"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Wednesday, November 12, 2014
Mencari alternatif sistem pendidikan.......
Beberapa bulan kebelakangan ini saya mendengari ceramah beberapa sheikh pendakwah bebas di U Tube. Antara lain ialah Mufti Menk dari Zimbabbwe, Ostad Nouman Ali Khan dari Amerika dan Sheikh Hamzah Yusuf Hanson juga dari Amerika.
Mereka membuatkan saya berfikir-fikir di mana yang saya telah tertinggal jauh dari segi mencintai Ilmu dan dari segi mengamalkannya. Minda saya terpaku pada beberapa prinsip yang saya pernah mendengarinya tetapi tidak tepat dari segi bagaimana saya menghayatinya. Ada yang saya terlepas pandang dan ada yang memang saya masih jahil.
Terpelengong difikiran dan sebak rasa di dada.
Semalam saya menulis sedikit nota pada anak lelaki saya di whatsApp nya mengenai sekolah mana ia harus menghantar anaknya yang berumur 7 tahun pada 2015, ia itu ia akan berada di sekolah rendah tahap tahun satu. Anak perempuan saya pula ada mengirimkan poster "Adni Bangi School" yang memikat hati saya. Adni adalah sistem pendidikan yang pernah saya ceritakan dalam blog saya ini. Cucu saya Huzaifah pernah belajar di Adni Islamic School di Kuala Lumpur tetpai terpaksa hanya setahun sahaja kerena ia bermasaalah ADHD. (Attention Deficient Hyperactive Disorder). Kini ia di kelas khas di sekolah biasa di Putrajaya.
Saya katakan pada anak lelaki saya supaya menghantar anak sulungnya ke Adni Bangi School yang saya fikir terdekat dengan rumahnya di Puchong. Sememangnya kos pembelajaran termasuk pengangkutan dan lain-lain lagi mungkin mencecah RM 1000/ sebulan. Tetapi saya katakan ia berbaloi berbanding dengan sekolah biasa yang dikendali Kementerian Pendidikan. Beza yang ternyata ialah tentang falsafah pendidikan itu sendiri. Adni membina intelek, dan ruh secara integrated and holistik. (A spiritual discovery cutting across curriculum). Program akademiknya pun setara atau lebih baik. Ko Kurikulanya dan extra kurikulanya membuat anak-nak lebih sepadu dalam melalui proses pendidikan. Pengisian tarbiah akhlak dan adab lebih nyata dan ia tidak berasingan.
Sebenarnya di Lembah Kelang sudah banyak sekolah yang di bina dan dibangunkan berasaskan pendidikan Islam yang sepadu dan holistik. Namun ia tidak mencukupi kerana bilangan mereka yang berminat adalah lebih ramai tetapi sekolah-sekolah itu terlalu jauh dari tempat tinggal mereka. Kos yang tinggi itu amat perlu kerana antaranya ialah untuk meyakinkan guru-guru supaya kekal di sekolah tersebut setelah diberi latihan yang mencukupi. Sekolah-sekolah ini dari pemerhatian saya belum sempurna sepenuhnya tetapi sudah menunjukan perbezaan hasilnya yang nyata.
Startegi pendidikan sebenarnya harus menepati tujuan Allah menciptakan manusia, iaitu semata-mata untuk pengabdian padaNya. Di Malaysia konsep mendidik ke arah ini berbeza dari satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.
Sistem sekolah seperti Maahad Tahfiz punya caranya sendiri dan sistem Adni atau yang seperti dengannya punya caranya sendiri. Ada pula di Kuala Lumpur sekarang ini sistem "international" yang saya di maklumkan bahawa pihak kerajaan Malaysia sudah tidak seketat dahulu dalam memberi kelulusan penubuhannya. Dahulu sekolah antarabangsa di awasi dengan rapi kerana khuatir tidak selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan terutamanya dari segi 'citizenship training". Kini saya difahamkan sudah banyak berbeza.
Maka kini saya lihat (dari jauh) sistem pendidikan "Times International" yang dipelopori oleh sebuah NGO antarabangsa sudah wujud di Kuala Lumpur. Ia berfokus pada falsafah "knowledge, Love and Tolerance".
Apa jua sistem, saya perhatikan ia cuba memenuhi konsep 'Worldview' kehidupan yang dipercayai terbaik bagi manusia menjalani hidup di dunia ini. Worldview Islam adalah untuk dunia dan akhirat.
Pendidikan Islam berteraskan pasak "mengenal Allah" dalam semua aspek kehidupan. Ia harus wujud dalam wadah paradigma mentauhidkan Allah.
Inilah kontroversi yang nyata. Maka tertubuhlah berbagai sistem.
Sheikh Hamza Yusuf seperti yang saya sebut dipermulaan tadi telah mengikuti sistem tradisional Islam di Mauratania dalam mengejar Ilmu. Saya kira ia seperti sistem pasentren atau sistem Pondok. Katanya sistem ini ada kelemahan yang nyata tetapi kekuatan yang ia sendiri melaluinya ialah ia membolehkan seseorang pelajar mengingati apa yang dipelajari hingga bila-bila. (The ability to retain what is learned....Retention of knowlwdge). Saya percaya kekuatan ini berasaskan sistem hafazan semua jenis ilmu yang dipelajari. Maka daya ingatan menjadi amat unggul. (Ikutilah sendiri ceramahnya, di u-tube atau secara langsung dan saksikan bagaimana ia boleh berhujah penuh fakta dan hikmah dan dapat memukau perhatian pendengar).
Dalam konteks ini saya teringatkan fakta mengapa Rasulullah saw menyuruh menghafaz alQuran dan tidak menyuruh sahabatnya menulis alQuran walaupun ketika itu sudah ada orang yang boleh menulis. Rupa-rupanya antara sebabnya ia adalah untuk menguatakan daya ingatan. Semasa saya bekerja dahulu pernah saya mencadangkan pada Kementerian Pendidikan menubuhkan Sekolah maahad Tahfiz tetapi di 'shot down' diperingkat pegawai lagi kerana katanya itu "rote learning" dan tidak mendatangkan faedah dalam dunia pendidikan modern. Saya senyap terus dan hanya membibil di belakang kerana ketika itu jawatan saya terlalu jauh dari kumpulan membuat dasar. Dan Ilmu saya amat terhad. Tidak ada nas dan pengalaman yang dapat saya kemukakan.
Saya difahamkan bahawa sistem pendidikan di Times International menumpu pada penguasaan Ilmu. Ini adalah terpenting kerana katanya orang Islam dan negara Islam mundur dan lemah kerana tidak menguasai Ilmu dalam berbagai bidang. Siapa yang berilmu dan kemudian ia menguasai Teknologi tinggi maka mereka akan menguasi dunia dari semua segi terutamanya ekonomi dan ketenteraan.
Tetapi bila kita lihat sejarah dan sirrah Islam kita dapati bahawa dalam 23 tahun Saidina Muhammad saw menjadi Rasul, 13 tahun adalah ditumpukan pada membina dan mentarbiah Iman dan Taqwa dan 10 tahun kemudian di bawah kepimpinannya, Islam menguasai hampir seluruh dunia. Tamadun Islam terbina dan kesan pengaruhnya hingga kini masih di rasai dan dikagumi.
Sirrah Rasulullah salallahualaihiwasalam juga menunjukan bahawa kemenangan Empire Islam tercapai bukan dengan kekuatan ekonomi dan tentera. Ia menang atas kebijaksanaan dimana orang Islam bertindak atas dasar membenarkan kewujudan Allah.
Saya harus berhenti di sini memohon Maaf.....
Saya rasa catatan saya ini terlalu simplistik untuk suatu isu yang penting dalam memperkatakan ciri tamadun manusia sejagat melalui sistem pendidikan. Catatan saya ini terlalu ringkas seperti 'touch-n-go' dan pastinya tidak terserlah isu yang saya ingin ketengahkan. Satu hari nanti mungkin saya akan olah kembali supaya lebih bermakna.
Contohnya isu penting dalam sistem Times International ialah isu 'love and tolerance' dalam hubungan manusia sejagat mencari keselesaan dan kedamaian. Ini saya belum sentuh.
Isu pendidikan boleh mudah dan boleh kompleks Ia mudah jika hati-hati kita mengenal Allah tetapi kompleks jika kita lebih menggunakan akal fikiran semata-mata tanpa merujuk pada alQuran dan asSunnah. Di dalamnya sudah Allah nyatakan mengapa manusia dan alam ini dicipta. Ramai manusia yang masih belum mahu ambil peduli.
Saya mengingatkan diri saya di manakah kedudukan saya dalam melaksana amanah yang telah saya janjikan bila ditanya: Alastu bi Rabbi kum, Bala ! Syahid na...
Ini hakikatnya. Bagaimana saya boleh berlepas diri di hadapan Mahkamah Agong di akhirat nanti. Semoga Allah mengampuni segala kekurangan dan kelemahan. Dan semoga masih ada ruang dan peluang untuk membela diri sebelum tirai penamat berlabuh nanti.
Akhir sekali, dalam kemelut sebegini saya simpati pada anak saya jika sukar memilih sekolah mana yang terbaik bagi anaknya.
Kami mohon hidayah Mu ya Rabb...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Masalah yang puan ingin kupaskan adalah bukan sekadar beberapa muka tulisan. Saya berpendapat istem pelajaran tidak ada satu yang terbaik. Kita sendiri membuat pendirian apa yang kita utamakan. Umpamanya, saya percaya kasih sayang dan tolak ansur, umpamanya, bukan disekolah. Dalam keluarga kita sediri datangnya rasa kasih sayang - antara ibu bapa, adik beradik dan yang lain. Ini bukan disekolah. Kita tidak mahu anak anak kita dipeluk cium diluar kalangan keluarga rapat.
Sistem berubah dengan perlahan mengikut peridaran masa dan sekitar mana masa hadapan anak anak akan hidup. Pelajaran ugama pun perlu di ubah sesuai menmgikut kehendak suasana dan keadaan sekitar hidup sesaorang. Kita tidak perlu sekolah menekan apa yang kita boleh lakukan dengan aempurna dirumah. Ada yang memilh 'home tutoring' dinegeri maju hingga masuk keuniversiti dalam umur beladsan.
Itu pandangan saya.Kesempurnaan adalah hak mutlak DIA
Salam Puan,
Falsafah pendidikan negara bila dihayati secara yang tersurat nampak semuanya terbaik,tapi dari pembuat dasar bila turun melalui beberapa peringkat dindividu sehinggalah sampai kepada pelajaran nampak banyak yang tercicir disana-sini. seperti komunikasi yang tidak sampai. Tiba di peringkat guru dan pelajar sendiri sudah tidak berapa jelas. Dasar berubah mengikut perubahan orang atas.Kadang dasar yang lama baru nak jelas sudah ditukar pada yang baru.
Entah bila nak selesai.
Kerohanian pula bergantung pada pentadbir sekolah. Bila pentadbir islamik dasar sekolah itupun terdorong sama,tapi berapa banyak pentadbir yang islamik.
Guru-guru haya pelaksana dasar,yang boleh dilakukan ialah mengubah diri sendiri samada kerja untuk makhluk atau Khaliqnya.
Terima kasih Pak alManar mencatat pendapat. Saya hargai pandangan semua yang terlibat secara dekat dengan alam pendidikan. Sememangnya tidak ada satu sistem yang sempurna dibawah satu bumbung yang saya tahu. Mungkin ada tetapi saya tidak tahu. Saya inginkan ia ada di bawah satu bumbung sesempurna mungkin kerana saya memegang prinsip "It takes the whole village to raise a child". Apa yang di ajarkan di sekolah atau/dan di rumah perlu di reinforced, ia itu oleh institusi lain dan masyarakat seluruhnya. Sekarang ini apa yang kita ajarkan di rumah atau di sekolah ada yang dirobak-rabikkan oleh program TV yang masuk ke rumah kita, sama ada program tempatan atau program luar negara. Kekadang tidak ada usaha menapis iklan yang bercanggah dengan apa yang kita ajarkan.
Love and tolerance yang dimaksudkan di sini ialah usaha memahami antara pelajar yang akan jadi dewasa dalam masyarakat untuk berkebolehan bertolak ansur dalam kehidupan umum kerana semua kita datang dari berbagai latarbelakang dari segi social dan economic status dan berbagai lagi. Maka ada sekolah swasta yang "mirip" Islam juga menjemput pelajar yang bukan Islam dan yang bukan berkulit putih sahaja. Islam mengajar kita bertolaransi.Kita berperang hanya jika diperangi dan sudah tidak ada jalan keluar yang lain. Kini kita tidak memahami antara satu sama lain dan timbulah krisis hingga keadaan yang ada sekarang diseluruh dunia. Ini bukan usaha yang mudah kerana ada golongan yang memang suka sentiasa ada instability kerana mereka ingin terus berkuasa dengan mencengkam orang lain.
Itu sahaja walau pun banyak lagi yang saya ingin katakan. Nanti bila saya ke Pantai Timur musim cuti ini saya insyaAllah ajak suami saya kita sembang-sembang tentang education. Saya tidak berputus asa. Kalau tidak buat semua kita jangan tinggalkan semua. TQ Salam.
TQ singgah.Betul Simah. Ia nampak macam betul dan cantik. Tapi kenapa orang kaya dan anak pembuat dasar menghantar ana-anak mereka ke sekolah swasta di dalam dan di luar negara. Kalau kita rakyat biasa dan komited pada sesuatu maka kita masukan anak kesekolah swasta , tak apelah. Tetapi kalau menteri-menteri berbuat demikian, ini suatu yang menunjukan mereka tidak konfident dengan sistem yang mereka rangka. Tun Dr mahathir menulis di blog nya pasal Malaysian Education. Itu sebahagian sahaja yang saya tak puas hati yang lainnya Simmah yang masih bejerja jubalah buatsesuatu. Mungkin sudah buat. Saya berdoa negara kita ini diterajui oleh professional yang berilmu dan bertaqwa dan kembali pada fitrah dalam semua hal terutamanya pendidikan. Salam.
Post a Comment