"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Monday, June 12, 2017
Ramadhan, Tabah @ 82......
Ini kakak saya. Tinggal sendiri, berseorangan......
Sudah Ramaghan yang ke 17.....
Dalam umur yang begitu lanjut dan bersaorangan ia masih tabah, sabar dan bersikap positif. Dia sering kata jika kita yakin dan redha atas segala ketentuan Allah, maka pertolonganNya amat dekat. Ma Sya Allah !
Anaknya tinggal berhampiran, namun ia suka membuat kerja hariannya sendiri. Suami sudah lebih dahulu meninggalkannya. Dalam umur sedemikaian ia bolih dikira sihat. Alhamdulillah. Tetapi ada kalanya dia terpaksa diperbaringan kerana semam, sakit perut atau sebagainya. Baru-baru ini dia sakit di kaki dan doktor kata itu tanda-tanda ia mula diserang gaut. Nadanya tenang bila bercakap di telefon dengan saya. Saya selalu menghubunginya kerana itu sahaja yang saya mampu buat dari jauh.
Seorang kakak (77 tahun) yang tinggal tidak jauh darinya selalu mengunjunginya untuk berkongsi apa jua cerita diri dan keluarga yang harus diberi tahu. Kata kakak saya yang sedikit muda ini ia amat khuatir tentang gautnya kerana ia susah berjalan dan sedikit sukar untuk memasak makanan hariannya. Dan ini bulan puasa.
Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Itu perangainya yang saya kagumi. Apa pun dia akan buat sendiri selagi kederat Allah izinkan. Maka saya dan kakak yang sedikit muda itu berpakat untuk mencari sesaorang yang bolih masak dan menghantarkan ke rumahnya.
Pasti kakak saya tidak setuju kerana dia masih bolih berdikari....katanya. Namun kami senyap- senyap minta seorang jiran muda yang tinggal berhampiran memasak lauk yang kakak saya suka......sedikit selang sehari atau dua hari. Jiran ini dengan riang hati setuju kerana sudah lama mengenali kakak saya ini.
Kakak saya seronok dilayan demikian. Dia memang suka masakan air tangan jiran ini. Sesuai dengan cita rasa seleranya. Dia tidak syak bahawa ini satu cara kami membantu hidup hariannya. Kalau dia tahu pasti dia tidak selesa. Jiran ini pula melayannya tanpa memberitahu cerita disebaliknya. Kami mahu membayar usaha mulia yang ia buat pada kakak saya, tetapi ia enggan menerima. Ma Sya Allah. Sungguh murni hatinya.
Ini sudah berlaku dalam Ramadhan ini dan mungkin juga akan berterusan mengikut keadaan. Allah jua yang maha kasih sayang pada hamba-hambanya. Ramadhan bulan amat istimewa. Allah menurunkan Rahmaynya yang tidak terhingga tanpa disangka-sangka.
Alhamdulilah....sedekah amat tinggi nilainya disisi Allah. Semoga usaha jiran saya Allah berkati dan rezkinya melimpah ruah kerana sukarela membantu mereka yang memerlukan. Anaknya juga membatu sedaya upaya kerana kesibukan tugas hariannya dengan anak-anak kecil dan dia tidak tahu apa yang kami usahakan ini.
Allahuakbar......
.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment