Ia satu anugerah Allah dan nikmat keindahannya hanya dapat dihayati oleh mereka yang beriman dan bertaqwa. Dan keindahan itu adalah rahsia antara seorang hamba dan khaliknya. WaAllahua'lam.
Saya pulang ke Pontian Johor, tempat saya dilahirkan dan dibesarkan.

Emak dan bapak sudah lama meninggalkan dan hanya dua orang kakak yang masih setia tinggal berseorangan setelah anak-anak membawa kedewasaan hidup masing-masing.
Sebelum ke Pontian saya ziarah abang saya di Shah Alam. Di foto ini ia duduk berbaju putih bersama anak-anak dan menantunya. Suasana meriah dan saya perhatikan anak-anak adan menantu ambil peduli ibu bapanya.
Tetapi karenah orang tua di mana-mana sama sahaja, termasuk diri saya. Kakak ipar saya selalu bercerita kesukaan abang saya berkebun kecil di belakang rumahnya. Ia menanam serai dan berbagai itu-ini untuk dapur isterinya. Satu hari ia terjatuh di longkang dan tiada disedari hampir satu setengah jam kerana ia tidak dapat naik sendiri. Mujur jiran ternampak akannya apabila keluar menyidai baju. Mujur tidak ada kecederaan yang memerlukan ia ke hospital.
Maka nasihat saya pada anak-anak muda supaya jangan putus perhatian pada orang tua. Jangan pula orang tua disalahkan kerana karenahnya. Tiada siapa yang dapat benar-benar memahami sikap dan perangai orang tua. Saya sentiasa teringatkan "karenah" emak saya dan emak mertua saya di hari-hari akhirnya saya menjaga mereka. Satu pengajaran bagi saya dan saya terima itu satu peluang dari Allah saya dapat memahami sedikit sebanyak peroses penuaan. Alhamdulilah.
Ada orang tua yang kesunyian dan suka menyibukan diri dengan aktivinya sendiri. Ada yang boleh selesa dengan membaca dan menjadikan dirinya sendiri teman sejati. Ia tidak merasa kesuyian yang tidak dapat ditangani dengan keyakinan dirinya sendiri. Ada yang mampu bertemu dengan kekawan dalam kelas pengajian dan merangka aktiviti kesukaan bersama. Dan ada juga yang akan murong dengan perangai yang sukar ditangani. Namun tanggong jawab anak sama sahaja.Perilaku orang-orang tua bukan pra-syarat bagaimana anak harus melayani ibu-bapanya. Ia satu tanggongjawab yang tidak boleh diambil ringan dan dipersoalkan.
Maka ziarah hari raya bukan hanya menjamu selera dan gelak ketawa. Bukan hanya bertanya khabar alah-kadar untuk manis bicara. Kita harus prihatin sepenuhnya. Ini adalah antara masa yang terluang yang Allah kurnia untuk mencari Rahsia kehidupan tua buat iktibar dan memberi bantuan sewajarnya pada sesiapa jua. Jika Allah panjangkan umur kita juga akan tua dan kita dapat membantu diri sendiri "to grow old gracefully". Jangan terlintas sedikit pun di hati kita bahawa kita ada pilihan bila tua kerana kita dari keluarga yang berada. Ketentuan Allah tiada siapa bolih menduga.
Biasanya kita pulang berhari Raya tidak lama. Kalau mampu bersama keluarga sepanjang minggu itu sudah bolih dikira luar biasa. Dan siapa yang dapat berpuasa bersama mereka juga dikira amat peduli pada orang tua.
Ada anak muda yang bekejaran pualang bercuti Raya dan mengumpul percutian kerana mahu dalam kesempatan itu berbakti sebanyaknya, memperbaiki tandas, atap yang bocor, dapur yang perlu diganti dindingnya dan berbagai lagi. Bagi anak muda yang lain pula akan mencari masa berbincang Ilmu yang ada di dada kerana ustaz di kampung dan ustaz di bandarRaya tidak sama kepintarannya dan scope pengajiannya. Semuanya ini untuk mengeratkan lagi kasihsaya anak pada keluarga tuanya. Semoga Allah memberkati usaha ikhlas yang tidak berbelah bagi seorang anak pada orang tuanya.
Kali ini saya tidak lama di kampung. Kakak saya yang berumur hampir 77 tahun gembira kerana anak-anak dan menantu serta cucu menantu pun dapat bersama. Semoga anak-anak tidak tersilap tafsir kegembiraannya kerana setiap diri ada kekurangan dan kelemahannya dan ada kesukaannya. Semoga mereka dapat melihat apa yang tidak nyata dan dapat mendengari apa yang tidak dikata. Itu penting kerana jarang orang tua mahu meluahkan rasa hati kesemuanya. Mesti bijak melihat gerak gerinya dan melihat air mukanya.
Ini bunga di taman kecil kakak saya yang sudah menghampiri umur 80 tahun. Ia tinggal berseorangan bila suaminya telah pergi dahulu darinya. Saya perhatikan ia ada menyimpan rahsia hati kecilnya. Anak angkatnya tidak pulang buat beberapa lamanya. Kakak saya tiada anak kandung dan setiap kali mengharapkan anak angkatnya pulang menghibur hatinya. Allah maha adil dan ujian ini dapat dikendali dari pemerhatian saya. Anak-anak suaminya pulang dan terhibur juga hatinya. Yang tinggal berhampiran banyak berbakti padanya, masak memasak dan menyenggara keperluannya. Kakak saya ini kekadang mengharapkan juga anak saudara yang berhampiran membantunya. Tetapi anak-anak muda sekarang terlalu sibuk dengan kerjayanya dan jarang berkesempatan. Saya katakan padanya; Usah kecil hati, kita ada Allah. Pasti DIA yang menjaga kita. Tersenyum lebar buat seketika.
Hari Raya bukan suatu rutin ziarah menziarah dan selepas itu lupa untuk kesinambungan menghubung erat talian keluarga. Kita harus belajar berlapang dada. Yang muda jangan
lupa yang manusia akan tua jika Allah menghendaki. Maka harus peka perubahan umur yang dilalui.
MAAF ZAHIR BATIN.
Semoga kita Redha dan Allah Meredhai.
.....

No comments:
Post a Comment