Secebis cerita Khatam alQuran yang saya hadiri di Masjid saya
di Kg Tunku Petaling Jaya baru-baru ini.
Alhamdulilah ada rasa kepedulian untuk Tadarus mengikut Sunnah Rasulullah.
Namun masih ada ruang dan peluang untuk mempebaiki cara perlaksanaan.
Ada satu Jawatankuasa yang akan menilai semula termasuk
cara perlaksanaan majlis Khatam alQuran yang tersebut. Alhamdulilah.
Saya teringatkan satu fakta mengenai khatan alQuran
oleh seorang Ustaz di majlis Ilmu.
Sebenarnya kita hanya membaca sahaja, dan ramai yang belum menyedari bahawa memahami alQuran itu adalah perkara pokok.
Dalam membaca pun ada yang masih merangkak-rangkak tetapi diperhatikan
kurang usaha untuk memperbaiki bacaan.
Antara elemen Taddabur alQuran yang terpenting ialah
kebolihan membaca dengan betul dan yang sama pentingnya
adalah usaha melaksana semua saranan yang didapati dalam alQuran tersebut.
Ia bukan sahaja satu sessi mendengar seperti mendengar cerita,
tetapi kita diwajibkan melaksana sebaik yang mungkin.
Dan kita harus penuh kommited dan ikhlas untuk melaksana.
Mempelajari Bahasa alQuaran adalah antara usaha yang amat dituntut
untuk menuju ke arah ini.
Dan harus ada kepedulian untuk "meneroka"semua Ilmu yang disebut
secara langsung dan secara tidak langsung dalam alQuran itu.
WaAllahua'lam.
Semoga Allah menunjuki jalan menuju RedhaNYA.
Aamiin...
....
No comments:
Post a Comment