"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, March 28, 2015

Berbakti pada tanah.....



Ini Widad. Sukarelawan membantu Pra sekolah SmarTop Subur Fitrah di Tangkak yang selalu saya ceritakan sebelum ini. Lihat betapa gembiranya dia memeluk setandan pisang yang berjaya di tanamnya di pinggiran bangunan sekolah dengan bantuan pekebun yang kami panggil Pak Yusop untuk membuat lubang-lubang yang diperlukan. Kini sudah mendatangkan hasil. Alhamdulilah.

Widad adalah pelajar sarjana di bidang Botani di UKM dan ia datang ke Tangkak untuk membantu apa yang sesuai baginya.

Hari selasa yang lepas kami ke sana untuk melihat beberapa perkembangan baru untuk tahun ini terutama ingin melihat kemajuan anak-anak dalam kelas Hafazan. Tetapi tidak tercapai kerana guru yang dikhaskan cuti sakit. Maka kami melihat kebun pisang yang warga SmarTop rasa bersyukur ada aktiviti sampingan untuk mempelbagai pengalaman hidup.


Ini sebahagian kebun yang ada...... sekangkang kera


Hebat besar hasil sulungnya. Alhamdulilah. Kami goreng buat kerepek pisang dan makan kongsi-kongsi. Rezeki yang dikongsikan semoga membawa barakah. Saya bawa pulang sebiji untuk tunjuk pada suami bahawa usaha kami Allah kurnia hasil memuaskan. Sebenarnya saya syok sendiri. 



Ini "hiburan"  buat widad dan saya dan juga partner saya di SmarTop. Kalau benar-benar menjadi kami ada cadangan ingin menggunakan padang untuk tanam pisang sebagai usaha menambah dana sekolah. Sedang berfikir-fikir.........

Mengurus pra sekolah pada tahun ini agak rumit sedikit dari segi kesetabilan pengambilan staf dan guru. Tetapi kami yakin setiap yang susah pasti ada senangnya. Demikian dalam al Quran disebut secara nyata.




(96-5)  Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
(96-6)  Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

Maka sekarang kami bersabar dan berusaha. Menanam pokok pisang adalah usaha sampingan. Semoga ia menjadi pembuka jalan.




Ada tujuh pokok yang berbuah seperti di atas dan anak-anak pokok pisang sudah mula membesar untuk dialihkan tempat . Tidak kurang dari lima belas bilangannya. Semoga Pak Yusof dapat membantu segera.


MAKA NIKMAT ALLAH YANG MANA YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN


.....

2 comments:

Kerabu Jantung said...

Assalam sis,tak taulah kenapa ada yang mengelakkan diri dari menjaga ibu yang dah tua sedangkan ketika inilah ibu-ibu yang tua dan uzur sang at memerlukan bantuan dari anak-anak mereka..

ngasobahseliman said...

Assalam dear Sis. Komen you silap ruang tapi tak ape. Itu kesilapan biasa. TQ singgah selalu. Cerita orang tua sangat membimbangakan I personally. My distant relative who is past 90 dijaga oleh anak yang a year older than me, (70 yrs).We were school mates. Adik beradik lain yang lebih muda tak jaga sebab katanya jaga cucu. Entahlah. Kita sendiri pun belum pasti.Kita sama2 doa ubntuk Kesejahteraan. Semoga Allah kurnia yang terbaik di sisiNYA. Amiin.

Related Posts with Thumbnails