"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, June 21, 2014

Buat....buktikan kita Muslim.





Suatu yang membuat saya berfikir dengan serious semasa kembara ke Yunnan ialah tekad kuat berusaha orang-orang Cina Islam berhampiran bandaraya Kunming, iaitu di Sedine. Kami dibawa melawat sebuah TADIKA swasta yang dibina dan di senggara oleh kumpulan individu koporat. Besar, cantik, bersih dan saya kagum dengan kegigihan pengusaha  yang memulakan projek ini.  Hj Yusuf namanya. Ia punya harta warisan keluarga. Ia mengakui dirinya banyak kekurangan, tidak seperti orang lain. Dia boleh membaca tetapi dia tidak boleh menulis. Maka dia bertekad untuk berbuat sesutu supaya generasi mendatang dapat di bina dan dididik untuk menjadi Muslim yang serba boleh. Maka ia mendapatkan kerjasama beberapa rakan yang berharta dan membina Tadika ini. Beliau menjadi Pengetua atau pengarah pengurusan Tadika itu. Mereka tidak bergantung pada pemerintah.



Taman permainan yang bersih, sederhana dan mencuckupi.

Mereka membeli sebidang tanah yang luas bukan sahaja untuk mendirikan bangunan dan semua kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan, tetapi juga untuk berkebun luas dan menternak haiwan untuk keperluan hidangan makanan harian dan sebagainya.



Saya rakam foto ini dari tingkat 2, luas mata memandang.

Maka saya teringatkan Taska dan Tadika SmarTop Subur Fitrah yang saya membantu mengurus di Tangkak Johor. Bezanya antara bumi dengan langit, ibaratnya. Di bawah ini saya turunkan foto anak-anak yang kami santuni dalam masa yang singkat di sana.



Anak-anak mesra dengan pengetua. Mudah sahaja ia angkat dan mendukungnya


Ustaz ketua rombongan dan suami saya pun sama-sama melayan dengan mendokong mesar. 
Anak-anak nampak gembira. MasyaAllah...


Kumpulan ini bersedia untuk menghafal surah alFatihah. Sungguh jelas hafalannya.
Kemudian diikuti dengan hafalan terjemahannya dalam Mandarin.
Saya teruja mendengarinya....


Saya dan suami saya bertekad untuk mengikut contoh ini. Di SmarTop kami tidak meminta anak-anak menghafal terjemahan dalam Bahasa Melayu.
Nanti pulang saya katakan pada partner saya kita tambah hafalan makna alFatihah.
Biar kan menghafal walaupun belum mengerti erti sepenuhnya.


Kami melihat bilik darjah bersama pengtua, Hj Yusuf berbaju belang.



Mereka tertib mendengari kata-kata gurunya. Hj Yusuf memaklumkan di sini mereka banyak membuat hafalan. Katanya itu berkesan untuk persedian remaja dan dewasa.


Tengah hari ada sesi rehat dan tidur. Perhatikan ruang rehat dengan
 katil-katil kecil yang diurus rapi.



Katil-katil kecil ini ada di pasaran kerana kami melihat kemudahan yang sama
semasa melawat sebuah tadika yang diurus oleh sebuah Masjid.
Tidak saya kongsikan di sini sebab sudah terdelete.


Ini kemudahan bilik air. Cantik dan bersih.


Kemudahan tandas di bina menguikut saiz anak-anak. Di SmarTop kami terbina ikut saiz dewasa. Itu standard di Malaysia.


Anak-nak kecil perempuan yang sudah berumur melebihi lapan tahun dilatih menutup aurat.
Di sini kelihatan dengan gurunya. Hj Yusuf menerangkan bahawa guru-guru diberi latihan khusus untuk mengendali anak-anak mengikut umur.


Ini anak yang pintar luar biasa. Baru berumur 5 tahun tetapi sudah hafal 4 juzu' alQuran. MasyaAllah...Saya rasa ta'jub lantas muhasabah diri.


Bagi anak-anak yang sudah diperingkat umur sekolah Rendah dan masih tinggal
 di Tadika itu mereka di didik berlainan.
Di sini kelihatan dilatih solat berjemaah. Saya lihat perbuatan solatnya tertib. Lepas solat diikuti dengan zikir. Lelaki sudah diasingakan dari perempuan.


Ini anak-anak kecil peringkat Taska. Masa terlalu singkat untuk bertanya butiran lanjut.


 Cuma saya teruja dengan gelagat anak-anak ini. Ada yang darah
 keturunan Arab atau dari kaum lain dari utara Yunnan.

Sekembalinya saya ke Malaysia, terniang-ngiang kedengaran suara anak-anak di Tadika ini. Antara  Laman creativity mereka, iadi buat terus di luar bangunan, dan merupankan kawasan laluan yang mengguna bahan binaan yang boleh diconteng-conteng. Anak-anak kelihatn aktif dan ceria. Saya kagum....






Lihat hasilnya.....

"Buat....buktikan kita Muslim", Itu yang saya katakan pada anak saya bila bercerita hal kembara di Kunming. Di sana Saya kagum dengan semangat mahu berinfak demi menegakan Islam. Tidak ada tempat bergantung melainkan pada diri sendiri. Pihak pemerintah hanya memberi kebenaran dan lainnya pasti lahir dari usaha sendiri. Di Malaysia Projek PERMATA PINTAR di bawah naunag Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri adalah dibiayai kerajaan sepenuhnya. Tidak hairanlah kalau is berjaya luar biasa.

Saya pun bertekad mahu usaha lebih giat lagi mencari dana untuk Projer Tadika SmarTop di Tangkak. Jangan komplain, jangan merungut. Buat sahaja. Buktikan kita Muslim, dan buat kerana Allah. Paku kuat hasrat itu di hati dan berdoa semoga Allah menurunkan pertolongannya. Semoga pada anak-anak SmarTop ini akan tersemai bibit Iman danTaqwa dan semoga Allah teruskan kesinambungan di luar jangkaan manusia dan anak-anak ini dewasa mendukung semangat UlulAlbab seperti yang disebut dalam alQuran beberapa kali. Ulul Albab ini pintar, berakhlak mulia dan berani menegakan prinsip walaupun seorang diri. Itu antara ciri-cirinya. Berilmu dan bertaqwa adal tujuan utama kami. Semoga usaha yang kerdil ini Allah perbesarkan dengan limpah Rahmatnya.

Aameen...ya Rabb.

......

6 comments:

puanseri said...

Watch "Erti Al Fatihah - Voices Of Ummi" on YouTube - Erti Al Fatihah - Voices Of Ummi: http://youtu.be/QcX4JZ2DW5k

saya cadangkn lagu ini untuk anak-anak smart top. secara x sengaja saya pernah menyaksikn aizel menyanyikannya dgn confiden sekali :)

Al-Manar said...

Kita semua mempunyai impian. Yang saya mengunung tinggi. Almanar masih bergerak tetapi cahayanya bukan bertambah marak. Untuk membuat kebajikan banyak rintingan. Kita kena teguh kan semangat sendiri.Semoga SmarTop puan bertambah kejayaan.

ngasobahseliman said...

Thank you Dear Ain. Mak Long dah sarankan pada SmarTop. Katanya sudah download. Nanti lepas Raya nak check kemajuan. Semoga Allah mudahkan. Ain doakan sama.Selamat sambut Ramadhan.

ngasobahseliman said...

Alhamdulilah masih dapat membaca dan mendengari komen Pak alManar. Terima kasih. Benar, sendiri mesti teguh semangat. Almanar sudah beroperasi lebih 20 tahun. Banyak hal sudah di alami. Tak ape kalau sekarang tidak bertambah marak. Allah nilai usaha kita bukan hasilnya. Usaha itu kewajipan kita. Hasilnya Hak Allah jua. Sama-sama kita doa Allah meredhai usaha kita dan di hujung perjalanan ini Allah kurnia ganjaran yang tidak terhingga yang tidak pernah kita mimpikan pun. Begitu kata Ustaz. Kita teruskan usaha. Kata hadith: Kalau kita ada benih di tangan dan kita di beri tahu esuk akan Qiamat, kita teruskan semai benih itu. Subhanallah. Sungguh besar rahmatNya. Sama-sama kita doa kita tergolong dalam kumpulan yang Allah sayang dan Kasih. Aameen.

mdnasiridris said...

Assalaamu'alaikum

Saya amat berminat nak melawat tempat2 umat Islam di China. Setakat ini saya cuma pernah pergi beijing sahaja. Bandar2 besar ni, adalah umat Islam disana sini tapi tak seperti tempat yg anda lawati ini. saya harap anda dpt berikan maklumat lbh detail serta lampirkan no contact teman di kunming/xi'an. Kalau ada kesempatan.

Kemungkinan saya dan rakan2 semuanya dari jabatan bhs arab uia akan berkunjung ke Kunming/xi'an pd bln oct nanti, insha ALLAH. Saya pernah bertemu dgn orang islam kunming/xi'an dan xinjiang sewaktu di beijing dahulu dan mereka fasih berbahasa arab. Kami nak tinjau pembelajaran bahasa arab disana.
جزاك الله خيرا

mdnasiridris said...

Assalaamu'alaikum

Saya amat berminat nak melawat tempat2 umat Islam di China. Setakat ini saya cuma pernah pergi beijing sahaja. Bandar2 besar ni, adalah umat Islam disana sini tapi tak seperti tempat yg anda lawati ini. saya harap anda dpt berikan maklumat lbh detail serta lampirkan no contact teman di kunming/xi'an. Kalau ada kesempatan.

Kemungkinan saya dan rakan2 semuanya dari jabatan bhs arab uia akan berkunjung ke Kunming/xi'an pd bln oct nanti, insha ALLAH. Saya pernah bertemu dgn orang islam kunming/xi'an dan xinjiang sewaktu di beijing dahulu dan mereka fasih berbahasa arab. Kami nak tinjau pembelajaran bahasa arab disana.
جزاك الله خيرا

Related Posts with Thumbnails