Terlalu laju Ramadhan alMubarak melepasi hidup kita. Kini sudah setengah Ramadhan berlalu. Nampak seperti saya tidak terkejar.....
Namun saya tetap berdoa semoga Allah memberkati usaha untuk mendapat segala anugerah Allah di bulan yang Mulia ini. Semoga tercapai segala hajat yang terbaik di sisiNYA.
Saya terpaksa mengatakan pada teman partner saya di pra-sekolah SmarTop bahawa saya tidak dapat bersama dalam acara berbuka puasa bersama ibu bapa anak-anak SmarTop. Hati amat teringin, tetapi masih belum dapat melepasi halangan yang dihadapi.
Saya juga tidak dapat membantu NGO di Kg Tunku dalam kerja-kerja kebajikan yang berkaitan dengan program anak yatim, aktiviti melaksana majlis berbuka puasa dan ceramah Nuzul alQuran dan berbagai lagi yang amat dituntut dalam bulan Ramadhan. Tadarus alQuran pun tidak tamat setakat ini dan masih terkial-kial cuba menghatamkan alQuran dengan membaca bersendirian.
Seorang teman mahukan saya solat terawih yang bacaan setiap malam adalah satu juzuk walau pun ia jauh sedikit dari rumah. Suami saya kini kurang kebolihan memandu waktu malam. Umur sudah makin melemahkan kudrat. Semoga Allah masih memberi ruang dan peluang, dan masih menganugerah kekuatan semoga masih berpanjangan.
Di Masjid al Hidayah di Kelana Jaya program Iktikaf dan Qiamulail di Masjid in sya Allah akan bermula pada malam 16 Ramadhan, iaitu pada 2 Julai. Ia insya Allah bermula jam 3 pagi. Saya berdoa semoga saya dapat menyertainya. Saya bercadang mengurang kerja persediaan makanan supaya kurang kepenatan. Juga saya tidak akan menggosok pakaian untuk menjimatkan masa semoga dapat berehat lebih sedikit waktu siang. Semoga Allah memeberkati usaha ini.
Tiada kekuatan melainkn kekeuatan dari Allah......
Saya akur dan menanam dalam hati keinsafan merendahkan diri semoga menjadi Hamba sejati dan Allah jemput menghuni Taman-taman Indah di SyurgaNya nanti.....
Hanya dengan RahmatNya semata-mata.....
Aamiin ya Rabb.....
.....
No comments:
Post a Comment