"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Sunday, March 29, 2015
IBU atau cucu ?......
Ibu atau cucu....mana satu diberi keutamaan?
Dilemma keluarga yang dihadapi kini. Melihat wajah-wajah cucu ramai nenek yang terpaksa membuat pilihan yang kadang kala menghiris hati Ibu tanpa di sedari. Kalau disedari sekalipun, ada yang mencari berbagai alasan untuk memilih menjaga cucu dari menjaga Ibu.
Ini pemerhatian saya dan saya yakin ada yang setuju dan ada yang tidak.
Banyak sudah diperkatakan dalam masyarakat kita betapa seorang Ibu hidup susah bersendirian kerana anak-anak beralasan tidak dapat menjaga ibu di rumah ibu kerana sibuk menjaga cucu. Entahlah.......adakah pengecualian anak terlepas dari tanggongjawab menjaga Ibu kerana ia terbeban menjaga cucu. Ada yang hanya beralasan kerana tugas menjaga Ibu lebih sukar dari menjaga cucu kerana kekadang menjaga Ibu yang uzur memerlukan pengorbanan keselesaan diri sendiri. Pada Ibu yang uzur, seorang anak kenalah membersihkan najisnya dan membasuh peralatan tidur sekurang-kurangnya setiap dua hari. Kekadang setiap hari. Itu pengalaman saya menjaga emak saya.
Ada yang mampu mendapatkan pembantu rumah atau mendapatkan jururawat berdaftar yang memberi perkhidmatan professional denagan bayaran tertentu. Teman saya ada yang menggunakan jururawat seperti ini dan membayar mengikut jam. Kekadang perbelanjaan boleh mencecah RM3k - RM5k sebulan. Ada yang mampu tetapi beralasan tidak mampu.
Alangkah ruginya sikap sebegini.
Dalam alQuran sudah jelas dituntut anak menjaga ibu bapa yang tua. Kita tidak boleh berkasar pada mereka. Dan menjaga orang tua sebagai ibu bapa kita adalah kewajipan yang tidak bersyarat. MESTI.
Dalam sebuah hadith di ceritakan bahawa Rasulullah sallahualaihiwasalam melarang seorang anak muda dari pergi berperang (jihad) kerana ia ada Ibu yang tidak ada waris lain untuk menjaganya. Begitulah hukumnya. Saya rasa tidak ada mana-mana nas yang kita boleh mendahulukan cucu berbanding Ibu. Ibu mesti didahulukan. Biarkan cucu pada ibu bapanya.
Emak saya meninggal dalam umur lebih kurang 94 tahun. Dia tiada penyakit kronik. Maka Allah mudahkan menjaganya. Allah mudahkan saya dengan seorang pembantu. Saya amat bersyukur. Cuma saya perlu mengangkatnya ke kerusi roda untuk mandi sehari sekali. Pada petang hari saya hanya mengelap tubuhnya. Saya hanya sempat menjaga tepat setahun. Itu pun saya bercuti khas menjaganya. Kalau tunggu bersara saya tidak ada peluang langsung. Saya ambil alih menjaganya dari kakak-kakak saya di kampung. Alhamdulilah. Dulu selalu saya minta emak saya memaafkan semua anak-anak atas kelemahan dan kekurangan menjaganya. Semoga Allah mengampuni emak dan bapak saya dan kami semua. Bapak saya meninggal ketika saya berumur 16 tahun.
Amat rindu sekali teringatkan mereka. Hanya mampu berdoa semoga bertemu lagi di Syurga Firdaus tanpa hisab denagn Rahmat Allah semata-mata. Aamiin ya Rabb.
.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment