"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, June 18, 2017

Rasa 'Elitist" dalam bertadarus.....

Image result for tadarus alquran ramadhan


Tamat sudah sessi bertadarus bulan Ramdhan Kareem
 bagi Masjid saya. Mungkin ada yang akan 
berterusan bertadarus setiap minggu. 
Kumpulan saya tidak Khatam kerana antara sebabnya
 ialah kami membaca terjemahannya sekali
dan berbincang berkongsi Ilmu antara ahli kumpulan.
Apa pun, Alhamdulillah Allah masih beri peluang dan ruang.
Maka di Ramadhan kali ini kami ikut menamatkan 
sessi  bersama dengan mereka yang
 tamat membaca satu alQuran.





Kenangan ahli kumpulan yang hadir di Majlis.

Majlis penangguhan Tadarus diadakan agak meriah sekali dengan bernasyid dan pemberian cenderamata oleh Masjid.
Hadiah bunga telur pun ada. Budaya Melayu diselitkan juga.
Saya senyum mencari makna kesemuanya.

Saya tidak mahu banyak bicara dan ikut sahaja.
Cuma ada yang rasa sedikit terkilan kerana ada yang tidak dapat masuk dalam kumpulan Tadarus ini kerana ada
 syarat-syarat yang ditentukan.

Antara syaratnya ialah peserta mesti komited untuk hadir
bertadarus sekurang-kurangnya separuh dari hari-hari yang ditentukan. Ini dengan sendirinya menghalang kaum muda yang 
jadual hidup hariannya tidak menentu.
Maka ramai peserta adalah mereka yang sudah bersasara.
Syart yang agak ketat juga ialah peserta harus sudah lancar membaca dan tahu ilmu Tajwid yang mencukupi. Jika tidak
akan timbul masaalah kelangsungan dalam bertadarus.

Sekali imbas ini syarat-syarat yang baik. Tetapi jika kita lihat dari segi mahu memasukan ahli baru untuk berjinak-jinak dengan alQuran, ini menjadi penghalang yang agak besar.
Bila pula yang pandai mahu memberi "tips"
dan berkongsi ilmu pada yang kurang pandai.
Kalau begini caranya, yang kurang pandai akan rasa malu dan mungkin akan mengundurkan diri. Sayang......

Maka akan ketinggalanlah ahli yang muda atau yang tua tetapi masih rasa belum yakin dengan diri dalam bacaan.
Saya berpendapat kita harus bersikap "inclusive' jika kita mahu mengembangkan Tadarus sebagai satu disipiln keilmuan.
Bertadarus tidak mesti kita "Khatam" baru dikira
berjaya dan baru dikira amalan yang baik dalam bulan Ramadhan.
Kita harus lebih memahami mengapa alQuran diturunkan di bulan Ramadhan. Semoga tidak meras berpuas hati semata-mata
 kerana boleh tamat membaca dan mencapai target "Khatam".

Saya suka menyambut saranan "merapatkan saf".
Yang kurang pandai kita bantu jadi pandai semoga Tadarus menjadi salah satu wasilah penyatuan Ummah.

Semoga kita dapat berfikir-fikir.
Kan kita mahu ke Syurga bersama-sama,
bukan sahaja keluarga tetapi semua teteman dan sahabat handai.
Mohon Hidayah dan Taufik dari Mu ya Rabb.....


.......


                                                         
                                                                           

No comments:

Related Posts with Thumbnails