Satu hari saya seperti keseorangan.....bukan rasa "lonely" seperti dirasai oleh sesetengah orang. Tetapi saya rasa saya mahu berbual bersembang dengan seorang kenalan saya semasa saya bekerja dahulu.
Maka tidak semena-mena saya telefon dan dan ajak dia keluar "kota". Dengan mudah dia kata: Jom kita pergi Tanjung karang / Sekincan. Dia pun dah lama tidak mengunjungi sanak saudara yang ada di sana.
Saya setuju tanpa banyak soal mengapa Tanjung Karang. Sebelum tanya pun dia dah kata seronok bermalam di kawasan sawah padi yang sejuk tenang. Maka pada hari Isnin yang lepas kami pergi ke Tanjung Karang dan Sekincan. Kami bertiga dan seorang itu kawan lama kenalan saya yang di ajak bersama kerana dia boleh membantu memandu jika kami kepenatan. Kedua mereka baru dalam umur awal enam-puluhan dan masih lebih bertenaga dari saya. Alhamdulilah.
Kami tinggal di Home-Stay yang sederhana. Saya rasa selesa dan amat berfikiran terbuka mengenai apa yang akan kami sembangkan pada malam itu. Sebelum malam kami ke Pantai melihat mata hari terbenam. Cantik dan membuat saya tenang.
Ramai yang berkumpul di pantai, tetapi orang mudalah yang lebih ramai.
Saya minat merakam foto seorang jejaka yang
nampak beseorangan.
Saya minat merakam foto seorang jejaka yang
nampak beseorangan.
Allah kurnia berbagai ragam semoga kita tidak berfikiran sehala dan tidak mengerti dan tidak mahu memahami cara orang lain
berfikiran dan berperasaan.
berfikiran dan berperasaan.
Di pantai itu tiada tempat makan selain dari yang kami temui
di bawah ini. Kami minum air kelapa muda
di bawah ini. Kami minum air kelapa muda
dan makan kueh teow goreng. Alhamdulillah.
Keseronolan makan bukan terletak pada tempat semata-mata tetapi pada masakan dan pada teman yang sama suka menerima apa sahaja.
Kemudian kami pulang ke Homestay kami seperti bawah ini.
Kecil dan comel sahaja. Tetapi hawa dinginnya kurang mencukupi.
Kecil dan comel sahaja. Tetapi hawa dinginnya kurang mencukupi.
Saya selfi. Di belakang sana rumah homestay kami. Di bawah ini
peparitan yang banyak ikan katanya. Ada alat memancing
tetapi kami tidak berminat sama sekali.
Tetapi pemandangannya indah buat kami.
Baru sahaja saya berangan-angan apa yang akan saya buat selama di Tanjung karang dan Sekincan saya dapat berita suami saya masuk
hospital kerana luka di jarinya yang saya sangka biasa rupanya
harus di potong kerana ditakuti akan merebak.
hospital kerana luka di jarinya yang saya sangka biasa rupanya
harus di potong kerana ditakuti akan merebak.
Teteman saya baik hati dan amat setuju kita pulang Kuala Lumpur walau pun kita bercadang tidur dua malam. Siapa sangka......
Maka esuk paginya setelah sarapan kami ke rumah
sepupu teman saya ini dan
berbual agak lama mengenai kehidupan orang kampung waktu ini.
Mereka ceria dan tidak nampak susah hati memikirkan
keadaan ekonomi yang semakin merudum. Nyata sekali Allah sentiasa memelihara rakyat biasa. Itu firasat saya.

Sebelum pulang mereka membekalkan kami berbagai
hasil pertanian mereka. Alhamdulillah.
hasil pertanian mereka. Alhamdulillah.
Kaum petani masih berbudi tinggi. Kegembiraan mereka adalah
pada memberi. Tidak nampak sikap kebendaan.
Di bawah ini saya rakam sebahagian yang kami terima.
pada memberi. Tidak nampak sikap kebendaan.
Di bawah ini saya rakam sebahagian yang kami terima.
Ini kegemaran teman kenalan baru yang cepat mesra. Dia suka
daun betik dan bunganya. Sedap di masak bening jawa.
Selain itu kami di beri jagong, bunga kantan, buah kedondong dan beberapa sayuran. itu kemesraan orang malaysia yang saya takut
akan pupus kerana generasi muda ramai yang saya perhatikan
sudah ambil ringan akan budaya memberi dan ambil ringan atas nilai akhlak bahawa yang tua di dahulukan.

Selepas solat zohor kami pulang. Walaupun saya sibuk berbual
dengan orang kampung
saya tetap teringat akan keadaan suami.
Cuti yang tehenti.......
Tidak mengapa.......demi suami.
Semoga Allah sentiasa melindungi.
Mungkin dapat sambung cuti di kawasan sawah padi lain kali.
Saya masih mahu terus mendampingi orang kampung yang sihat
dan berani. Kelihatan MakChik ini berumur 64 tahun masih boleh memanjat pokok mengambil kedondong buat kami.
Saya melihat dengan hati sepi merindui kedamaian seperti ini.
........

No comments:
Post a Comment