"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, June 14, 2017

Bicara Ramadhan...Sudah melepasi peringkat itu ???





Bagi generasi saya perjalanan ini sudah hampir ke penghujungnya.
Sudah hampir tidak ada tempat perhentian di daratan
 atau di lautan.




Rasa sayu dan takut melihat hampirnya tirai dilabuhkan. 
Sesekali rasa tenang tetapi selalunya rasa haru kerana memikirkan banyak yang tersilap laku dan banyak yang belum dibuat dan yang belum selesai dalam mencari jalan membela diri bila sampai ketikanya nanti....satu ketika 
yang tidak seorang pun yang dapat membantu.
Hanya Rahmat Allah sahaja yang kita harapkan.

Maka bila bertemu seorang teman di masjid sambil menanti Maghrib, saya secara santai menyatakan sedihnya rasa dihati Ramadhan akan berlepas lalu.
Timbul cerita mentaddabur alQuran kerana waktu ini itulah yang suka didengari. Saya kataka bahawa saya tidak banyak menghadiri majlis Ilmu kerana kederat diri yang makin berkurangan. Tiada tenaga untuk berkejaran mencari majlis ilmu yang  jauh dari tempat kediaman. Saya katakan padanya saya suka buka utube dan ikut Ustaz Nouman Ali Khan.

Belum sempat buka bicara pun, teman saya sudah mengatakan:
"Oh I have passed that stage. He lacks depth...."
Terkejut saya tetapi saya diam dan mendengari katanya bahawa dia suka  Ustaz....  sebab dia lagi mendalam ilmunya.

Nouman Khan bertutur dalam Bahasa Inggeris dan saya gemar mengikutinya atas sebab utama. Dia mahir berbahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Maka saya selalu mencatat  nota untuk saya kongsikan dalam group WA antara kaekawan bukan Melayu yang belum masuk Islam.
Mereka berbahasa Inggeris dengan saya.
Ada seorang dua kekawan saya yang 'atheists' dan 
berhujah dengan saya dalam WA.
Pada saya pencerahan ilmu oleh ustaz Nouman Khan 
sangat berkesan kerana ia memahami
 Bahasa Arab dengan mendalam. 
Teman saya ini tidak mahir langsung dalam Bahasa Arab dan
 saya rasa terkedu bila ia mengatakan:
 Saya sudah melepasi peringkat itu.
Dia mengatakan dengan nada yang dia tidak hairan dengan
 kebolihan Ustaz Nouman Khan.....Subhanallah.

Saya diam sahaja kerana bukan tempatnya untuk berbicara panjang dan mendalam. Walau apa pun saya berpendapat kita tidak seharusnya berkata demikian kerana Ilmu Allah ini amat luas dan setiap Ustaz ada kepakarannya.
Jangan kita rasa ujub diri dengan mengatakan: "saya dan cukup".

Maaf saya berkongsi fakta ini kerana saya ada beberapa kenalan bila saya WA sesuatu yang saya rasa baik, dia akan mengatakan: Saya dah tahu..."
Dari segi adab mencari Ilmu itu tidak "sopan". Kerana seolah-olah
ia mengatakan ia sudah banyak Ilmu. Walhal isi alQuran itu hanya
Nabi Muhammad sallahualaihiwasalam sahaja yang tahu 
sepenuhnya isi kandungannya.
Kita tidak tahu lalu mana Allah swt mahu mendidik hati kita.

Subhanallah,  Allahuakbar....



.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails