"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, November 18, 2014

So..... Start Crawling.

If all you can do is crawl



Jalaluddin Ar Rumi adalah seorang Sufi yang hidup di kurun 13. Falsafah hidupnya terkenal hampir seluruh dunia yang mencintai kefahaman hidup bertuhankan yang maha Esa. Ia meninggal dunia pada tahun 1273 dan disemadikan di konya, Turkey.

Saya tidak mengenalinya secara mendalam tetapi suka pada kata-kata Hikmahnya. Contohnya yang mudah adalah seperti yang saya turunkan di sini. (ehsan carian google).Ia berkata : Kita punya Sayap maka mengapa kita tidak terbang. Mengapa kita merangkak. Namun jika kita hanya pandai Merangkak, maka Merangkaklah segera.

Saya tersentuh dengan kata-kata ini bila memikirkan betapa mencabar usaha saya dan teteman saya melaksana Tadika dan Taska SmarTop Subur Fitrah di tangkak Johor.

Kami tidak ada sumber dana yang besar semasa memulakan projek ini. Hiigga kini pun sumber kami masih terhad tetapi kami memberanikan diri untuk terus berusaha berasaskan kekuatan doa yang Allah janjikan bahawa DIA akan menolong hamba-hambanya yang mahu mendekatkan diri padaNYA. Projek ini kecil sahaja dan dipandang remeh oleh sesetengah golongan, tetapi kami membinanya kerana ia adalah batu asas pembentukan Insan Kamil dewasa nanti, dengan izin dan kehendak Allah jua. 

Anak kecil merangkak laju menuju sasarannya penuh ceria. Ia menangis hanya jika khuatir ibunya tidak mengindahkannya. Kami seperti itu. Merangkak ....dan lutut-lutut dan tapak tangan kami terasa juga peritnya. Tetapi di hati-hati kami rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Senyum lebar antara kami pengusaha bila bertemu penaja-penaja dengan harapan membara. Allah maha mendengari rintihan hamba-hambanya dan dipertemukan kami dengan sumber pertolongan luar biasa. Kegembiraan kesyukuran di hati membuat setiap jaringan talian hayat seperti rezki  yang menggunung tingginya.

Alhamdulilah, segala puji bagiNYA tidak terhingga. Segala puji bagiNya tidak terhingga.





Pada 15 November yang lalu, alhamdulilah kami dapat mengadakan Hari Ihtifal buat kali keduanya. Sungguh meriah dan saya rasa sebak dihati melihat sokongan ibu bapa dan penaja yang tampil berkongsi rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Kelihatan di sini En Rosman Pardi selaku pengerusi 'Parents Support Group' berucap ringkas tetapi padat dengan kata-kata semangat yang memberangsangkan hati-hati kami selaku Lembaga Pengelola. Banyak sungguh jasanya pada kami dan hanya Allah yang dapat membalasnya. Sokongan padu ibu-bapa membuat kami rasa terharu dan kesungguhan guru dan staff di SmarTop Subur Fitrah membuat kami rasa amat gembira. Semoga Allah memberkati usaha kami bersama. Semoga Allah menerima usaha-usaha kami yang kerdil ini sebagai amal soleh.

Saya turunkan di sini beberapa acara yang merupakan sejarah bagi kami. Setiap Impian semestinya bermula dengan langkah pertama.

Tidak mengapa kalau usaha kami itu kecil, kerana Allah berjanji akan menilai usaha bukan menilai hasilnya semata-mata.

Wajah-wajah gembira sebahagian anak-anak SmarTop.

Pengerusi Lembaga Pengelola memberi galakan anak-anak SmarTop pandai megendali diri.

Encik Rosman akan terus bersama SmarTop 
dan ini membuat kami lega gembira. 

Anak-anak peringkat Taska kami tunjukan juga bakat mereka mengingat apa yang dipelajari. Lagu "terima kasih guru ku" memikat hati.

Ibu tidak dapat bersama, namun bapa ini tetap berkorban masa. Kerusi kami tidak mencukupi tetapi ia nampak selesa duduk di tikar biasa. Syabas...demi kasihkan anak-anak.

Kelihatan sebahagian ibu-bapa senyum ria melihat telatah anak-anak membuat persembahan mengingat hafalan yang diajarkan.

Di akhir majlis ibu-bapa diberi masa berbicara dengan guru kelas anak-anak mereka. Harus ada persefaham untuk mencapai kejayaan.

Selepas berbicara mereka menjamu selera yang disumbangakan oleh
 ibu-bapa penuh mesra.

Kami mengambil kesempatan meraikan hari kelahiran anak-anak 
untuk bulan November dan Disember. Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan cemerlang bila dewasa.

...

Menanti Dewasa.

Lahirnya seorang bayi di nanti nanti
Oleh ibu ayah dan keluarga besar yang mengasihi.
Ibu bertarung nyawa, mengorbankan segalanya
Ayah di sisi cemas menanti saat yang belum nyata     
Keluarga di luar berdoa secukupnya.  

Semoga bayi ini sihat menjunjung fitrah yang maha Esa.
Lahirnya dengan tangisan
Dipeluk cium dengan senyuman
Seruan azan dan qamat kedengaran 
Menandakan mulanya bergerak sebuah impian.

Fitrah bayi tidak terus berlari
Ia meniarap, menghesut dan kemudian merangkak
Sebelum berlari
Segala rintangan diperiksa rapi 
Dan nasihat dari yang berpengalaman di cari di contohi
Semoga bayi ini membesar berjati diri
Memfokus minda dan hati mencari Redha Illahi 

Semoga ia membesar penuh bermakna.
Menyumbang pada negara dan agama
Demi Islam tercinta.....



SELAMAT MAJU JAYA ANAK-ANAK SEMUA DALAM MENGABDI DIRI 
PADA YANG MAHA PENCIPTA BILA DEWASA.

...

No comments:

Related Posts with Thumbnails