"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, July 15, 2015

Ramadhan pamit mahu beredar pulang.....



Sudah larut senja, hampir terbenam cahaya di ufuk Barat.
Saya berkejaran pulang semoga tidak tersadai di pertengahan jalan 
dan kehilangan Terawih dan doa malam di Masjid terdekat.

Malam itu Khatam alQuran di Masjid Hidayah, Kelana Jaya
 dan Ustaz jemputan khas 
untuk aktiviti Ramadhan memberi ucapan selamat tinggal
 untuk pulang ke negara jiran, Indonesia.
Terkesan dihati bagaimana ayahnya mendidiknya hingga menjadi alHafiz.
Ayah saya keras orangnya, dia bercerita sebak. 
Namun saya sentiasa rindu padanya
dan akan pulang esuk untuk menyambut Hari Lebaran dengannya.

Ustaz mengucap pulang, dan Ramdhan juga akan menutup tirainya.
Entah kesampaian lagi umur ini atau tidak 
membuat hati berdebar khuatir dan insaf.
Semoga Allah menerima amalan-amalan yang fakir di sisiNya.
Ramadhan tetamu istimewa yang sentiasa dinanti.
Padanya lahir kesungguhan untuk mengabdi diri 
dan semoga berpanjangan tidak mengira waktu dan hari.
Pada Ramadhan kita melatih diri berjuang dengan kesabaran, 
dengan kasih sayang, dengan keinsafan.
Semoga Allah mendengari segala rintihan hati
 dan semoga pengabdian ini dapat mendakap erti Ehsan di sisi yang maha Tinggi.
Semoga diiktiraf Muqarabbin dan 
di taman-taman Syurga Firdaus kekal abadi.
Dengan Rahmat Mu jua ya Rabbi... 

Aamiin
....





No comments:

Related Posts with Thumbnails