Hampir tujuh bulan saya tidak berada di SmarTop walau sehari pun. Partner saya asyik bertanyakan bilakah masanya saya akan "menjengok" anak-anak Tadika dan Taska yang saya pantau dari jauh melalui maklumat dalam Whatsapp, dan hubungan terus saya dengan Partner saya, Datin Noraini dan suaminya.
Ketidakberadaan saya tidak dapat dielakan kerana keadaan keluarga yang sedikit "berkarenah" yang memerlukan pemerhatian saya sepenuh masa. Kini karenah itu sudah dapat diatasi dengan izin dan kehendak Allah dan saya beharapan besar untuk ke Tangkak dalam masa yang terdekat ini sekurang-kurangnya untuk tiga atau empat hari dalam seminggu.
Rindu SmarTop dan kesal juga tidak dapat bersama partner saya dalam mengendali masaalah pengurusan yang memerlukan pemikiran dan tindakan bersama. Alhamdulillah Allah memudahkan. Saya berkeyakinan partner saya dan suaminya dapat menyelesaikan apa jua masaalah yang ada.
Pada 6 Oktober anak-anak Tadika di bawa melawat sambil belajar ke Kampung Sawah untuk merasai sendiri suasana kampung dan aktiviti orang kampung. Saya katakan ini adalah antara aktiviti taddabur alam yang dituntut dalam pendidikan anak-anak. Mereka melawat Ladang pembiaan Rusa / deer. Saya dilaporkan bukan sahaja anak-anak yang teruja, guru-guru pun sama teruja. Bukan selalu dapat ke Ladang seperti ini. SmarTop menyewa van dan mereka enjoy menyanyi dan melawak cara anak-anak.
Mereka dapat melihat dari dekat. Antara falsafah dan pedegogi pendidikan yang kami cuba praktikan ialah menjadi anak-anak sebagai tumpuan untuk memberi mereka ilmu tanpa membuat mereka rasa takut dan rasa terpaksa. Dengan lain perkataan kita cuba laksanakan pendekatan "child centered" dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru kami belum mahir sepenuhnya tetapi kami mempromosi pendekatan ini semoga anak-anak akan menjadi lebih Kreatif kerana diberi kebebasan berfikir dan bertindak.
SmarTop akan melatih guru-guru dengan lebih teratur supaya pendekatan ini dapat juga difahami oleh ibu/bapa bahawa mengajar dan mendidik anak-anak biarlah mereka rasa seronok. Keseronokan akan dapat mencungkil daya fikir yang lebih bermakna. Semoga sedikit demi sedikit mereka akan dapat merasa yakin diri kerana jika ada keyakinan diri mereka akan cepat matang. Dalam pada itu kita dapat mengenal pasti anak-anak yang ada masaalah pembelajaran dan membantu ibu/bapa untuk mengambil langkah-langkah
wajar sebelum terlambat.
Hari yang sama anak-anak ini pun dibawa melawat kilang membuat Mee Sanggul, makanan snek yang popular di daerah Muar/Tangkak.
Melihat beberapa foto yang dikirim saya rasa terubat akan rindu yang amat sangat.
Saya rindu juga berinteraksi dengan guru-guru dan staf di dapur. Tiga minggu dulu mereka mengirimkan pisang tanduk yang kami tanam di sekeliling kawasan tanah lapang disekolah. Rasa sayu juga menggeorengnya di rumah.
Menubuhkan Tadika dan Taska SmarTop Subur Fitrah ini merupakan satu langkah cuba menjadikan impian satu kenyataan mengenai berusaha mendidik anak-anak mengikut apa yang di gariskan oleh cerdik pandai dalam pendidikan Islam.
Melentur buluh dari rebungnya, kata pepatah. Biar anak-anak mengenal Allah dari kecil lagi. Semoga kami sentiasa mendapat petunjuk Allah swt dan kami dapat menabur bakti pada penduduk tempatan. Kami tidak mengambil apa-apa keuntungan dari projek kami ini. Semoga Allah menerimanya sebagi amal soleh, bekalan kami hidup
di alam barzah dan di akhirat nanti.
Aameen ya Rabb....
.....
No comments:
Post a Comment