"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Wednesday, November 5, 2014
Jangan mudah terpedaya kata-kata manis...
Ibarat cuaca yang tidak menentu...
Mudah sahaja kita rasa gundah jika berlaku sesuatu yang tidak berkenan dihati. Pasangan orang muda lagikan begitu sifatnya. Sedikit perubahan sudah menimbulkan kesangsian. Tetapi hal seperti ini tidak menjadi persoalan besar bila kita bercerita tentang hati yang tidak tenteram. Saya suka memfokus kepada soal hati yang berkaitan terus dengan keyakinan kita atas soal takdir dan ujian Allah dalam kehidupan kita seharian.
Mudah sahaja kita menasihati teman atau ahli keluarga apa itu ujian Allah atas manusia.
Hari ini saya menasihati pembantu rumah saya yang kembali berkerja dengan saya setelah pulang ke kampungnya hampir setahun. Tetapi cerita hidupnya kali ini tidak seindah dahulu. Ia baru melahirkan anaknya yang ketiga tetapi ia berterus terang mengatakan ia lari dari suaminya kerana sudah tidak tertanggung rasa sakit di hati dan di badan. Rupa-rupanya suaminya seorang kaki pukul isteri. Selama 20 tahun ia menyimpan rahsia kerana katanya ia sayang pada suaminya. Tetapi peristiwa pukul yang akhir sekali 3 bulan dahulu membuatnya terlalu kecewa dan dia melarikan diri. Kini ia tinggal dengan waris terdekat untuk mendapatkan perlindungan dari suaminya. Seorang anaknya di kampung, dan yang bayi bersamanya. Yang remaja tinggal bersama suaminya.
Semasa saya baru bersara saya pernah melibatkan diri dengan sebuah NGO yang bekerjasama rapat dengan menteri wanita dalam kerajaan negeri Selangor untuk menangni masaalah keganasan dalam rumah tangga.(Domestic Violance). Maka saya mendapat maklumat yang mencukupi untuk menasihati pembantu rumah saya supaya jangan kembali pada suami buat beberapa waktu hingga ia boleh berfikiran tenang dan tidak merasai penganiyaan yang amat sangat.(Mungkin jangan langsung kembali kepadanya).
Perangai suami seperti itu tidak akan berubah melainkan ia mendapatkan nasihat dan bantuan dari pakar. Tetapi dalam situasi mereka yang ada sekarang, hampir tidak mungkin ia akan mendapatkan pertolongan yang sewajarnya. Maka saya menasihati supaya melupakan sahaja pujuk rayu suami untuk kembali. Sudah sering benar sang isteri ini mendengari pujuk rayu dan mohon minta dimaafkan kerana katanya ia sangat sayang pada isteri. Sebagai wanita biasa marah hatinya cepat lebur. Dan berbagai lagi kata-kata yang menawan hati yang kini dia sudah tidak mahu mendengarinya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Keadaanya membuat saya berfikir-fikir bagaimana mahu membantunya selain memberikan nya pekerjaan. Ia sudah tidak secepat dahulu dalam membuat sesuatu tugasan kerana pukulan yang terakhir itu membuat kepalanya sakit dan lehernya tegang. Maka saya kata buatlah mengikut kederat yang ada, dan minta ia mendapat bantuan perubatan sebaik mungkin.
Itulah cerita dunia, cerita manusia.....
Bagaimana mahu membina akhlak mulia itulah yang menjadi misi utama orang-orang yang beriman dan bertaqwa.
Maka bolehkah saya berlepas diri dalam hal-hal seperti ini.
.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment