"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, June 2, 2017

Mengapa hanya baca surah Yaasiiin......

Image result for imej surah yasin alquran


Alhamdulillah. Hari ini Jumaat, Ramadhan yang ke tujuh,
 1438 Hijrah.
Semalam saya bertadarus alQuran di Masjid.
Usai Tadarus saya minta pandang kekawan mengapa dikalangan ahli masyarakat kita hanya suka membaca surah Yaasiin.

Apa jua acara "keagamaan" pasti bacaan yaasiin akan diatur
 dan di gabungkan dengan bacaan Tahlil.
Kebiasaan berbuat demikian menjadikan ramai yang terpaut hati hanya pada Yaasiin dan di Kampung saya di Pontian 
Majlis Yasinan tidak asing sekali.

Ramadhan adalh Bulan dimana Allah menurunkan alQuran.
Saya ulang rakam ayat ini.


A185
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.



Selain dari kewajiban berpuasa Allah memfokus pada alQuran
yang memberi Petunjuk pada sekelian manusia.
Maka di bulan Ramadhan ini saya sangat terpanggil supaya kita memfokus juga dalam amalan soleh kita untuk meningkatkan pengetahuan kita mengenai alQuran, mempelajari cara pembacaan, mentadbbur dan berbagai lagi aktivi yang perlu dilakukan untuk memastikan semua gerak perilaku kita wajib berasaskan apa yang Allah nyatakan. 

Maka selain dari Yaasiin kita harus mengambil berat semua ayat-ayat
yang diturunkan.....memahaminya dan melaksanakannya.

Ada kekawan saya yang mengatakan bahawa surah Yaasiin 
adalah surah yang "power". Tiga kali baca dapat ganjaran seperti membaca sempurna keseluruhan alQuran. Ada hadith yang mengatakan demikian tetapi tidak bererti kita memfokus sahaja pada Yaasinn kerana Ayat-ayat Allah semuanya"POWER".

Dalam Ramadhan kali ini di Masjid saya, acara sebelum berbuka
 puasa bersama-sama, Masjid mengaturkan bacaan
 surah Yaasiin dan Tahlil beramai-ramai.
 Ada yang berbeza pendapat...iaitu mengapa tidak kita 
baca juga surah yang lain-lain dan selepas itu kita berdoa
 sungguh-sungguh kerana waktu sebelum berbuka puasa itu waktu yang amat baik untuk berdoa apa sahaja
 dan Allah mendengarinya.
Masjid boleh mengajarkan doa-doa yang bagus untuk diingati ,
 dan ahli qariah yang belum mahir (termasuk saya) 
akan dapat munafaat
yang baik untuk dipraktikan.

Saya yakin jika kita memahami alQuran seluruhnya,
 Ibadah Puasa (dan semua ibadah yang lain-lain)
menjadi suatu yang mudah sekali untuk dipatuhi.

WaAllahu'alam.
Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan kita sentiasa 
dipelihara atas jalan yang Benar.
Aamiin ya Rabb....


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails