Esuk in sya Allah 27 Ramadhan.
Foto ini 5 hari dulu saya rakam dari bilik mandi saya.
Bila mendung dan hujan, tidaklah kelihatan begitu.
Maka hidup ini pun demikian.
Semoga di malam-malam akhir ini doa kita Malaikat
angkat naik ke langit,
dan Allah kurnia kita dan keluarga dan teteman kita
yang terbaik di sisiNYA.
Prinsip menulis ialah kita mesti ada sesuatu yang mesti ditulis yang dapat memberi munafaat pada pembaca. Eluknya kita tidak menulis
kerana hanya semata-mata mahu berkata sesuatu.
Tetapi kali ini saya menulis hanya mahu berkata sesuatu.
Santai sahaja. Di atas ini teteman saya bertadarus di Masjid
pada Ramadhan ini.
Rasa terharu dapat teteman yang punya keterbukaan minda dan tidak rasa tercabar bila menerima teguran dalam pembacaan,
dan juga dalam berbincang sesuatu isu dan pendapat.
dan juga dalam berbincang sesuatu isu dan pendapat.
Sentiasa riang dalam saling memberi dan menerima.
Alhamdulillah.
Saya sayang teteman saya ini. Mereka memberi inspirasi
pada saya supaya banyak bertenang.
Jangan mudah tergugat bila mendapat berita yang
kurang enak didengar.
Bagus sikap teteman saya ini.
Saya bukan orang yang baik tetapi saya mahu jadi baik.
Semoga Ramadhan ini membawa Rahmat
dari Allah yang tidak terhingga. Aamiin.
Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.
Alhamdulillah.
Saya sayang teteman saya ini. Mereka memberi inspirasi
pada saya supaya banyak bertenang.
Jangan mudah tergugat bila mendapat berita yang
kurang enak didengar.
Bagus sikap teteman saya ini.
Saya bukan orang yang baik tetapi saya mahu jadi baik.
Semoga Ramadhan ini membawa Rahmat
dari Allah yang tidak terhingga. Aamiin.
Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.
.....
No comments:
Post a Comment