Di akhir hayat, kita di semadikan entah dimana. Semoga kita tergolong dalam kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Entah bagaiman rupa kita. Semoga jasad kita dan RUH kita terpelihara di sisi yang maha Pencipta yang maha berkuasa.
Dengan ingatan ini saya ingin rakamkan ucapan terima kasih pada kenalan baru di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London baru-baru ini. Tidak menjadi cadangan untuk pergi ke sana sebab saya tersayu kalau ke sana kerana Malaysia Hall bukan lagi di tempat lama di mana semasa saya bekerja dahulu saya di pertanggongjawabkan untuk mengurusnya secara fisikal. Semua ha-hal pembangunan dan bekalan kemudahan dalaman saya yang mengurusnya. Rasa sentimental mengingatinya walaupun sudah lebih 20 tahun yang lalu.
Allah susun saya dipertemukan dengan seorang isteri pegawai tinggi di sana melalui kenalan anak saya yang mengirimkan barang padanya. Alhamdulilah, kami diterima amat mesra. Panggilan nama mesranya ialahJune. Amat peramah dan amat baik hati. Luarbiasa baik hatinya. Baru jumpa sekali kami di jamu di rumahnya dan di Kafetaria di Malaysia hall juga. Allah sahaja yang membalas budi baiknya.(We feel at home). Saya selalu berurusan di Malaysia Hall dahulu kala. Ini antara yang terbaik bagi saya.
Di hadapan kediaman rasminya.
Malaysia Hall tidak sebesar dahulunya walaupun nampak lebih rapi keadaan nya. Bunga hiasan luaran tetap memikat hati saya. Entah bila lagi saya akan kesana. Kebetulan Puan June ini adalah adik Dato Ibrahim Ali yang kebetulan berada di malaysia Hall ketika itu. Saya rakamkan foto kenangan sebab orang Islam bolih berbeza pendapat dan fahaman atas perkara-perkara cabang asal sahaja kita pegang kuat prinsip Aqidah kita. Silaturrahim tetap terjalin rapat. Masaalah orang Islam sedunia adalah kerana tidak dapat menerima perbezaan pendapat dan sebab itu musuh-musuh Islam mengambil kesempatan. Apa pun kita kena hati-hati dengan negara Iran dan yang serupa dengannya seperti Iraq sekarang kerana mereka boleh berkata lain dan berbuat lain. Di Malaysia pula seharusnya orang-orang Islam mengeratkan hubungan supaya tidak ada pihak yang boleh mengambil kesempatan meruntuhkan kekuatan Islam di negara ini. Jangan persalahkan orang lain. Kekuatan orang-orang Islam di mana jua adalah tanggongjawab orang Islam sendiri. Jangan terpengaruh dengan kata-kata manis di bibir sahaja.
Namun jangan bunuh membunuh tanpa Nas dari alQuran yang jelas dan nyata. Tiada paksaan dalam Islam, (dalam beragama). Harus difahami konsep ini sebelum mengambil tindakan yang boleh menjejas keharmonian beragama.
Krisis orang-orang Islam sedunia Allah maha mengetahuinya dan ada penyelesaiannya. Kita beri perhatian serious pada ayat 55 Surah AnNur dalam alQuran. Allah berjanji orang yang beriman akan berkuasa di Bumi ini tetapi bersyarat. Jangan mensyirikan Allah walau sedikit pun.(Lihat tafsiran sepenuhnya oleh ulamak muktabar). Bukan sahaja orang Islam yang Mukmin berkuasa di muka Bumi ini tetapi Allah juga tarik ketakutan dan kurniakan ketenangan dan keamanan.
Terima kasih Puan June. InsyaAllah jemputa puan saya terima untuk masa akan datang.
Entahkan bila dan bagaimana. Itu ketentuan Allah jua.
Semoga kita Allah pelihara sentiasa dan apa jua, kita sama-sama berusaha semoga mendapat tempat terdekat dan terbaik di sisiNYA.
Aameen.
.....
No comments:
Post a Comment