Dalam hujan renyai-renyai suami, saya dan anak serta menantu dan cucu masih memberanikan diri meredah cuaca yang biasanya kami hindari. Ramai yang mengatakan kalau di perantauan seperti di Kota London di akhir bulan Mei, sememangnya cuaca selalu sahaja hujan. Semoga ia tidak menjejas kesihatan suami dan saya yang makin hari makin rapuh...
Namun kami pergi juga "kembara" ikut kemampuan yang serba kekurangan. Bagi genarasi suami dan saya Jika tidak melihat Kota London walau seketika sepertinya "tidak sah" berada di muka bumi ini. Maklumlah kami generasi baru munculnya kemerdekaan negara dan apa ynag di bawa penjajah di lihat seperti suatu kejayaan yang tiada tandingan.
Alangkah melesetnya pengertian minda ketika itu. Maka setelah melihat London di hadapan mata, suami saya banyak kali tersenyum sendirian.
"Kenapa Bang senyum-semyum sorang ? "
Ia tidak menjawab ......cuma terus senyum. Agaknya terus berfikir berseorangan. Sering ia mencari tempat duduk kerana sudah tidak cukup kederat untuk terus berjalan. Fikiran mindanya agak tersekat kerana kederat untuk meronda jauh sudah terhalang. Maka bila masuk dalam gedong-gedong membeli belah yang besar ia akan banyak duduk sahaja. Agaknya terfikir daklam hatinya "kalaulah 40 tahun dahulu aku berada di sini, entah apa yang akan aku buat....'
Generasi muda sekarang ada yang amat terpengaruh dengan budaya negara asing. Mereka seolah-olah rasa amat istimewa kerana dapat menyerupai cara hidup budaya asing itu. Lebih parah lagi mereka mencontohi budaya luar tabi'ie. Itu hak asasi manusia katanya. Saya rasa pasti mereka akan terkandas di hujung hidup mereka dan sesalan tidak akan berguna.....
Saya catat peristiwa kecil ini untuk tatapan cucu-cucu kalau berpeluang membaca bila dewasa nanti. Mungkin cara berkominikasi sebegini sudah tidak akan wujud lagi. Perkembangan teknologi maklumat tidak dapat saya bayangkan.....terlalu pantas dan tidak dapat saya menguasainya.
Tidak mengapalah kerana esuk tidak siapa yang tahu.....
Bila pulang ke apartment tumpangan kami, suami saya banyak berihat berbariangan di tempat tidur. Tidak menonton TV pun. Saya menonton sedikit tetapi tidak kena dengan cita rasa saya. Maka saya buat apa yang saya sering buat....menghabiskan bacaan-bacaan pilihan. Sebenarnya tidak begitu seronok "kembara" ketika umur dewasa tua kerana sudah amat kurang tenaga untuk mejelajah merata-rata melihat apa jua yang berlainan dari biasa. Allah maha Adil, maha Bijaksana. Semasa muda seseorang itu banyak masa dan tenaga tetapi amat kurang kewangan untuk belanja. Bila dewasa tua, ada masa dan lebih sedikit belamja tetapi sudah amat kurang tenaga. Rata-rata begini keadaanya.
Maka saya biarkan anak menantu saya meronda "London" dengan caranya. Saya dan suami rehat di apartment seketika merawat kaki yang sudah agak tenat 'alingment'nya. Menantu saya namapak ceria pulangnya dari melihat London dari sisi pandang orang muda. Saya katakan ia boleh datang lagi dan duduk lelama sikit. Lapan hari tidak mencukupi untuk mengerti semua yang diperhati. Tetapi saya yakin ini adalah seperti proses meng"instal" segala program dan maklumat yang akan menjadi satu keperluan dan akan menjadi salah satu asas untuk muhasabah diri selepas melalui fasa-fasa dalam mengharungi kehidupan ini.
Bila bermusafir bersama kita dapat mengenali hati budi seseorang dengan lebih mendalam lagi. Maka kita boleh membuat pembetulan atas persepsi-persepsi yang kurang menepati erti hidup kasih mengasihi dalam keluarga yang melepasi sempadan suami isteri.
Alhamdulilah kami dapat berbual-bual dari hati ke hati dan dapat muhasabah diri.
Hidup ini tidak sempurna tanpa melalui ujian-ujian walau dalam bentuk apa sekali pun.
Semoga Allah mengampuni dan meredhai usaha memperbaiki diri.Mencari Taman-taman Syurga di hujung perjalanan ini.
Aameen ya Rabb...
...
No comments:
Post a Comment