"Engkau tak pernah ke London, Bahrom?
Banyak tempat engkau pegi, London engkau tak pegi?" Suami saya ditanya seorang teman karib yang terkejut bila bercerita ia akan ke London buat pertama kali.
"Kalau ditakdirkan sampai, gitulah." Ia menjawab dengan senyuman, dan gelak sama bila teman-teman lain gelakannya.
Semacam suatu yang aneh.Dalam era hidup hari ini, mendengar seorang tidak pernah ke London hingga ke umur kini sememangnya seperti suatu yang amat sukar dipercayaii.
"Biarkan terlambat, Bang. Asalkan kembara kita membawa makna." Saya cuba meyakinkan suami bahawa laluan perjalanan hidup ini lain bagi setiap insan. Suami saya mudah orangnya. Ia sudah melalui berbagai cabaran, maka kembara ke mana jua adalah nikmat kurniaan Allah.
Ia tetap teruja membuat persiapan seperti ia membuat persiapan untuk kembara yang lain.
Pada 23 Mei yang lepas kami mendarat di Heathrow Airport London. Kami di sana selama 8 hari.
Kami hanya ke London dan tidak ke tempat tempat lain. Ia istimewa bagi saya kerana itu pertama kali suami saya ke London walaupun ia sudah menjelajah hingga ke Ghana. Ia tinggal di Cairo beberapa lama sebelum ke Accra di akhir tahun-tahun lapan-puluhan untuk meneroka peluang-peluang perniagaan. Ia berjiwa peneroka. Namun hasilnya adalah ketentuan Allah semata-mata.
Kembara ini juga istimewa kerana anak saya yang sponsor semuanya. Ia ingin benar membawa ayahnya ke London dan emak ikut sama kerana ia sendiri sudah 2 atau 3 kali ke sana untuk urusan perniagaannya. Saya teruja dengan tawaran itu tetapi khuatir nanti ia membebankan yang tidak sepatutnya.
"Tak ape, Mak. InsyaAllah cukup" katanya. "Dengan kurnia Allah, ia lebih dari cukup. Cuma kita jangan go-in-style". Ia tergelak seolah-olah melawak untuk meyakinkan kami untuk setuju ikut bersamanya.
Maka kami bersetuju dengan tarikh yang dipilih. Kalau lambat lagi ia khuatir kesihatan ayahnya tidak mengizinkan. Tambahan pula isterinya mengandung dan tambahnya bilangan anak nati sukar untuk ia bergerak bebas.
Alhamdulilah. Kami berangkat tengah malam dengan ETHIHAD, transit di Abu Dhabi selama 2 jam dan sampai di London jam 10 pagi, dalam ingatan saya. Anak saya buka rahsia pada stewardess bahawa ia ke London kerana membawa Mak dan Ayah celebrate Wedding Annivesary. Tidak tanya pula yang keberapa.
Rupa-rupanya dengan senyap-senyap ia buatkan hadiah kejutan buat kami. Ucapan dari semua anak kapal dan makanan manisan ringan. Agak teruja juga kami.
"The joy of giving, and the joy of receiving". Teringat saya prinsip Ustaz Hasrizal dalam Blognya yang saya cuba hayati: "Erti hidup pada memberi". Kalau semua orang suka memberi, maka tidak ada masaalah untuk penerima, asalkan sahaja ia pemberian yang syar'ie.
Maka kami rakam saat bersejarah untuk anak cucu.......dan cicit insyaAllah.
Di hadapan kompleks Apartment di City Walk, London Borough,
setengah jam perjalanan kaki ke Tower Bridge.
Yang istimewa kali ini saya ke London kerana saya pergi sebagai keluarga. Dahulu pergi beberapa kali pun saya berseorangan dan belum memahami sebenarnya apa erti kembara dan musafir dalam Islam. Alhamdulilah. Saya dapat merasai perbezaannya.
Keluarga saya adalah satu keluarga yang unik. Bila saya menikahi suami saya, saya terima semua anak-anaknya, seorang perempuan dan dua lelaki. Yang ini Azrul. Saya amat bersyukur atas kurnia Allah memberi kekuatan dan erti kasih sayang walaupun tiada hubungan darah. Selama 30 tahun berlalu.....
Banyak pengalaman pahit manis yang dilalui. Alhamdulilah Allah memberi saya satu kesungguhan bahawa dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Tidak dapat saya ceritakan kesemuanya dalam entry ini atau beberapa tambahan entry sekalipun. Lembaran-lembaran hidup itu saya simpan rapi dan hanya satu yang saya ingin kongsikan di sini.
Orang kata Blood is thicker than Water. Tetapi saya berazam untuk membuktikan bahawa Kasih Sayang itu lebih pekat dari Darah. "Love is Thicker than Blood".
Maka kembara London adalah pernyataan ikatan kasih yang unik. Biar Allah yang menilai kesemuanya. Saya cuma bertekad untuk mencuba sedaya upaya mengukuhkan ikatan keluarga. Saya pernah kata pada seorang teman: "IF YOU CAN'T KEEP A FAMILY TOGETHER, HOW CAN YOU CONTRIBUTE TO KEEPING THE UMMAH TOGETHER ?"
Keutuhan keluarga membawa kepada kekuatan ummah, demi menegakkan KebenarNya sejagat. Itu keyakinan saya. Semoga Allah meredhai usaha kerdil ini.
Sampai di sini dahulu catatan ini. Mungkin nanti saya cerita dari sudut lain pula.
Semoga kami lebih hampir pada yang maha Pencipta. Mohon keampunan Mu Ya Rabb...Semoga mendapat limpah Rahmat Mu yang tidak terhingga.
Aamiin..
...
2 comments:
A memorable trip sponsored by one in the family. I do not blame you for being elated. It is not surprising to hear that your other half had never been there. Not everybody goes around the world. People talk about New York, Disney Land and the rest of it, places I have never set my feet - and I have no desire to do so. One place on earth I can never cease to want to visit is HIS house.
Not to be out done I can talk about life in UK before Merdeka! Tinggal kenangan. Tetapi amalan, bukan kenangan, yang akan kita mampu bawa bersama.
Assalam...TQ for dropping by again. Always appreciate your comment. Now my son is happy having taken us to London. There may not be another trip like it.Alhamdulilah.
You are right that at our age we are not "crazy" about wanting to travel like those days. At least I was. I like travelling, though nowadays my health is the limit. My dollars and sense too. I am getting too forgetful relatively speaking.
By the way I got to be in New York Boston and Harvard at age 21. I was there for one summer. Its a long story......
Post a Comment