Pagi ini kulih Subuh Ustaz bercerita mengenai kita semua harus berusaha beribadah semampu mungkin supaya tidak terlepas dari kurniaan Allah mendapat Malam Lailatul Qadr....Malam tadi ialah malam yang ke 23 Ramadhan.
Tidak mengapa....tidak terlewat katanya. Usaha sahaja semoga kita belum terlepas. Jangan putus asa jika malam tadi kita terlalu kepenatan dan tidur awal dan tidak terjaga pula sebelum Subuh. Kalau hati kita ikhlas mahu beribadah, tiduran itu semoga Allah kira sebagai ibadah juga.
Apa itu LailatulQadr?
Sebagai ingatan saya turunkan di sini:
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
(Al-Qadr 97:2) |
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara
(Al-Qadr 97:4) |
Semoga kita semua mendapat kurnia RAHMAT Allah swt yang tidak terhinga.
Aamiin....
No comments:
Post a Comment