"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, June 18, 2014

Kunming...lebih dari yang disangka.




Berkunjung kembara ke Kumning, Yunnan ada berbagai bentuk dan berbagai tempat menarik yang boleh dicari dan di alami. Namun kembara kumpulan kami punya misi yang sedikit berlainan dari kembara  yang biasa kita baca yang di ikuti oleh generasi yang masih cergas dan aktif.

Kami mendarat di Kunming hampir jam 7 malam. Walaupun di dalam time zone yang sama, matahari masih cerah dan kami sempat solat jamak takhir. Musola di airport Kumning selesa juga tetapi tidak ada tempat wudhu yang khas.




Selepas solat kami disambut oleh wakil di Kumning dengan hadiah sekuntum bunga mawar bagi semua wanita. Seronok kerana jarang kami mendapat layanan sedemikian.



Wanita ini yang megaturkan lawatan kami. Ia isteri Tuan Imam dan lawatan kami berkisar atas konsep silaturrahim dengan masyarakat Islam di sana.

Sebelum ke Yunnan saya mencari sedikit fakta dan kembalinya dari Yunnan saya mencari lagi melalui google dan saya turunkan sedikit maklumat sebagai latar pada entry saya kali ini.

Islam di China bermula semasa pemerintahan Khalifah Usman Ibn Affan. Selepas membuka Byazantine beliau menghantar perwakilan ke China 29 tahun selepas Hijrah. Dibawah kepimpinan Saad Ibn Waqqaas, Maharaja Cina dijemput olehnya untuk memeluk Islam, iaitu dalam pemerintahan Maharaja Dynasty Tang Dalam tahun 652 Maharaja tersebut dengan resminya memeluk Islam.

Adalah dikatakan ada seramai 30-35 juta Cina Islam di China. In kominiti Islam terbesar dirantau ini. Bilangan Cina Islam di China melebihi bilangan orang Islam di UAE atau di Iraq atau di Syria. Ini di tulis oleh seorang pelajar, Christian Cornell, yang menuntut di University Kumning. Di bandaraya Kunming sendiri seramai 36% penduduk adalah beragama Islam.

Sekarang ini bolih didapati banyak restaurant Islam, kedai-kedai menjual buku-buku agama dan ramai w2anita yang menutup aurat dan bgoleh kedengaran seruan azan.

Walaubagaimanapun, anak-anak muda sudah ramai yang dipengaruhi oleh unsur Barat. Mereka bergaya dengan pakaian Kalvein Klien, Christian Dior dan berbagai lagi.

Untuk makluman, Yunnan berkongsi sempadan dengan Myanmar, Laos dan Vietnam. Semasa pemerintahan Kublai Khan Islam berkembang luas. Semasa pemerintaha Mao Ze Tong banyak Masjid dimusnahkan dan setengahnya dijadikan kilang-kilang.

Selepas Mao Ze Tong kerajaan China lebih bertoleransi.


Dalam kembara kami ke Yunnan, Masjid pertama yang kami ziarahi ialah Masjid Nan Ching yang agak berhampiran dengan Hotel tumpangan kami. Imam di sini yang mengaturkan lawatan kami. Dengan kerjasama isterinya dan ahli keluarga yang lainnya, beliau beroperasi sebagai travel agent. Beliau sendiri aktif dengan kerja-kerja dakwah. Restaurant Islam ada di kawasan masjid dan di situlah kami makan malam dan bersarapan.


Pemanadanga bandaraya Kunming dari hotel tumpangan kami di tingkat 21


Laluan perjalanan ke Masjid.

Pada hari kedua kami bergerak ke arah bandar Sadien. Kami berhenti disebuah Masjid untuk kaum lelaki solat Jumaat, Masjid Na Jia Ying.





Masjid ini dibiayai sendiri oleh komuniti Islam setempat. Kerajaan Komunis China membenarkannya. Disamping masjid ada bangunan seperti madrasah untuk remaja perempuan dididik dan diajar kan Islam.



Ini bangunan untuk pembelajaran dan solat wanita. Di bawah ini saya rakam seorang teman saya dengan seorang pelajar di situ.


Ramai sekali yang hadir solat Jumaat, mengikut cerita suami saya. Usai solat anak-anak muda berkumpulan. Kemudia mereka beredar dan kenderaan nampak agak sesak juga.




Keesukan harinya kami di Sadien dan melawat sebuah lagi Masjid yang besar dan Cantik. Beberapa ahli rombongan lelaki pergi Solat Subuh dan amat terharu jemaah yang agak besar bagi solat subuh dan sungguh ramai jemaah anak-anak muda. Bila di tanya berapa ramai suami saya hanya mengatakan hampir sepuluh kali ganda ramainya berbanding jemaah Masjid Kg Tunku, Petaling Jaya. Saya terharu mendengarinya.



Minum pagi di kedai Muslim tempatan.

Kami dibawa melihat beberapa Masjid di perkampungan Islam. Dan akhir sekali dalam perjalanan pulang ke Kunming kami melihat masjid yang dibina dengan kayu mengikut seni bina budaya Cina. Ia juga dibiayai madyarakat tempatan. Katanya yang ini kosnya lebih kurang 17 juta yuen sahaja. Masjid ini ialah Masjid Jian Shui.


Sebagai pengakhir kata apa yang saya ingin fikirkan bersama ialah betapa maju orang-orang Islam di rantau ini. Tidak banyak cerita yang sampai pada kita........atau adakah saya yang tidak mendengarinya. Katanya ramai juga kaum Han yang memeluk Islam tetapi kurang diberitakan. Saya maklum sedikit sebanyak bahawa kaum Han ini amat tidak menyukai kaum Uighur dan oleh kerana satu peristiwa pembunuhan baru baru ini di Station Keretapai yang katanya dilakukan oleh kaum Uighur, maka kerajaan Pusat telah menghantar pulang kaum ini balik ke kampung asal mereka di Xinjiang dekat dengan Umruqi. Kami diberitahu kerajaan komunis pusat amat toleran dengan Islam asalkan jangan memberontak dan mahu kan negara merdeka berpisah dari China. Ini satu trajedi yang belum dapat diselesaikan.

Semoga sauatu hari nanti Islam akan lebih terserlah. Yang Hak tetap Hak dan yang Batil tetap Batil. InsyaAllah saya akan cerita kegigihan Muslim di Yunnan dari segi pendidikan Islam dilain entry.

Semoga Allah menurunkan pertolongannya dan Rahmatnya yang tidak terhigga.
Aamiin...ya Rabb.

....

3 comments:

Al-Manar said...

Satu lawatan ketempat bersejarah yang belum pernah saya sama lawati- cuma membaca dan mendengar cerita tentangnya.

ngasobahseliman said...

Assalamualaikum. Terima kasih jenguk lagi. Saya suka jalan-jalan begini. Cuma tenaga sudah amat berkurangan. Tak berdisiplin jaga kesihatan. Namun tetap bersyukur, alhamdulilah. Kurnia Allah berbeza-beza. Laluan kita berbeza. Allah maha adil maha Bijaksana. Kita menuju tempat yang sama. Semoga bertemu kita di Syurga Firdaus dengan semua yang kita sayang semasa di dunia dan semua yang Allah pilih selain kita. Aameen.

mdnasiridris said...

Assalaamu'alaikum

Setelah membaca catatan rehlah ke Kunming, Shadian dan Dali saya amat tertarik untuk mengunjunginya.
In sha Allah saya dan 4 orang lagi rakan akan berlepas ke Kunming tak beberapa hari lagi iaitu pd 25 Jan 2018. Misi pengembaraan kami ke mana2 negara yang paling utama ialah menziarahi masyarakat Islam, sekolah2 dan masjid2. Manakala tempat2 yang biasa pelancung melawat hanya kalau ada masa terluang baru kami teruskan. Setakat ini kami telah jelajah Indonesia, Sri Lanka, Thailand, Kemboja , Vietnam dan yang terbaru Europe oct 2016 selama 20 hari.

Lawatan ke Yunnan ini adalah buat kali pertama. Setakat ini saya cuma pernah pergi beijing sahaja tahun 2004.

Sewaktu di Beijing dahulu saya ditemani oleh students dari Xinjiang dan Yunan bersiar di Beijing dan kami menggunakan bahasa Arab utk berkomunikasi.

Hasrat saya dan rakan2 yang bekerja di jabatan bhs arab uia ke Kunming ialah utk bertemu dgn masyarakat islam dan melawat madrasah2 di kunming, Shadian dan Dali.

Oleh itu saya mohom pertolongan anda agar dapat memberikan no contact kenalan di tempat2 tersebut. Begitu juga saya mohon beritahu cara2 nak ke Shadian dari Kunming dengan pengangkutan awam, begitu juga dari Shadian ke Dali kerana setakat ini saya tidak menemui lagi maklumat tentang cara 2 ke Shadian, Yang ada ialah maklumat dari kumming ke Dali.

Oleh itu besar harapan kami agar anda dapat memberi maklumat seperti yang saya catat di atas.

Sekian , semoga ALLAH membalas jasa baik anda.

jazakillaahu khairal jazaa.

Wassalaamu`alaikum warahmatullah

Yang benar
Saudaramu sesama islam

Mohd Nasir

Related Posts with Thumbnails