"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, July 16, 2015

Maka Nikmat Allah yang mana yang hendak kamu dustakan...



A013

Maka beredarlah Ramadhan yang Mulia.
Berbagai nikmat telah di kurnia oleh yang maha Pencipta, yang maha Bijaksana dan maha Berkuasa atas segalanya. Alhamdulilah penuh kesyukuran.
Maka nikmat Allah yang mana yang hendak kamu dustakan?

Esuk In sya Allah, kita akan menyambut Idulfitri 1436H, penuh bahagia.
Tetapi masih ramai manusia yang berbondong-bondong mahu mendustakan Kebenaran yang telah nyata. Semoga kita adalah hamba-hamba yang patuh setia pada NYA

"Sepanjang tahun semoga kamu mendapat kebaikan"...Ucapan selamat dan doa di Idilfitri.
Selamat Hari Raya pada semua pengunjung yang baik budi...
Semoga kita dipertemukan lagi.

...

3 comments:

wati said...
This comment has been removed by the author.
wati said...

Selamat hari raya puan..

Dari saya org utara ,pegunjung setia blog ni

ngasobahseliman said...

Assalamualaikum dear Wati....Maaf lambat menyambut kunjungan tetamu dalam blog ini. SIbuk kerana mengurus berbagai tanggongjawab walaupun usia saya sudah lanjut sebegini. Alhamdulilah Allah masih kurnia aqal dan kederat untuk terus berbakti terutamanya pada keluarga sendiri.
Terima kasih sudi menjadi pengunjung setia blog saya. Panggil saya ibu kerana itu nama glamour saya di Tadika dan pada anak-anak angkat saya.Tidak ramai yang membaca blog saya tetapi saya suka menulis semoga daya ingatan sebagai warga tua tidak segera luput dan suka berkongsi dengan anak buah saya cerita-cerita keluarga.
Terima kasih. Maaf zahir batin. InsyaAllah jumpa lagi......

Related Posts with Thumbnails