Siang tadi saya terima dalam whatsapp saya foto saya dengan Jamilah yang datang menziarahi saya tanpa rancangan.
Jamilah adalah ketua rombongan kumpulan kami yang menziarahi tiga Masjid, iaitu Masjid alAqsa, Masjid alHaram dan Masjid Nabawi pada Disember tahun 2015. Tidak saya sangka dia menalipon saya dan ajak saya makan tengah hari.
Teruja juga rasa dihati kerana Jamilah ini CEO muda Syarikat KEMBARA ASIA. saya suka sembang dengan orang-orang muda supaya fikiran sentiasa aktif. Semoga tidak menjadi pelupa. Ingatan adalah nikmat Allah yang tidak terhingga nilainya. Alhamdulillah. Lupa2 sedikit katanya lumrah. Semoga fakta itu betul.
Kami makan sederhana sahaja di restoran dekat dengan rumah saya. Yang menjadi sedap ialah rasa seronok dapat bersama. Jamilah aktif dan mesra. Sebagai ketua kumpulan ia amat prihatin akan kebajikan peserta. Waktu itu saya bawa dua orang kakak berumur 77 dan 79. Kakak yang tua dua kali hilang tercerai dari kumpulan. Jamilah tidak membenarkan saya mencarinya. Dia yang sibuk mencari dengan ajen tempatan. Tiga jam baru terjumpa. Kakak saya agak kepenatan tetapi lega.
Di membawa peserta yang muda memanjat Jabal Nur. Saya dan kakak2 tidak turut sama. tidak mampu tenaga turun naik bukit. Boleh berjalan rata pun sudah bersyukur.
Foto kenanagan 2 orang kakak dan anak sulung saya yang turut serta. Jamilah bertanyakan khabar kedua kakak2 saya. Dia agak kagum juga kakak saya Allah masih kurnia kudrat yang mencukupi untuk ziarah dan Umrah. Alhamdulillah.
Semoga jalinan silaturrahim kami berterusan hingga ke Jannah.
Aameen yan Rabb.....
....
No comments:
Post a Comment