"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, March 11, 2015

Saya pura-pura .....




Pagi Selasa yang ceria.

Saya ke Pusat Perubatan University Malaya sekali lagi. Tetapi pagi ini saya tenang dan sepanjang perjalanan berbual santai dengan suami saya mengenai warna-warni hidup harian.

Saya "kiv" kes jantung saya dan hari ini ke PPUM untuk menawarkan diri menjadi seorang sukarelawan menjadi bahan kajian untuk satu penyelidikan dalam kes pesakit Diabetis. Lebih kurang begitu...lebih kurang. Saya baru menawarkan diri dan sebelum diterima saya kenalah menjalani pemeriksaan kencing dan darah. Apa yang akan dilihat saya kurang arif tetapi saya akur dengan peraturan yang ditentukan.

Cepat sahaja proses itu selesai dan saya pun keluar menanti suami saya untuk pulang. Saya menuju ke deretan kerusi-kerusi untuk menunggu kenderaan. 

"Assalamualaikum...." saya ucapkan pada dua orang wanita yang sudah sedia duduk. Seorang nampak seperti warga emas dan seorang lagi saya kira dia warisnya, anak atau menantu.

Yang tua yang sememangnya sudah memerhati saya menjawab salam dan kami bersalaman. Saya duduk dan menalipon suami saya. Perempuan yang tua ini asyik melihat saya dan tersenyum lebar.

"Jumpa doktor ke?" dia bertanya.
Tidak....saya jumpa nurse untuk ambil darah," saya menjawab sambil menunjukan padanya bekas suntikan yang ada dilengan saya.

"Ohh.....sakit apa?" ia terus bertanya. 
"Saya ada macam-macam penyakit..." saya menjawab santai sambil melihat wajahnya.
"Achik sakit apa?" saya bertanya kembali, sebagai adab perbualan orang-tua-tua.
"Mak chik pun sakit macam-macam....Mak Chik dari Perlis, ubat dah habis. Anak bawak sini untuk ambil ubat...."

"Ohh.... eluklah", saya kata dengan senyum cuba bersimpati padanya.
Wanita ini seperti ingin bersembang seterusnya, bertanya pada saya tinggal di mana dan berbagai soalan yang berkaitan sakit. Ia bercerita betapa sukanya kalau ia sihat dan dapat pergi menunaikan fardhu Haji. Saya pun bercerita bahawa saya sudah ke Makkah dan terserlah di wajahnya betapa ia iri hati dengan cerita saya.

"Giliran saya tahun 2017," katanya. "Tapi anak-anak tak dapat temankan saya. Harap-harap anak kakak dapat pergi sama." dia berkata dengan nada berharap yang amat sangat.

"Umur berapa sekarang.....nampak macam sihat tapi kena ambil ubat" dia mengulang soalan yang tadinya tidak saya jawab.
"Oh...dah tua, saya 68 tahun."

"Eh...macam muda saje tak kan dah 68?" sepertinya ia kurang percaya. "Saya pun dah 68. Samalah kita."

"Tapi nampak muda...betul ke ni?....Apa rahsianya...? Tiba-tiba anak menantunya mencelah. Dia duduk berhampiran dan mendengari celoteh dua orang warga emas.

"Betul....tidak ada rahsia. Saya pura-pura buat tak sakit. Saya sebenarnya takut sakit.....tapi saya buat tak layan fikiran saya. Saya buat macam tak sakit....". Saya kata dengan sedikit gelak ketawa.

Teman kenalan baru ini terus gelak seperti tidak percayakan cakap saya. Saya turut seronok mentertawakan diri sendiri.....mana munkin boleh pura-pura tak sakit.

Tiba-tiba merekla bangun untuk beredar. Katanya anaknya sudah menunggu dan mereka perlu ikut.

Saya bangun untuk bersalaman....tandanya saya seronok berbual dengan mereka. Tersentuh hati saya bila teman baru ini memeluk dan mencium saya. 
"Saya pun nak belajar pura-pura....pura-pura sihat. Nak pegi Mekah 2 tahun lagi." dia berkata bersemangat.

Dia melepaskan pelukan dan beredar dipimpin oleh aanak menantunya. Rasa sayu seketika. Saya tidak menyangka kata-kata saya memberi kesan padanya. Allah maha Mengetahui maha Bijaksana.

"Saya doakan Allah mudahkan...." dan melambaikan tangan saya....berpisah.

Saya lihat dia samapai hilang dari pandangan kerana ramai orang di hospital pagi itu. Pagi yang ceria menjadi agak muram dalam ingatan, betapa saya menginsafi diri......

Semoga Allah mengampuni kami....teman pesakit di persimpangan.
Aamiin....

.....

6 comments:

wati said...

Yer..saya pun kn amal kan sikap pura2...pura2 sihat..pura2 suka..haha
tapi saya tak pernah pura2 nk bgtau blog ni sentiasa saya baca.( silent reader)..buat saya tersenyum, sedih dan berfikir akan masa lapang dan masa tua nnti...

wati said...

Yer..saya pun kn amal kan sikap pura2...pura2 sihat..pura2 suka..haha
tapi saya tak pernah pura2 nk bgtau blog ni sentiasa saya baca.( silent reader)..buat saya tersenyum, sedih dan berfikir akan masa lapang dan masa tua nnti...

ngasobahseliman said...

Terima kasih Wati. Saya pun tak sangka ada pengunjung yang ingin bagi komen atas suatu yang ringan. Tapi signifiken buat saya. Kalau saya sakit saya ikut kata ustaz. Sakit Allah kurnia untuk sentiasa ingat padaNya. Maka jangan ingat sangat sakit itu tapi ingat kurniaan Allah untuk hapus dosa-dosa kita. Semoga kita semua dapat pengampunanNya.Aamin ya Rabb...
Terima kasih singgah walau seketika. Membantu saya lupakan sakit saya.

wati said...

Insyallah..mudah2an akan cepat sembuh dan kembali sihat sediakala...setiap hari saya singgah jenguk blog ni..rindu nya kalu tiada catatan terkini...

wati said...
This comment has been removed by the author.
ngasobahseliman said...

Terima kasih sekali lagi wati. Sama-sama kita doa Allah melimpahi kesejahteraan pada diri sentiasa. Salam.

Related Posts with Thumbnails