"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, November 2, 2014

Tersungkur di perjalanan...





Esuk Hari Asyura, 
10 Muharram 1436 H.

 Umat Islam digalakan berpuasa hari ini dan esuk. Umat Islam mengingati peristiwa Nabi Musa AS diselamatkan dari serangan Firaun dan dengan keajaiban Allah membelah lautan untuk laluan Nabi Musa AS, maka Bani Israel selamat.

Kaum Yahudi berpuasa juga mengingati peristiwa ini. Untuk membezakan syariat, kita berpuasa pada 9 muharram juga supaya tidak menyerupai amalan Yahudi.

Sehubungan ini seorang ahli sains terkemuka dunia Maurice Buacille telah memeluk Islam kerana kagum dengan hasil kajian mengenai ilmu alQuran yang antaranya mengenai mummy Firaun yang terpelihara dengan kehendak Allah jua dan autopsy yang dilakukan menunjukan bahawa ada kesan garam di badanya yang menepati cerita al Quran yang Firaun mati tenggelam di lautan.

Maurice Buacille in sya Allah terselamat dalam perjalanannya menujuju akhir zaman dan hari Qiamat.

Ramai yang tersungkur diperjalanan. Nauzubillah, semoga Allah melindungi kita.

Berkat doa emak dan bapak dan dengan kehendak Allah jua, saya amat bersyukur dapat bangkit kembali bila terjatuh-jatuh di perjalanan di umur dewasa yang amat mencabar keimanan. 

Image result for free download foto shaykh hamzah yusuf













Sheikh Hamza Yusuf seorang ulamak Islam berbangsa Amerika dalam ceramahnya yang saya ikuti di internet sering mengatakan bahawa Islam adalah agama yang membuka luas pintu Taubat untuk siapa jua kembali kepada Allah. Tidak mengira siapa, tua atau muda, warna kulit dan keturunan agama, kesemuanya Allah terima untuk kembali padaNYA asalkan sahaja ia ikhlas dan benar-benar komited untuk pengabdian pada Allah tanpa mensyirikanNya.

Sehubungan ini saya teringatkan satu peristiwa yang membuat saya tersedih dan terfikir-fikir. Suatu hari teman saya di SmarTop menceritakan perihal seorang Mualaf perempuan yang di aniyaya oleh seorang lelaki yang berketurunan Melayu Islam.Katanya ia mahu mengambil wanita ini sebagai isteri dan telah meminjam wang ringgitnya berjumlah berpuluh ribu ringgit. Tidak diduga oleh wanita ini bahawa kesemuanya hanyalah pendustaan dan hingga kini wanita itu hidup terumbang ambing dan katanya hampir membunuh diri. Teman saya mengajak saya membantu wanita ini dan saya katakan padanya saya akan cuba sejauh kederat dan kemampuan yang saya ada. Tidak banyak tetapi teman saya kata: di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 

Cerita manusia tersungkur diperjalanan bolih membuat kita kebingungan kerana kita tidak wujud dalam vacuum. Di sekeliling kita penuh pancaroba yang amat mengerikan. Mengendali diri dalam suasana yang mengelirukan bukan mudah. Saya sendiri telah melalui berbagai pilihan hidup dan pernah gagal dalam beberapa situasi yang kini menjadi ingatan untuk menjadi iktibar pada anak-cucu dan teman-teman.

Semoga Allah mengampuni segala kelemahan dan kesilapan dan semoga sentiasa menunjuki jalan. Saya sempat juga berbual dengan wanita yang teraniyaya ini dan cuba memberinya semangat bahawa kebergantungan hidup kita bukan pada suami dan bukan pada lelaki dan bukan pada siapa jua. Kebergantungan kita harus hanya pada Allah. Maka saya minta ia membuang telefonnya supaya lelaki itu tidak dapat menghubunginya dan dia sendiri tidak akan ada jalan mencarinya. Seorang teman saya yang lain memantaunya dan mengajak ia tinggal bersama. Semoga Allah berkati usaha teman saya ini. Saya membantunya dari jauh....



Kita hayati doa Nabi Yunos AS dan sentiasa mendampingi Allah dan antara wasilahnya ialah mendampingi sahabat-sahabat yang jelas soleh fikrahnya dan amalannya.

Dihujung perjalanan masih ada NUR dan Allah Maha Kasih dan Maha Sayang pada hamba-hambanya yang mahu pulang padaNYA.

....Foto-foto ehsan google.

2 comments:

Al-Manar said...

What a coincidence that we mention Maurice Bucaille in our latest posting. I will have a bit more to say about him in a later posting

ngasobahseliman said...

Great minds think alike....or ??
I read his book on alQuran and Science many years ago but at that time I was no wiser and no further thoughts. I should read it again...
Your future postings may help me a lot.
Salam.

Related Posts with Thumbnails