"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Monday, May 22, 2017
Cari juga teman sebaya.......
Ini teman sebaya angkatan sekelas / sedarjah darjah dari tahun 1957. Kebelakangan ini kami dengan berbagai cara cuba menghubungi satu sama lain. Mereka yang jejaka sahaja dapat dihubungi. Tidak berjaya menacri sebaya perempuan. Sudah lebih 50 tahun.......
Pastinya sukar.
Kami adalah sebahagian dari kumpulan yang besar. ....Class of 69. Tahun itu tahun akhir di tingkatan lima.
Itu cerita ringkasnya. Ada berbagai cerita antara kami dan berbagai pengalaman berinteraksi dengan guru-guru kami. Masih ada 5/6 orang guru yang kami dapat cari, tetapi mereka sudah lanjut umur dan hanya 2/3 sahaja yang mampu bersama bila kami adakan reunion.
Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi cerita betapa seronok dapat mengumpulkan beberapa teteman "satu kampung" di Pontian kecil Johor untuk sama-sama menjamu selera dengan tujuan menyambung semula ikatan setiakawan yang hampir putus ditelan usia.
Ini sebahagian dari yang kami dapat hubungi. Kami makan tengah hari di Restaurant Rebung di Lake Gardens, Kuala Lumpur yang di taja oleh Dato Esa yang duduk ditengah-tengah. Alhamdulilah. Allah masih beri ruang dan peluang.
Dalam usia seperti kami yang sudah mencecah tujuhpuluhan, pertemuan seperti ini membawa suasana suka duka. Suka kerana bertemu tetapi agak duka kerana tidak banyak yang dapat kami buat bersama selain dari pertemuan seperti ini. Kami menyatakan rasa kesyukuran dapat bercerita sedikit laluan hidup yang berwarna warni. Ia mendatangkan rasa seronok dan rasa insaf. Yang bagusnya kami dapat merasi betapa jahilnya kami mengenai kehidupan setelah dapat melalui berbagai pengalaman selama lebih 50 tahun sejak meninggalkan bangku sekolah.
Pertemuan selama 2 jam atau lebih sedikit tidak mencukupi untuk mengimbas kembali warna warni hidup yang kami lalui. Cuma nya dari pertemuan seperti ini kami menyedari bahawa walau apa pun keadaan hidup kami sekarang, dan apa jua ranjau yang kami lalui, masing-masing kami menyatakan bahawa bertemu teteman lama, sangat lama..... membuat kami menghargai segala anugerah yang Allah kurnia. We are wiser in many ways, saya kata. Tetapi masih ada ruang-ruang kosong yang harus diisi secepat mungkin kerana hari-hari kami makin hari makin singkat.
Kami berpisah setelah merakam foto di atas. Berat untuk berpisah tetapi apakan daya. Kami memburu masa dan diburu masa.......
Bila nokhtahnya......
Semoga masih ada ruang dan peluang....
Mohon Redha Mu ya Rabb.....
.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment