpesan sebegini.. mmg rindu itu sgt dirasai utk pergi berulang kali.. tetapi, jika ada rezeki lebih, hulurkan kepada yg belum mampu pergi.. InsyaAllah, berkatnya lebih daripada haji yg kita sendiri lakukan.. Wallahu'alam.

- saya teringat ada satu kisah yg dibaca, dan ayatnya yg satu ini sangat terkesan dalam jiwa ~ "Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumah jiranku ini sahaja,” cerita Muwaffaq kepada Abdullah Bin Mubarak.
'Wallahu 'alam bisawwab'..

(sentiasa semat ini dlm diri.. Jazakilahu Khairan Khathira Puan, untuk pengukuhan jiwa ini..)

:)

ngasobahseliman said...

Salam Dear Kaktiny.TQ sudi mamper. Cerita semestinya benar. Semuanya rahmat Allah.Ada cerita orang yang mati syahid tidak pergi perang pun. Dia infakan pedangnya pada orang yang pergi berperang. Dia tidak pergi kerana uzur syarie.Pokoknya kita benar-benar ikhlas dalam ibadah kita. Sama-sama kita doa kita tergolong dalam kumpulan mukhlis dan mukhsin dan Allah sayang pada kita. Ameen.

Related Posts with Thumbnails