"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, June 13, 2014

Cuba memberi erti kasihnya ayah....




Dalam sesebuah keluarga biasanya Ayah selalu ditakuti atau digeruni. Ayah menjadi pendisiplin, ibu pula pengasih. Tetapi mungkin juga sebaliknya. Jika tidak ada keseimbangan maka akan lahir beberapa masaalah. Saya sendiri kurang yakin bagaimana kedudukan saya vis-a-vis kasihnya Ayah pada anak-anak dan kasihnya anak-anak pada emak.

Maka ingin juga saya bercerita sedikit kisah anak saya cuba menghibur hati ayahnya.  Sayang Ibu harus tiga kali ganda, namun sesekali ingin juga bercerita kasihnya anak pada ayahnya. 

Memberi erti kasihnya Ayah boleh dibuat atau berlaku di mana-mana. Saya pernah melihat seorang dewasa muda menggendong di belakangnya seorang tua bertawaf di Kaabah. Saya rasa macam pasti itu seorang anak menggendong  ayahnya. Saya rasa amat terharu....

Di London tempuh hari, tumpuan adalah pada ayah kerana itu pertama kali Ayah ke London. Saya memerhati seronok. Apa keinginannya cuba ditunaikan. Saya tahu anak saya belum mewah kebendaan, tetapi ia suka merai ayahnya. Alhamdulilah.

Berlegar-legar melihat barangan di gedung-gedung besar, saya mencadangan Ayah membeli kasut. Kaki ayah sudah tidak seperti kaki orang muda. Sudah memerlukan rawatan orthopedik. Maka haruslah bersabar mencubakan kesesuaian sepasang kasut. Semasa kecil ayah yang bersusah payah, kini giliran anak pula. Alhamdulilah ia masih berpeluang. Bila pergi ke Harrods pula,  ia memujuk ayahnya memilih sesuatu. Sang Ayah berhati-hati memilih, tidak mahu membebankan. Akhirnya ia menerima tawaran membeli wangi-wangian. Kedua duanya seronok. Saya hanya tersenyum.


Tidak serupa kembara seorang warga emas dengan seorang yang muda dari banyak segi terutamanya dari segi tenaga. Kami mencuba menaiki Tube untuk pengalaman di bandaraya serba kesibukan dengan manusia. Ia tidak sesuai untuk sang ayah kerana harus berkejaran dan jauh juga perjalanan. Maka anak saya mencadangkan kami menggunakan Taxi supaya kami tidak perlu bermengah-mengah berkejaran. Alhamdulilah, Ia memudahkan.





Seorang cucu, Fatimah Sufiah, menjadi penghibur sepanjang kembara. Anak menantu memastikan makanan tersedia di Apartmen yang kami sewa. Namun sang Ayah suka mencuba makanan yang berlainan untuk bertukar selera. Anak saya teruja bilamana ayah mahu makan di luar pula. Kami tidak banyak masa dan tidak mampu bermewah-mewah. Maka kami hanya mencuba hidanagan di Khan's dan di Melor, restoran yang sederhana besarnya. Seleranya di Melor amat menjadi dan dua kali menempah Lobster mee di samping King Crab yang pedas sekali. Semasa era mudanya Sang Ayah adalah seorang yang akan "drive 500 miles to get what he likes to eat". Di umur dewasa tua ini ia sudah amat berkurangan tetapi sang anak pula ingin mengambil hati sang Ayah dengan juadah yang  "luar dari biasa". Di rumah kami makan seadanya.....







Di Melor London, hidangan Lobster mee amat enak sekali 
dan dilayani pula dengan pelayan yang mesra. Teh tarik di situ pun amat luar biasa rasanya. Alhamdulilah. Nikmat kurnia Allah datang dalam berbagai bentuk dan rupa. Maka kita mensyukuri apa yang dikurnia dan tidak merungut jika hasrat di hati belum terlaksana. Allah yang maha Bijaksana dan hanya Dia yang tahu apa yang terbaik bagi kita.



Kemudian kami berputar-putar dengan kereta sewa persendirian 
melihat Kota London yang sentiasa kesibukan. 
Saya mengajak anak cuba menjejak tempat  saya tinggal buat seketika di London 
semasa mereka belum ada dalam hidup saya. Kami seronok dan merakam lokasi ini berhampiran dengan London Central Mosque dan Regents Park. 
 Anak saya semacam teruja tetapi saya rasa agak sayu kerana mungkin ini kali pertama dan terakhir kami kembara bersama. Ia akan menjadi hanya kenangan tetapi kenangan akan kita tinggalkan. Kita harus bijak menterjemah kenangan kepada sesuatu yang menjadi amalan kerana hanya itu yang ada nilai tambah dalam hidup kita.
London Business School menjadi sebuah kenangan dan saya bertekad menterjemah kenangan itu sebagai "warisan" memahami dan menghayati
 erti hidup berilmu dan hidup dalam mematuhi perintah Allah yang maha Pencipta. 
Saya sendiri amat kekurangan dan ketinggalan
 dan semoga anak-anak saya tidak lagha dan kerugian.



...

No comments:

Related Posts with Thumbnails