Ini anak perempuan saya. Sulung dan dia sahaja perempuan dari tiga anak. Setiap tahun Eidulfitri, baju mesti sewarna. Ikut mana pun mesti cari sewarna. Kini dengan 6 anak semuanya lelaki, anak saya lagi berusaha untuk sama.
Saya komen mengapa mesti sama warna.
Mudah Mak nak cari bila hilang dalam reramai orang.
Oh...jadi Azra guna kemahiran mata dari kekuatan akal fikiran dan ingatan. Saya mecelah senyum....
Tak Mak....saje seronok setahun sekali. Solidariti keluarga....lambang kesatuan hati berkasih sayang.
Olay lah Kak. Mak tanya saje.
Saya suka memerhati cara fikiran dan tindakan anak-anak....
Saya katakan padanya dalam kumpulan anak-anak buah dan cucunya yang sudah remaja tua dan sudah berumah tangga bahawa kita orang Melayu sememangnya rasa selesa jika sama....sama dalam semua aspek. Bersaing supaya setaraf.... Hampir begitu.
Takut mahu berbeza.....walaupun perbezaan itu melambangkan bahawa kita terdiri dari golongan orang-orang yang berfikir. Bukan ikut sahaja....
Anak-anak tidak setuju....
Tidak mengapa tidak setuju....cuma saya kata fikir-fikir lah.....
Yang dua di atas ini anak-anak kakak saya.
Juga suka sewarna.
Ini anak lelaki saya yang beraya di kampung isterinya.
Baju tidak sewarna. Mungkin kerana tak terdaya....
Sibuk menjaga nenek tua.
Sibuk menjaga nenek tua.
Ini anak angkat saya dari Acheh.
Pakai warna tak kira, asalkan bahagia.
Yang dua di atas tak kira warna sedondon.
Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, ada yang berpalaian
ikut suka hati....asalkan syarie.
Itu pandangan saya saje....
Ini anak buah dari Pinggiran Putrajay suka berpakaian sama
dalam banyak ocassion.
Mereka tak setuju pendapat saya. Katanya walau sama warna pun
tetapi berlainan fesyen.
tetapi berlainan fesyen.
Itu juga lambang individualiti, katanya.
Saya ikut saje. Saya tidak berhujah panjang kerana ini semua adalah cita rasa.
Bukan prinsip syarie yang harus dipertahankan.
Kalau sesuatu yang syarie ia boleh di debatkan hingga ke petang
dan boleh di pertahankan hingga ke akhir zaman.
Semoga Allah menunjuki jalan.
Kalau sesuatu yang syarie ia boleh di debatkan hingga ke petang
dan boleh di pertahankan hingga ke akhir zaman.
Semoga Allah menunjuki jalan.
Itu saje. Semoga jumpa lagi tahun hadapan.
......
No comments:
Post a Comment